Rayden kembali melihat semua rakaman di villa Livingston Family. Namun ada sesuatu yang membuatkan dia berasa amat terkejut saat ini.
Wait!what!apasal camera cctv di belakang villa yang aku letak tempoh hari tu nampak black and white je. Kelmarin okey je tapi sekarang tiba-tiba buat hal pula.
Jam tangan dipandang sekilas. Shit!mesti inspektor bodoh tu dah dapat kesan cctv yang aku sorokkan tempoh hari.
Dengan kemarahan yang membuak-buak Rayden terus menendang meja kaca di biliknya untuk melepaskan kemarahan.
Datin Zara lantas naik ke tingkat atas apabila terdengar bunyi kuat yang datang dari bilik anaknya.
"Rayden. Kamu ni dah kenapa?" Mata datin Zara tertancap pada serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai bilik Rayden.
"Mind your own business mom!jangan ganggu Rayden buat masa ni so please get out from my room!" halau Rayden.
"Rayden!How dare you talk like that to your mum!huh!" marah datin Zara dengan mata yang mencerlung tajam ke arah Rayden.
Rayden cuba mengawal kemarahannya tika ini. Mata dipejam rapat seraya menghela nafas sebelum dia membalas kata-kata ibunya.
"Look mum. Im really sorry. Rayden cuma tertekan dengan masalah yang Rayden hadapi sekarang ni thats why Rayden tak dapat kawal kemarahan Rayden tadi. Sorry mum," Rayden merapatkan kedua tapak tangannya seperti tanda meminta maaf.
"Apa pula masalah Rayden?dahlah kalau Rayden nak cakap mengenai Daniella lagi mama sarankan tolonglah move on. Salah kamu juga sebab selalu abaikan dia dahulu,"
"Ni memang ada berkait rapat dengan Daniella tapi yang sekarang ni Rayden tak puas hati dengan datin Evelyn tu. Plan dari Rayden ni dah nampak ada aura aura kegagalan. Davika pun satu! dialah paling banyak menyusahkan Ray selama ini dengan trap dan plan dia tu,"
"Kan mama dah kata kalau bersama dengan Davika tu Rayden kena pintar sikit. Tempoh hari yang mama suruh Rayden rakam suara Davika ada tak Rayden buat?" tanya datin Zara.
"Itu memang ada. Rayden tahu pihak polis sekarang ni sedang memantau villa Livingston Family tapi Ray tahu macam mana nak perangkap Davika dengan menggunakan bukti rakaman suara Davika selama ni. Easy. Aku tak nak lah masuk lokap biar Davika tu je yang disumbat di sana!"
"Dah tu kenapa Ray nak juga bekerjasama dengan Davika dengan rancangan tu?" tanya datin Zara.
"Ray nak belas dendam dekat Daniella dan dalam masa yang sama Ray nak Hana sebagai ganti. Thats why Rayden sengaja gunakan Davika supaya diakhir nanti semua rancangan ni Davika yang akan kena dan bukan Rayden lagipun Ray dah lama benci Davika. Ma boleh tak tolong Rayden?" ujar Rayden seraya tersenyum menyenget.
"Pintar anak mama ni. Mama pun dah lama bertahan dengan sikap Davika tu. Apa yang Rayden nak mama bantu?"
Rayden membisik sesuatu di tepi telinga ibunya.
"Got it mum?" kata Rayden.
"Yes of course,"
Jururawat yang lalu-lalang di T&N Hospital sudah tersenyum-senyum melihat doktor Noah.
"Doktor. Comel lah anak doktor ni. Boleh saya dukung Niel ke?cute je saya tengok Niel ni," kata seorang nurse yang memakai tag bernama Suraya.
Noah mengangguk. Comel macam isteri tercinta aku kan...kan?
"Comellah baby doktor ni. Macam isteri doktor juga. Hensem pula ikut doktor," ujar jururawat yang lain pula.
"Suraya jom ambil gambar dengan baby Niel,"
"Jom...jom..."
Niel langsung tidak menangis malah anak kecil itu ketawa apabila rakan-rakan Suraya membuat aksi lawak. Suka benar mereka dengan telatah anak kecil yang comel itu.
"Noah. Confirm anak kau bila dah besar nanti ramai peminat macam kau juga masa zaman bujang dulu. Sebelum aku lupa nak tanya ayah Daniella dan Hana dipindahkan di hospital kita malam ni atas permintaan ibu diorang. So malam ni kita ada kerja di bilik ICU," ujar Theo.
Noah mengangguk faham. Tapi kenapa ya secara tiba-tiba sahaja dipindahkan?
"Noah kau tak rasa ke mak mentua kita tu macam ada sembunyikan sesuatu perkara dari kita mahupun dari pengetahuan anak dia?" kata Theo.
"Itu yang aku tengah fikirkan sekarang. Aku rasa keadaan ayah Daniella dan Hana tu dalam bahaya. Aku tak pasti sama ada aku yakin dengan apa yang aku kata sekarang ni tapi aku dengar perbualan mak mentua kita tempoh hari," kata Noah.
Flashback
Waktu itu jam telah pun menunjukkan pukul 11:00 malam. Aku melihat Hana yang nyenyak tertidur dan Niel pula sudah terlelap setelah bosan melihat movie cartoon. Selesai sahaja menyiapkan kerja kerja syarikat aku memutuskan untuk turun ke tingkat bawah kerana tekak mula berasa dahaga.
Perlahan-lahan pintu bilik dibuka kerana tidak mahu menganggu tidur Hana dan Niel.
Air putih dituang ke dalam gelas lalu diteguk. Selesai mencuci gelas itu Noah melangkah kembali menuju ke bilik namun dia dengan tidak sengaja mendengar perbualan datin Evelyn dengan seseorang di telefon.
"Doktor...apa yang dah jadi dengan suami saya?" tanya datin Evelyn dengan begitu resah.
"Macam ni datin. Rekod kesihatan suami datin sebenarnya ada sedikit perubahan minggu lepas. Namun, dua hari selepas itu keadaan dia bertambah teruk kerana kami dapati ada ubat lain yang telah dimasukkan ke dalam jarum suntikan menyebabkan penyakit yang menyerang suami datin semakin teruk kerana ubat yang tersalah dimasukkan ke dalam jarum suntikkan,"
Air mata datin Evelyn terus berlinangan keluar sebaik mendengar apa yang baru sahaja disampaikan oleh doktor Bruce.
"Macam mana boleh terjadi doktor?setahu saya semua kakitangan di hospital tu tak pernah lagi dikhabarkan kurang efisien semasa membuat kerja dan saya juga dapati semuanya sudah mempunyai pengalaman yang banyak. Jadi macam mana boleh cuai?"
"Apa yang datin kata memang betul. Tetapi, pelaku didapati bukan kakitangan di hospital yang telah melakukan kerja di luar jangkaan itu sebaliknya satu figura yang memakai kain serba hitam menceroboh masuk di dalam bilik Icu suami datin. Ini ditangkap dari rakaman cctv hospital dan keselamatan suami datin sangat terancam,"
Sampai disitu sahaja perbualan sempat ditangkap oleh Noah tatkala lampu utama ruang tamu dipasang.
End Flashback.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...