"Sayang...jaga diri tau. Masa lunch nanti saya pulang nak bawa awak dengan Niel makan kat luar. Lepas tu kita jalan-jalan nak tak?pengawal baru akan sampai lepas ni. Apa-apa pun jaga keselamatan call hottie pie kalau ada yang terjadi," Noah sempat berpesan kepada isterinya kerana takut benda yang sama terjadi. Apa-apapun dia hanya berharap agar dijauhkan dengan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sebenarnya dia tak sanggup ingin meninggalkan isterinya di villa selepas kejadian kelmarin lagi-lagi kedatangan Davika yang buat dia berasa ragu-ragu.
"Kalau macam tu boleh je. Lagipun dah lama rasanya tak keluar dengan awak. Tapi, awak balik cepat-cepat tau. Saya takut kalau perkara berulang lagi," ujar Hana namun sedikit perlahan.
"Shh...its okey. Villa ni dalam pengawasan pihak polis sekarang ni cuma diorang gunakan alat kawalan jauh memeriksa keadaan villa. Kalau ada apa-apa yang terjadi dalam villa ni senang pihak polis buat kerja lagipun penjenayah yang serang villa kelmarin memang licik. Inspektor Mark akan datang di sini jam 10 pagi untuk periksa keadaan sekeliling villa dan saya dah suruh dia untuk stay sehingga pukul 12:00 tengahari,"
Datin Evelyn sudah pun melaporkan keadaan yang berlaku di villa selepas sahaja kejadian berlaku yang menimpah anaknya itu. Lagipun dia adalah orang atasan dan sudah tentu keselamatannya diawasi oleh pihak tertentu. Villa The Livingston Family berada dalam pengawasan pihak polis tambahan pula datin Kylie dikelilingi rakan inspektor yang amat rapat dengannya.
"Baby Niel ikut daddy sekarang pergi kerja ye. Tak apakan sayang kalau hottie pie bawa anak kita ikut pergi tempat kerja?" ujar Noah lagi.
"Bawa je lagipun Niel selamat kalau dengan awak. Tapi, awak checkup kesihatan Niel sebab badan dia panas subuh tadi. Saya risau juga kalau demam dia datang balik," kepala anaknya itu lantas diusap perlahan.
Noah melekapkan telapak tangannya pada dahi Niel. "Siannya baby daddy ni. Jom sini papa nak checkup Niel di hospital nanti ya..." dengan perlahan Noah mengangkat Niel dari dukungan Hana. Pipi anaknya itu dicium dengan penuh kasih sayang.
"Kejap awak. Saya nak masukkan barang Niel dalam beg dulu,"
Segera Hana memasukkan baby wipes, cloth diapers, minyak angin, bottle sterilizer dan bottle warmer ke dalam satu beg khas anak mereka.
Infant Carrier pula digunakan oleh Noah untuk membawa Niel ke tempat kerja.
"And one more thing. Saya nak awak dan Niel pakai baju yang sama barulah nampak sweet daddy and his son. Wait for me hottie pie,"
Almari pakaian Niel dituju lalu dia mengambil baju lengan panjang dan seluar panjang One Set berwarna putih untuk dipakaikan kepada Niel memandangkan Noah memakai coat doktor. Mestilah kena sama!
Noah hanya mengukir senyum. Comel lah pula telatah isteri aku ni. Makin bertambah sayanglah kalau macam ni.
Selesai sahaja Hana menukarkan pakaian Niel, anak mereka itu sudah terkekek ketawa apabila Noah menggeletek pinggang Niel membuatkan Niel ketawa tak henti-henti.
"Pipi bambam ni yang buat daddy makin geram dekat baby Niel. Macam awaklah sayang," ujar Noah.
"Baby Niel and his mumy memang comel. Kan sayang kan?" Hana mencubit perlahan pipi Niel.
"Hensem pula ikut macam daddy dia. Kan sayang kan?" kata Noah lagi.
Tanpa disedari Davika melihat kemesraan Hana dan Noah di sebalik pintu dengan hati yang patah. Dia lantas turun ke tingkat bawah sebelum ada yang perasan akan tindakannya itu.
Kau dah langgar syarat tu Hana. Aku dah kata selepas kau bersalin kau kena tinggalkan Noah tapi kau buat tak tahu pula sedangkan aku yang di sini patah hati.
Davika segera mengambil telefonnya dan nombor Rayden didail. Beberapa saat kemudian panggilannya disambut.
"Ray. Aku nak kau pancitkan tayar kereta Noah di tempat parking T&N Hospital sebelum pukul 12:00 tengahari dan aku nak kau suruh konco-konco kau tu cederakan Niel sebab Noah bawa anak dia tu pergi ke hospital sekarang. Suruh mereka ambil gambar dan hantar gambar tu pada aku!"
"No worry. Setakat budak kecil tu aku boleh bereskan dengan sekelip mata aje. Dan kau kena hati-hati Davika jangan sampai mereka dapat hidu perbuatan kau sebab villa tu sekarang dalam pengawasan pihak polis. Kau kena berjaga-jaga!" kata Rayden.
Kurang ajar!siapa yang berani sangat nak libatkan hal ni dengan pihak polis memang nak kena dengan aku. Tunggu!
"Siapa jalang sangat yang pergi libatkan hal ini dengan pihak polis?" tanya Davika dengan api kemarahan yang membuak-buak.
"Datin Evelyn. Theo dan suami orang yang kau dambakan sangat tu. Tiga manusia ni aku nak aim sekarang. Sementara aku uruskan hal Daniella kau uruskan Hana dahulu. Masukkan dia dalam perangkap kau tu secepat mungkin,"
"Macam mana pula dengan rancangan kau nak buat datin Evelyn tu kemalangan?aku tak nak lah hadap muka orang tua tu lama-lama dalam villa ni. Tak senang tau tak!" kata Davika.
"Oh ya. Thats right aku hampir lupa. Dalam masa terdekat ni aku akan cuba buat. Ada baiknya juga kalau datin Evelyn tu masuk ICU. Bersama-samalah dia dengan suami dia tu tinggal kat sana dan tinggal kematian sahaja yang akan datang menjemput mereka," sinis sahaja Rayden berkata saat itu.
"Jangan mulut je berani cakap tapi tak berani buat!make sure minggu ni juga plan kau tu berhasil sebab aku tak nak mereput tunggu lama-lama. Hati aku yang makin lama makin terasa sakitnya. Faham tak?" Davika sempat menyindir Rayden ketika itu.
Boleh tahan juga kau cabar aku ya Davika. Selama ni aku bertahan dengan sikap kau tapi aku akan pastikan suatu hari nanti kau yang terjerat dalam semua rancangan ni. Bisik dalam hati Rayden.
Talian terus dimatikan oleh Rayden. Aku pantang kalau perempuan berani cabar orang yang mempunyai sisi gelap macam aku. Kau tunggu Davika!
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...