Hana tiba di hospital tepat pukul 7:00 pagi. Nasib baiklah tak ada roadblock kalau tak memang dah terlambat. Bisik dalam hatinya.
Stroller ditolak perlahan masuk ke dalam hospital. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja disapa satu suara yang tidak asing pada pendengarannya.
"Awak...Hana kan?"
Hanat begitu terkejut apabila melihat Noah yang berdiri tepat di hadapannya.
"Tak...saya bukan Hana. Encik salah orang kot," Hana cuba untuk menafikan kebenaran. Apa dia buat dekat sini?
Dia tidak boleh memberitahu hal sebenar kerana jika datin Kylie tahu pasti Noah yang akan jadi mangsa.
Mata Noah tertumpu pada Niel yang sedang lena tertidur di dalam stroller.
Noah tersenyum sinis. Hana pula menjadi takut jika Noah membuat rancangan untuk mengambil anaknya.
Noah memandang Hana lama sehingga tidak keruan wanita itu dibuatnya.
"Encik boleh bagi saya lalu ke?saya nak pergi check up anak saya ni,"
Noah memberi laluan kepada Hana masuk tetapi dia mengikuti langkah Hana dari belakang.
"Kenapa encik ikut saya ea?"
"Salah ke kalau saya ikut isteri saya sendiri?" tanya Noah sambil tangannya disilangkan di dada.
"Encik salah orang saya tak pernah pun jadi isteri encik!"
"Tapi hati saya kuat mengatakan yang awak pernah hadir dalam hidup saya," ujar Noah tidak mahu mengalah.
"Apa apa jelah!encik ni memang tak reti bahasa melayu kan?kalau encik nak sangat ikut, saya tak kisah pun!"
Kalau diikutkan hati, Hana teringin sangat Noah mengikutinya ketika itu namun dia cuma takut jika ibu Noah tahu yang dia mungkir janji. Dia takut kalau dia dicaci atau dimaki hamun itulah apa yang dia selalu fikirkan.
"Sure. Sebenarnya saya lebih suka bila bersama awak. Jom biar saya tolong tolak stroller ni,"
"Tak apa encik. Saya cuma benarkan encik ikut saya bukan bantu tolak stroller ni!saya tahu dah bermacam-macam teknik penipuan untuk menculik anak zaman sekarang so encik tak payah baik hati sangat tolong orang yang encik tak kenal,"
"Muka saya sebiji macam penculik ke?Saya tak ada niat pun nak culik anak secomel itu. Awak rasa saya sedang tolong orang yang saya tak kenal ke sekarang ni?"
"Saya malas nak bercakap dengan encik sebenarnya,"
"Itu maksudnya awak memang tahu siapa saya cuma awak sahaja yang menafikan,"
Walaupun hakikatnya apa yang dikatakan Noah itu betul tapi Hana masih tidak mengaku.
Telefon Noah berbunyi dan dia segera menyambut panggilan itu. Kedengaran keluhan kecil sebaik sahaja dia menamatkan panggilan.
"Im sorry sebab saya tak jadi ikut
awak. Ada hal mungkin lepas ni saya akan teman awak dengan Niel. Sorry sayang,""Saya tak kisah pun memang saya lebih gembira bila encik tak muncul di depan mata saya. Lebih baik encik pergi uruskan hal encik tu daripada sibuk melayan orang yang encik tak kenal,"
Hana sebenarnya menahan sedih dalam hatinya. Dia cuma berlakon seperti dia tidak mengenali Noah walhal dalam hatinya dia mahu sangat suaminya itu mengenali siapa dirinya kerana anak mereka, Niel perlukan papanya.
"Jangan nafikan perkara yang benar. Awak tak rasa Niel perlukan papanya ke?"
Hana amat terkejut apabila Noah bertanya soalan itu. Macam mana dia tahu?dia dah ingat siapa saya ke?dan satu lagi macam mana dia tahu tentang Niel?
Noah perasaan akan wajah Hana yang berubah. Walau macam mana pun dia tetap tidak boleh ditipu kerana ingatannya sudah pulih separuh.
Hana tidak membalas soalan Noah sebaliknya dia terus melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Takkanlah dia dah ingat siapa aku?tak mungkin.
***Noah menyandarkan badannya di pintu kereta. Dia setia menunggu Hana keluar dari hospital. Panas terik pun tak apa asalkan dapat bersama dengan isterinya selepas ini.
Beberapa minit kemudiaan dia pun ternampak Hana yang baru sahaja selesai membuat pemeriksaan.
Noah segera menuju ke arah Hana.
"Sorry sebab tak dapat teman sayang buat checkup tadi. Owner resort call saya sebab lupa bagi kunci pendua. So sekarang izinkan saya untuk bantu sayang tolak stroller ni. Can I?" Noah mengukir senyuman manisnya.
"Hmm..." balas Hana separuh sedar kerana termenung jauh.
"Thanks honey. Dah jom kita balik resort. Tak boleh lama lama kat sini," ujar Noah.
"Ap...apa?" kata Hana tersekat sekat. Entah apa yang dah kena dengan dia sekarang ni pun dia sendiri tak tahu.
"Nak kiss sayang. Dah kena pun. Suka sangat merenungkan nasib sayang," balas Noah sambil tersenyum nakal.
"Tak ada masa saya nak bergurau," balas Hana cuba untuk berlagak seperti biasa.
Nasib baik je pipi tak merona merah."Kalau macam tu kita balik resort. Kesian baby kepanasan dekat sini. Dah jom,"
"Siapa benarkan awak balik resort dengan saya?" ujar Hana dengan bengang. Kalaulah Noah tahu yang keadaan bahaya kalau mereka bersama tak adalah dia serabut sekarang ni.
"Baru je tadi sayang benarkan. Dah shhh...saya tak nak dengar apa apa lagi. Jom balik resort," tangan kiri menolak stroller manakala tangan kanannya pula menarik perlahan lengan isterinya.
Boleh pula dia buat tak tahu sedangkan aku dah ingat pun siapa dia mungkin dia ada sorokkan sesuatu sebab tu dia tak mengaku yang dia isteri aku. Ini mesti ada kena mengena dengan mama. Teka dalam hati Noah.
Keep read💕
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...