Bab 37

1.9K 107 0
                                    

Pada pagi itu, Noah dengan senangnya menyediakan sarapan pagi siap menyanyi lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada pagi itu, Noah dengan senangnya menyediakan sarapan pagi siap menyanyi lagi. Hana menahan tawanya dari meletus melihat telatah Noah. Niel yang berada di ribanya dipandang lama.

"Niel jangan ikut perangai daddy bila dah besar nanti tau," bisik Hana perlahan di tepi telinga anak kecil itu.

Pada masa yang sama Noah ternampak Hana yang sedang membisikkan sesuatu di tepi telinga anak mereka.

"Ehem!sayang bisik apa dekat baby kita tu?" tanya Noah berserta satu senyuman.

Hana lantas memandang ke arah suaminya. "Tak ada apa," balas Hana sambil menahan tawanya dari meletus.

Noah mengecilkan matanya dan senyuman pula sentiasa terukir di bibirnya. "Betul ke?" tanya Noah.

"You dont have to know hubby. Ini rahsia antara saya dengan baby Niel je. Daddy dia tak perlu tahu," balas Hana sengaja mengenakan suaminya.

"Okey. Nanti daddy dia pun nak berahsia dengan baby Niel. Mummy dia tak perlu tahu. Boleh kan sayang?" balas Noah.

Hana hanya mengangkat kedua belah bahunya sebagai balasan.

"Okey kalau macam tu sayang setuju lah ni. Jom makan breakfast dah siap. Come baby,"

Noah mendukung Niel dari riba Hana. Dia pun menyenduk bubur lalu perlahan lahan disuapkan ke dalam mulut Niel. Hana pula hanya memerhati Noah ketika itu.

"Sedap tak daddy masak?"

"Mestilah sedap," balas Hana.
Aduhai macam manalah Niel nak jawab kalau gigi pun belum tumbuh lagi.

"Anak daddy dengar kan. Mumy puji masakan daddy tadi," kata Noah lalu mengenyitkan matanya kearah isterinya.

Hana merapatkan kedudukannya dengan Noah. Kepala dilentokkan di atas bahu Noah dan tangannya pula melingkar memeluk Niel yang didukung oleh Noah.

Noah terkaku sekejap. Aip!

"Terima kasih sebab temankan saya. Selama ini saya takut kalau awak tak ada di sisi saya. Saya takut kehilangan awak. Saya takut kalau Niel tak dapat jumpa awak. Saya takut kalau saya tak dapat bersama dengan awak lagi. Janji dengan saya yang awak tak akan tinggalkan saya walau apapun yang terjadi dan saya janji saya tak akan tinggalkan awak," kata Hana.

Noah mencium dahi Hana lama. "I promise sayang. Saya janji tak akan tinggalkan sayang walau apapun yang terjadi selepas ini. I will do anything for our family to protect you and our baby. Sayang
kalau saya mungkiri janji saya awak boleh buat apa apa sahaja tapi satu perkara sahaja yang saya minta. Jangan pernah tinggalkan saya." Noah bernada serius. Matanya dan mata Hana bertemu seketika.

"Kalau saya mungkiri janji saya. Awak carilah kebahagiaan awak sendiri dan lepaskan saya. Tapi saya janji saya tak akan pernah tinggalkan awak, my hottie pie," balas Hana lalu tersenyum manis.

"And I promise I will love you until my last breath. Honey hug me tight so that I feel your presence even when you're not with me," ujar Noah.

Hana lantas memeluk tubuh Noah dengan erat. Saya tahu semua ini hanyalah sementara tapi saya tak nak terlepas walau sesaat pun bersama dengannya.

"I will love you for the rest of my life hottie pie."

"I will love you too for the rest of my life honey."

***

Daniella sudah berkali-kali cuba memujuk ibunya namun datin Evelyn tetap mahu berjumpa dengan Hana dalam masa yang terdekat.

Sudah bertahun lamanya dia tidak melihat Hana dan dia tidak sanggup lagi menanggung rindu yang teramat di dalam hatinya.

"Mumy please...bagi Daniella masa untuk pujuk Hana balik di sini. Daniella janji bulan ini juga Hana akan pulang. Please mumy..." pinta Daniella dengan bersungguh sungguh.

Datin Evelyn mengeluh perlahan namun senyuman masih terukir di bibirnya.

"Kalau macam tu Daniella pujuk Hana balik ya. Mumy nak sangat jumpa Hana dan mumy rindu sangat dia. Sebelum mumy terlupa tanya suami Hana ada dengan Hana ke?" soal datin Evelyn.

Datin Evelyn sebenarnya sudah lama tahu yang Hana sudah berkhawin dengan Noah kerana dahulu dia menghantar seorang bodyguard untuk memantau keselamatan Hana. Apa apa perkembangan tentang anaknya itu sentiasa dia ketahui.

Perkhawinan itu datin Evelyn sendiri tidak berapa setuju tetapi bukan disebabkan Noah namun sebaliknya. Tetapi demi kebahagiaan Hana dia biarkan sahaja dan pada masa yang sama dia juga ingin melihat anaknya itu tidak berasa kesepian.

"Noah ada dengan Hana lagipun Hana masih berpantang lagi. Mumy macam mana kalau kita bagi Hana habiskan pantang dulu baru Daniella ajak dia balik ke sini?" tanya Daniella.

"Hana dah bersalin?Wah!tak sabar mumy nak tengok cucu mumy nanti. Kalau macam tu biarkan Hana habiskan pantang dahulu lepas tu barulah Daniella ajak dia balik. Nasib baiklah Daniella tanya mumy tentang ni tak adalah mumy nak paksa Daniella suruh Hana balik ke sini," balas datin Evelyn dengan perasaan yang sungguh teruja ketika itu.

Daniella tersenyum melihat ibunya yang sudah tersenyum lebar.

"Daniella pun tak sabar nak tengok baby Hana nanti. Mesti comel kan mumy?"

"Mestilah. Dulu time Hana masih kecil pun comel. Ikut mumy lah tu kan macam Daniella juga,"

Datin Evelyn tersenyum begitu juga Daniella. Mumy ni memang impian sejak dulu lagi nak ada cucu. Katanya untuk dijadikan peneman di villa ni supaya tak sunyi.

Chalida yang mencuri dengar perbualan antara datin Evelyn dan Davika sungguh sakit hati apabila mendapat tahu yang isteri Noah sudah bersalin.

Apa semua ni!Noah awak memang tak guna!awak penipu!

Chalida berlari masuk ke dalam bilik dengan linangan air mata yang laju mengalir. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Semua bantal tidur pula dibalingnya ke dinding untuk melepaskan geram.

Saya tunggu awak bertahun tahun!tapi awak balas dengan cara macam ni.Kenapa awak kejam sangat Noah?kenapa awak sanggup mungkiri janji saya!

Datin Evelyn dan Daniella tersentak apabila mendengar bunyi hempasan pintu yang kuat dari tingkat atas.

Mereka berpandangan sebelum mengangkat kedua dua belah bahu tanda tidak kisah. Angin kot.




Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now