"Davika...kau nak pergi mana?kenapa bawa bagasi malam-malam ni?" tanya Hana dengan pelik dan dalam masa yang sama dia tertanya-tanya.
Davika yang sudah terhinjut-hinjut menangis dibawa ke dakapannya. "Davika kau okey tak ni?tell me apa yang dah jadi?" tanya Hana lagi.
"Mama...halau aku keluar dari rumah. Aku dah tak ada tempat berteduh. Aku takut Hana..." tangisan palsu Davika semakin teresak-esak.
"Its okey Davika..aku ada. Kita pergi kat villa family aku sekarang lagipun jarak villa tu tak jauh dari sini," ujar Hana. Kesian juga dia melihat Davika yang dihalau oleh ibu sendiri.
"Terima kasih Hana. Aku tak tahu apa yang akan jadi selepas ini. Mama dah buang aku dari keluarga..." Davika menangis dalam dakapan Hana. Dia harus pandai berlakon sekarang kalau tak sia-sia sahaja plan dia akan gagal.
"Davika I promise. You are my friend dan aku akan sentiasa ada dengan kau selepas ini,"
"Hana. Kau masih anggap aku sebagai kawan kau sedangkan aku dah banyak buat salah dengan kau. Aku tak layak jadi sahabat kau Hana. Aku kawan paling tak berguna. Maafkan aku Hana,"
"Davika. Semua orang tak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang dah berlalu biarkan ia berlalu. Just forget the past. Aku maafkan kau Davika. Dah jom bahaya kalau kita berlama-lama ditepi jalan ni,"
"Hana...terima kasih." ucap Davika sekali lagi. Hana hanya mengangguk lalu dia membantu menarik bagasi milik Davika.
"Eh tak payahlah...biar aku je yang bawa. Menyusahkan kau je," kata Davika walhal dalam hati dia happy sangat kerana dibantu.
"Takpe aku bantu. Jomlah,"
Davika hanya mengukir senyuman palsu. Kalau orang tu dah sudi nak bantu takkan kot aku nak tolak pula kan?easy je perempuan ni.
***
Noah meraup wajahnya berkali-kali. Dia asyik menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal melindungi isteri sendiri. Keadaan di ruang tamu villa The Livingston Family sunyi sepi kerana tiada satu pun yang bersuara. Hanya kesepian malam sahaja yang menemani mereka ketika itu.Di hujung sofa Noah hanya menundukkan kepalanya sambil meramas kasar rambutnya. Sungguh dia kusut memikirkan masalah saat ini. Perasaan tidak puas hati mula bertandang dalam dirinya.
Chalida memandang Noah dengan perasaan simpati. Semenjak ketiadaan Hana pagi tadi Noah banyak mendiamkan diri dan jelas sekali wajah lelaki itu menunjukkan rasa kesal. Pernah juga Chalida melihat Noah menangis dan entah dah berapa kali lelaki itu menangis pun dia sendiri tidak tahu.
"Datin...Hana dah ada!"
Serentak semua yang berada di ruang tamu itu memandang ke arah Nick. Noah terlebih dahulu menapak keluar dari villa sebelum yang lain menuruti langkahnya.
Belum sempat Hana masuk ke dalam villa terus sahaja Noah membawa isterinya itu ke dalam dakapannya.
"Sayang I'm really sorry," pelukan dieratkan bagaikan dia tidak mahu meleraikan pelukan itu. Sungguh dia berasa bersalah dan sangat bersalah kerana gagal melindungi Hana. Kalau dia diberikan hukuman sekarang dia memang layak menerima semua itu.
"It's not your fault hubby. Janganlah salahkan diri awak pula. Saya kan dah ada kat depan awak sekarang ni. Im okey," belakang Noah diusap lembut oleh Hana.
"Honey...please dont lie to me. Saya dah nampak rakaman video tu and I'm really sure you are not okey. Saya tak sanggup tengok awak disakiti orang lain dan saya tak sanggup tengok awak tanggung sakit tu seorang diri. Saya gagal lindungi awak sama macam saya gagal lindungi awak dulu. Im sorry honey. Im really sorry," dahi Hana terus dikucupnya penuh lembut.
Davika menyembunyikan perasaan cemburunya namun dia tetap pandai mengawal dirinya ketika itu.
"Awak tak salah pun. Kalau semua ni memang dah tertulis takdir untuk saya, saya terima. Lagipun semua ni dah menjadi kebiasaan dalam hidup saya dari permulaan sehinggalah sekarang tapi saya terima sebab saya tahu semua rancangan Tuhan adalah yang terbaik untuk umatnya dan tiada siapa yang dapat menghalangnya,"
Hana. Gadis lemah yang dilihat dari luaran namun di dalam dia seorang yang kuat dan tabah. Sudah bermacam-macam perkara yang dilaluinya selama ini namun dia tetap tabah kerana dia pasti setiap ujian yang diberi ini pasti ada hikmah di sebaliknya nanti.
Daniella terasa sebak ketika itu. Jujur dia katakan dia bangga dengan adiknya. Mungkin ketabahan Hana itu adalah kebolehan yang diberikan oleh Tuhan.
Chalida tersenyum lega. Syukur kerana Hana selamat dan tiada apa apa yang teruk berlaku. Sesekali Chalida mengalihkan pandangannya ke arah Davika. Senyumannya terus mati.
"Kau buat apa dekat sini!" soal Theo kepada Davika dan kedengaran suara Theo sedikit tinggi.
Hana lantas meleraikan pelukan. Dia cepat-cepat menghalang Theo sebelum lelaki itu bertindak mengapa-apakan Davika.
"Please dont do anything to her. Kalau tak ada Davika tadi mungkin saya dah tak ada dalam dunia ni. Davika selamatkan saya dari penculik yang cuba bunuh saya. Please...jangan apa apakan dia. She is trying to help me and Im really thanks to her,"
Penjelasan dari Hana itu sudah cukup membuatkan datin Evelyn berterima kasih kepada Davika. Daniella dan yang lain pula tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Davika terima kasih sangat sebab dah selamatkan nyawa anak auntie. Auntie sangat hargai semua tu,"
"Tak adalah auntie. Davika pun terkejut juga masa Hana hampir dibunuh oleh beberapa orang penculik. Nasib baik tak ada yang teruk berlaku," ujar Davika dengan penuh lembut.
Chalida menjeling ke arah lain apabila Davika melihat ke arahnya. Aku kadang-kadang pelik juga dengan perempuan mulut puaka ni. Mati hidup pun aku tak nak berbaik dengan dia!tak akan!Menyampah beruk!!
Vote lah😢
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...