Selesai sahaja mengemaskan bilik tidur, Hana lantas mendapati suaminya yang sedang bersiap sedia ke tempat kerja.
Seperti biasa muka masamnya dipamerkan walaupun suaminya itu tersenyum manis ke arahnya. "Look, sayang Im so sorry for what happen last night. I promise I wont do it again. Please, forgive me," kedua dua tangan dirapatkan ke dada sebagai tanda meminta maaf.
"Bagi saya tali leher tu," ujar Hana dingin. Lain yang dikata lain yang dibalas. Kalau kemarahannya masih melekat di dalam hati sudah tentu dia berperangai seperti ini.
"Sayang nak buat apa?nak tolong pakaikan ke?" sakat Noah dengan sengaja membuat suara seperti suara menggoda. Namun, kelihatan langsung tiada reaksi di wajah Hana. Tetap wajah dinginnya sahaja yang terpamer pagi itu.
Tali leher segera dia pakaikan untuk suami dia. Maklumlah hari ini Noah ada meeting di syarikatnya jadi dia mesti kena nampak segak pagi ini. Bukan pagi ni je tapi begitu juga dengan hari-hari yang lain.
"Thank you honey," dengan pantas Noah mencium pipi isterinya itu. Selepas itu hidung Hana pula dicuitnya dengan penuh manja. "I love you dear wife," ucap Noah seraya mengenyitkan sebelah matanya.
"Awak tak nak jalan ke?nanti roadblock pula. Kalau awak lambat nanti client awak tertunggu-tunggu," Hana cuba untuk tidak memandang wajah suaminya namun entah kenapa matanya nak juga tengok suaminya itu. Mungkin takut nanti rindu pula jawabnya.
"Betul ni?awak tak rindu suami kesayangan awak ke nanti?sayang terima kasih tau sebab bagi selimut dekat hubby semalam. Kalau tak ada selimut mungkin hubby awak sakit pagi ni,"
Dia memang tak perasan atau buat-buat tak perasan?oh lupa, suami dia tidur lena pula semalam mungkin itu yang buat dia tak perasan siapa yang sebenarnya selimutkan dia.
"Baik awak ucap 'terima kasih' tu pada Davika. Dia yang selimutkan awak semalam. Dia kata dekat saya dia nampak awak tertidur di luar villa so dia tolong selimutkan awak so saya tak marah pun asalkan dia dah baik hati buat awak tak sakit pagi ni," ujar Hana. Namun di sebalik kata katanya itu ada yang dia reka-reka sahaja.
Senyuman Noah terus mati. Hati yang riang gembira tadi bertukar dengan kesedihan.
Mana mungkin isterinya itu membiarkan Davika berbuat sedemikian. Kali ni Noah seperti ingin berdepan dengan Davika.Menyedari suaminya yang hanya berdiam diri selepas itu Hana pun terus berlalu meninggalkan ruang bilik. Tetapi di benak hatinya dia menanggung sedih. Kesedihan yang amat perit dan ditanggung seorang diri tanpa diluahkan oleh sesiapa termasuk Noah.
Chalida melambaikan tangannya ke arah Hana sebaik melihat Hana yang baru sahaja turun ke tangga. Namun dia sedar akan wajah Hana yang kelihatan berbeza dari sebelumnya.
Mesti ada yang tak kena dengan dia ni?atau masalah yang dia hadapi terlalu berat?oh ya aku hampir terlupa!ini mesti ada kaitan dengan babun jahanam tu. Siapa lagi kalau bukan Davika!bisik dalam hati Chalida.
"Er...Daniella," panggil Chalida. Daniella menghentikan langkahnya seraya menuju ke arah Chalida.
"Aku perasaan something lah. Davika macam ada buat sesuatu je dekat Hana. Kau perasan tak?" bisik Chalida.
"Aku tak perasan tapi aku tetap yakin dia ni mesti ada rancangan tersendiri. Sekarang ni aku cuma nak cari jalan untuk halau dia dari villa ni tapi oleh kerana dia yang selamatkan Hana dari diculik tempoh hari itu yang menjadi penghalang sekarang ni," balas Daniella.
"Aku tak percayalah Davika tu boleh selamatkan Hana. Lepas kejadian dulu tu mereka berdua tu tak pernah lagi berbaik.
Mustahil Davika boleh berubah sejauh macam tu. Satu lagi yang aku perasaan bila Davika dah tinggal kat villa ni yang aku nampak Hana dengan dia bergaduh je tak ada pun aku tengok diorang berbaik," ujar Chalida."Aku pun pernah terfikir macam tu. Seolah-olah Davika ni ada rancangan tersendiri dalam villa ni. Tak apa aku akan pastikan perempuan tu tak buat kacau dalam villa ni. Kalau dia berani nak buat perkara jahat di sini then I'll kick her pergi jauh dari sini,"
Baru sahaja Chalida ingin membuka mulut namun cepat sahaja dia membatalkan niatnya sebaik melihat Davika yang baru keluar dari bilik. Daniella dan Chalida hanya menoleh ke arah Davika dengan pandangan yang menjengkelkan.
"Why?kenapa tengok aku je ni?Sorry guys aku tahu aku lebih pretty dari korang so tak payahlah nak jealous ye," rambut perangnya yang panjang itu dipintal-pintal dengan gaya yang orang kata seperti minta puji.
"Oh yeke. Tak tahu pula sejak bila wujud kecantikkan kau tu. Yang aku tahu tak nampak langsung pun. Dahlah pipi besar macam pau. Badan pula mengalahkan orang yang tak makan seminggu. Agaknya kau ni diet macam mana eh?" balas Chalida.
Tak semena-mena buatkan Davika meradang."Aku body goals bukannya macam kau. Mungkin perut kau tu buncit. Semua lemak dah terkumpul kot. Almaklumlah kau ni tak sampai satu jam makan itu tak sampai lima minit makan ini. Aku pun tak tahu dapat jugakah suami kau angkat kau nanti.
Kesian," balas Davika lagi. Tapi kali ini dengan senyuman yang mengejek."Badan aku berisi daripada ada badan macam kau yang mengalahkan bangau. Senang je aku tendang macam bola. Kalau nak diet lagi biarkan je lah badan kau sampai jadi tulang," Chalida berkata disusuli dengan tawanya. Biar padan muka Davika dikerjakannya.
Daniella sudah menahan tawanya melihat muka merah padan Davika. Gadis itu menghentakkan kakinya beberapa kali di atas lantai.
"Kau tunggu!jangan sampai aku cilikan mulut setan kau!" jari telunjuk dituding tepat ke arah muka Chalida sebelum Davika berlalu pergi dengan hati yang kian membara.
Mai22 vote lehh hehe😉❤
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...