Datin Evelyn terus memeluk tubuh Hana yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam villa. Akhirnya rindu seorang ibu terhadap anak selama ini telah pun terubat.
Air mata datin Evelyn mengalir keluar. Ibu mana yang tidak sebak apabila dipertemukan kembali dengan anak sendiri setelah bertahun lamanya tidak berjumpa.
"Maafkan mumy sayang...mumy tahu mumy salah selama ini. Mumy tak berniat pun nak pisahkan Hana dan Daniella. Mumy sayang sangat Hana sama macam mumy sayang Daniella. Maafkan mumy sayang...kalau Hana bencikan mumy sekarang ni mumy tak kisah sebab mumy patut dibenci," kata datin Evelyn dengan penuh sebak.
Hana turut menangis teresak dalam dakapan ibu kandungannya. Kini, dia dapat merasakan kasih sayang seorang ibu yang telah melahirkan dia.
"Hana...mumy minta maaf sekali lagi. Selama ini mumy tahu dah banyak perkara perit yang Hana lalui seorang diri tapi mumy janji lepas ini tak akan ada sesiapa lagi yang dapat sakitkan hati anak mumy. Mumy sangat rindu Hana...dan sekarang mumy happy sangat bila bertemu kembali dengan Hana," kepala Hana diusap penuh lembut.
"Mumy...tak pernah terdetik pun di dalam hati Hana nak bencikan mumy walau sekali pun. Hana tahu mumy buat semua itu kerana bersebab. Hana tahu mumy sayangkan Hana sama macam mumy sayangkan Daniella. Hana juga gembira sebab dapat bertemu dengan mumy,"
Datin Evelyn meleraikan pelukan lalu satu senyuman diberikan kepada Hana. "Anak mumy semakin cantik. Kalau masa kecil dulu anak mumy ni comel sangat. Daniella come here lets do family hug,"
Daniella lantas mengesat air matanya.Dia juga turut sebak melihat adegan tadi. Hana memang seorang yang tabah dan dia bertuah kerana nemiliki adik seperti Hana.
Mereka bertiga pun membuat family hug.
Noah, Theo dan Chalida turut tersenyum melihat keluarga itu bertemu semula. Dalam hati Noah memuji ketabahan yang ada di dalam diri isterinya. Dia tahu selama ini Hana banyak bertabah namun disembunyikan dari pengetahuannya.
"Welcome back to the Livingston Family Hana, my little sister!" ujar Daniella sambil mendepakan tangannya.
Hana lantas memeluk Daniella. "Sorry tau sebab selama ini aku sembunyikan perkara ini dari pengetahuan kau," ujar Daniella dengan penuh rasa bersalah.
Hana menggelengkan kepalanya.
"Its okey. Hana tak pernah salahkan Daniella. Lagipun untuk apa Hana nak salahkan Daniella sedangkan semua yang terjadi ini bersebab. Betul kan?" ujar Hana."Thank you Hana. Lepas ni boleh lah kita jadi siblings goals kan?" kata Daniella seraya tertawa kecil.
"Wajib tu kak!"
Terus mereka membuat gaya tangan high five.
Davika menghentakkan kakinya beberapa kali. Dia begitu marah apabila datin Kylie memberitahunya yang Noah sudah lama pulih.
Argh!apa aku nak buat lepas ni!
"Rayden!tolonglah buat something. Kau nak belas dendam pada Daniella kan?kenapa masih berdiam diri?" bentak Davika.
"Kau boleh bersabar tak?datin Evelyn dah ada dekat villa tu. Dia tu orang yang bukan calang calang kalau kau belum kenal siapa datin Evelyn baik kau pergi cari sendiri maklumat dia!" kini Rayden pula yang panas hati.
"Setakat orang tua yang dah berumur itu pun kau nak takut?pengecut lah lelaki macam kau ni nama je mafia tapi perangai mengalahkan betina!" herdik Davika seraya memberikan jelingan tajam ke arah Rayden.
Rayden tercabar dengan kata kata saudaranya itu.
"Kau ni tak pakai otak langsung ke?datin Evelyn tu bahaya tau tak!sekali kau cari masalah dekat dia tak sampai sejam pun kau dah terima akibatnya. Semua berubah selepas syarikat suaminya digodam oleh kawan baik datin Evelyn sendiri. Kau tengok je villa The Livingston Family sekarang ni lengkap dengan bodyguard di sekeliling,"
"Aku tak hamak pun nak bercerita berapa banyak bodyguard yang datin Evelyn ada tapi aku nak Noah aku balik. Aku nak Noah!faham tak!lagi satu Hana dah langgar syarat aku. Perempuan tu memang nak kena dengan aku!" Davika sudah menggepal penumbuknya.
Rayden mula memikirkan sesuatu. Rancangannya dulu sudah tidak dapat digunakan lagi dan kali ini dia kena buat plan lain.
"Apa kata kalau kita buat plan yang sama seperti di Cafe LA'Hotel dulu?" cadang Rayden.
"Kau nak suruh aku tidur dengan Theo lagi?no way!semua rancangan tak guna kau hari tu aku sendiri yang terjerat tahu tak!" tengking Davika.
"Bukan itu yang aku maksudkan. Aku tahu aku silap buat rancangan masa tu tapi kali ni aku yakin akan berhasil," balas Rayden.
"Apa dia?"
Rayden mula membisikkan sesuatu kepada Davika. Senyuman penuh kejahatan mula terukir di bibir Davika.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...