Bab 71

1.6K 69 1
                                    

Daniella hanya buat tidak tahu seperti dia tidak menyedari akan kewujudan Noah yang baru masuk ke dalam villa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Daniella hanya buat tidak tahu seperti dia tidak menyedari akan kewujudan Noah yang baru masuk ke dalam villa.

Noah menapak masuk ke dalam villa. Langkahnya dilajukan menuju ke arah bilik. Namun sebaik sahaja pintu bilik dikuak dari luar kelihatan kosong sahaja bilik itu.

"Sayang..." panggil Noah lembut. Dia mencari-cari keberadaan isterinya di dalam bilik namun hampa langsung tidak kelihatan.

Dia mula risau jika Hana pergi meninggalkannya. Melihat sahaja keadaan bilik yang begitu kemas dan sunyi itu hatinya dilanda rasa bersalah. Selagi kata maafnya belum diucapnya di hadapan Hana selagi itu hatinya belum tenteram.

Noah baru teringat akan Daniella. Pasti kakaknya tahu di mana Hana?

Dia pun segera mencari Daniella sehinggalah Noah ternampak Daniella dan pembantu villa yang sedang menikmati minuman petang di luar rumah.

"Daniella."

Dia segera memusingkan badannya menghadap ke arah belakang sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Namun apabila mendapati orang itu adalah Noah dia segera menghadap ke hadapan semula.

"Mak Elen bagi Daniella dan Noah ruang untuk berbual dahulu ya. Nanti kita sambung lagi cerita tadi," ujar Daniella kepada pembantu di dalam villa itu.

Mak Elen mengangguk dan sempat dia memberikan senyuman kepada Noah sebelum berlalu pergi.

"Awal kau balik sekarang. Ada apa apa ke?" ujar Daniella. Dia bukannya tidak tahu yang Noah balik awal ni disebabkan Hana tetapi dia sengaja bertanya.

"Daniella kau tahu kan Hana di mana sekarang. Please bagitahu aku," kata Noah dengan sedaya upaya meminta agar Daniella membantunya.

"Kau kan suami dia. Patutnya kau yang tahu dia ada kat mana sekarang. Aku manalah tahu," balas Daniella dan cuba mengawal keadaan ketika itu.

"Please Daniella. It was my fault. Kau memang betul. Aku suami dia dan sepatutnya aku tahu dia kat mana sekarang. But kau pun bukannya tak tahu kan yesterday we have an arguement. Im the one who should say sorry to her. Please Daniella aku nak jumpa Hana. Aku yakin kau tahu di mana dia sekarang," kata Noah lagi.

Daniella menggeleng perlahan kepalanya. "Kalau aku cakap aku tak tahu dia kat mana sekarang maksudnya aku tak tahu. Kalau aku tahu dah lama sebenarnya aku tanya kau. Noah why not kau sendiri pergi cari dia. You love her. You want to say sorry to her then kenapa kau tak berusaha cari dia. Niel also need you right?lagi satu aku tak akan bertanggungjawab jika ada apa-apa yang berlaku pada dia dan Niel. You the one who should take the responsibility as a husband and father,"

Daniella cuba menyedarkan Noah ketika itu. Dia saja nak tahu sejauh mana lelaki itu jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Daniella tahu yang Noah memang seorang lelaki yang baik namun dalam keadaan seperti ini dia nak lihat dengan matanya sendiri.

"Yes you are right. Thanks Daniella for remind me of this," usai berkata Noah terus mengambil kunci keretanya. Walaupun dia sendiri tidak tahu di mana keberadaan Hana dan Niel sekarang namun dia sedar tanggungjawab dia sangat besar.

Teringat kembali peristiwa yang menimpa Hana sebulan yang lalu di mana isterinya diculik membuatkan kerisauan Noah semakin menggunung. Tak aku tak nak perkara itu akan berulang!aku tak nak ada orang yang cuba nak sakitkan isteri aku dan anak aku. I will never let this happen again!

Daniella memandang kereta BMW milik Noah yang mula bergerak dari kawasan villa. Tanpa dia sedari ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka sedari tadi.

Noah segera mendail nombor telefon isterinya lalu ditekan butang call. Namun hampa apabila panggilan tidak disambut malah telefon Hana seperti ditutup.

Noah mula mencari isterinya di sekitar kawasan bandar, tempat yang selalu isterinya itu pergi. Walaupun hari mulai gelap namun dia tetap mencari isteri dan anaknya kerana keselamatan dua insan dalam hidupnya itu lebih penting. Jika ada apa apa yang terjadi pada isteri dan anaknya dia tidak akan pernah memaafkan dirinya.

Noah cuba untuk menghantar mesej kepada Hana dan menunggu balasan dari isterinya itu namun masih juga gagal. Kalau sebelumnya mesej itu akan dibalas cepat tapi sekarang ini tidak lagi terjadi.

"Hana..." panggil Noah apabila ternampak seorang wanita bersama dengan anak lelakinya menuju ke lif.

"Maaf. Saya salah orang."

"Tak apa encik." balas wanita itu lalu masuk ke dalam lif.

Noah meraup mukanya perlahan. Sudah tiga kali perkara seperti ini berlaku dalam hidupnya. Dia takut kalau hanya disebabkan perkara ini akan membuatkan keadaan berubah.

Jam telah pun menunjukkan angka 9. Noah menyandarkan badannya pada kerusi pemandu. Skrin telefon ditatapnya berharap agar ada panggilan dan mesej dari isterinya.

Namun dia yakin semua itu tidak akan terjadi lagi setelah apa yang berlaku. Dia tahu perasaan seorang isteri mana yang tidak sakit hati apabila diperlakukan sebegitu. Lagi pedih apabila ditengking untuk pertama kalinya.

Sepuluh minit berlalu akhirnya telefon Noah berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dengan pantas dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.

"Sayang...please tell me where are you?"

"Kepala hotak kau sayang!ni aku ni Theo. Theo as know as bestfriend forever kau. Eh aku dengar ada something wrong with your voice. Hana mana?kau mana sekarang?dah jam berapa ni tapi kau still tak pulang. Kau jangan cakap yang kau pergi bar ya!" kata Theo dengan serius.

Noah mengeluh perlahan. Salah orang lagi.

"Maaf. Aku fikir Hana yang call tadi. Aku ada dekat luar syarikat aku sekarang ni. Kejap lagi nak pulang. Lagi satu aku ni jenis yang tak suka pergi bar. Kau ni macam macam je,"

"Syukurlah. Eh Noah kau jangan merayau ke sana ke sini lagi dah nak otw pergi larut malam ni. Better kau balik. Kalau ada apa apa berlaku kau nak Hana lagi risaukan kau ke?"

Noah menggeleng perlahan kepalanya. "Tak. Aku tak nak tapi keselamatan dia lebih penting Theo. Aku risaukan dia dan Niel. Aku takut kalau ada apa apa terjadi," nada suara Noah semakin sayu.

"Kau baliklah dulu. Percayalah aku. Dia ada di tempat yang selamat sekarang ni. Kau janganlah pula tak pulang," ujar Theo.

"Kau tahu Hana kat mana sekarang?bagitahu aku Theo. Aku nak jumpa isteri aku dan anak aku,"

"Sebelum tu kau balik dulu."













Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now