Langkahnya dihentikan di depan muka pintu. Niat ingin masuk ke dalam rumah sebab nak tengok Niel namum dia terpaksa membatalkan niatnya itu memandangkan dia tidak mahu menganggu ibu dan isterinya yang sedang berbual.
Noah kembali duduk di luar rumah tanpa ditemani sesiapa. Apabila dia teringat kembali perbualan dia dengan Theo di telefon sebentar tadi muncul tanda tanya di benak otaknya.
"Noah...sebelum tu aku nak minta maaf kalau aku ganggu waktu kau nak luangkan masa dengan family kau. Tapi aku call ni bersebab. Tadi waktu datin Evelyn sampai di villa dia mengamuk habis. Dia kata dia nak Hana balik secepat mungkin. Aku sendiri tak tahu apa sebab dia mengamuk bila dia dapat tahu Hana ada di rumah family kau sekarang,"
Noah meraup rambutnya ke belakang. Dia sendiri tidak pasti apa yang membuatkan datin Evelyn mengamuk bila dapat tahu yang Hana pulang di rumah familynya malam ini. Mungkin ada sebab mak mentuanya berbuat sedemikian?ataupun ada hal disebalik yang dia sendiri tidak ketahui.
"Sejak tadi papa tengok Noah ni banyak termenung. Noah kalau kamu ada masalah jangan pendam sorang-sorang. Papa tahu kalau dah berumah tangga ni banyak masalah yang timbul. Papa pun macam tu juga dulu dan begitu juga dengan setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sebab tidak akan ada seorang pun yang akan lari dari cabaran dan itu bermakna mereka kena tempuhi jua," ujar dato Vincent.
Noah mengalihkan pandangan kearah ayahnya yang sedang mendukung Niel. Senyuman kecil diberikan kepada dato Vincent. Apa yang dikatakan ayahnya tadi sememangnya betul. Kita hidup di dunia ni kena tempuh apa jua jenis cabaran dan itu berarti kita sudah belajar cara untuk menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup.
Tapi untuk kali ini Noah buntu. Satu per satu masalah datang sehingga membingungkan dirinya sendiri. Apa yang dia boleh simpulkan di sini dia dengan masalah tak pernah tak bersama.
"Dad, Noah okey je sebenarnya.
Tak perlu risau. Sepanjang Noah tak ada di rumah keadaan mama dengan papa macam mana?" tanya Noah. Rasa bersalah mula bertandang dalam diri memandangkan sudah beberapa bulan dia tak datang menjenguk kedua-dua orang tuanya. Adakah mereka terasa dengan sikapnya?"Papa dengan mama baik baik saja. Noah janganlah rasa bersalah pula. Noah kan dah ada tangungjawab sendiri. Hana dan Niel lah tanggungjawab Noah. Itulah peranan seorang suami yang sudah bergelar ayah," dato Vincent tersenyum nipis. Dia tahu apa isi hati anaknya itu saat ini.
"Pa, Noah memang rasa bersalah. Noah sepatutnya kena jenguk mama dengan papa walau sesibuk mana pun Noah dan yang paling penting Noah dah faham apa tanggungjawab Noah. Maafkan Noah,"
"Tak perlulah kamu nak minta maaf Noah. Tak ada salah pun yang kamu buat. Lupakan je semua tu. Ni papa nak cakap yang Niel ni ikut perangai kamu waktu kecil dulu. Tak mudah menangis. Telatah Niel ni juga buat papa rindu waktu Noah masih kecil dulu,"
Noah ketawa kecil. Alahai ayah pun sedar juga tentang itu. Biasalah siapa tak kenal dengan Noah tengok je lah Niel. Anak dengan papa sama je.
"Rindu pula masa zaman budak Noah dulu. Dad, nakal tak Noah dulu?" terus meletus tawa Noah ketika itu.
"Heih...kamu dulu memang nakal. Harap harap lah Niel tak ikut jejak kamu bila dia dah besar nanti," kepala digelengkan.
Tapi dia yakin ada separuh sifat Niel ni memang ikut perwatakan Hana. Tengoklah mama comel anak pun ikut comel.Noah mengusap lembut kepala anaknya. Nakal nakal pun tetap sayang jugakan.
Senyuman nipis diberikan kepada wanita separuh abad di hadapannya. Hana mencapai tangan ibu mentuanya perlahan.
"Ma, janganlah macam ni. Hana dah lama maafkan mama. Perkara yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Anggap je semua itu tak pernah berlaku dalam hidup. Hana tetap sayang mama sampai bila-bila," kepala dilentokkan di atas bahu datin Kylie. Hana menutup rapat matanya.
Memang mudah untuk Hana maafkan mama tapi di dalam hati Hana sudah beribu-ribu luka yang masih tersimpan dan tidak bisa diubati. Sekarang mama faham, erti sebenar luka dalam diam. Mama tahu yang Hana banyak terluka disebabkan mak mentua macam mama.
Air mata datin Kylie jatuh perlahan namun pantas dia mengesat air matanya kerana tidak mahu Hana menyedari hal itu.
"Mama pun sayang menantu mama sampai bila-bila. Dalam hidup mama ini pertama kali mama jumpa orang yang maafkan mama walaupun mama dah berulang kali buat dia terluka. Hana nak tahu tak sesuatu?mamalah orang yang sangat gembira di dunia bila dapat tahu Noah memilih wanita sehebat macam Hana. Pilihan Noah memang tepat dan lebih kepada tepat. Terima kasih Hana sebab hadir dalam keluarga mama," datin Evelyn mengusap perlahan kepala Hana.
"H-" belum sempat Hana menghabiskan ayatnya Noah sudah memintas.
"Sayang, kita kena pulang sekarang. Ma, maaf bukan Noah nak menganggu tapi tadi Theo call Noah dia kata ibu Hana nak jumpa Hana. Mungkin ada perkara penting dia nak beritahu,"
"Tak apa. Hana kena balik ye. Kalau Hana ada masa datang je di rumah ya. Noah mama yakin kamu dapat jaga Hana dan Niel. Memandangkan Davika ada di villa sekarang jadi kamu sentiasa kena hati-hati. Jangan terpedaya apa yang dia kata. Cukuplah dulu dia gunakan mama dalam rancangan dia tu. Mama cuma tidak mahu ada orang lain lagi yang akan kena seterusnya. Noah, sekarang ni sasaran Davika adalah kamu. Lebih baik kamu kena pindah di rumah kamu secepat mungkin. Selagi Davika ada di villa tu selagi itulah dia akan teruskan rancangan dia. Ingat tu," panjang lebar datin Kylie memperingati mereka.
Ini untuk kebaikan keluarga anaknya. Kalau dia tidak bertindak awal mungkin keadaan akan jadi lebih teruk. Keselamatan Niel, cucunya itu juga mungkin dalam bahaya.
"Noah, apa yang Davika katakan pada kamu jangan sesekali percaya. Mama pesan awal-awal supaya kamu lebih peka. Jangan sesekali kamu tunduk pada dia,"
tambah datin Kylie lagi.Tak mungkin mama tahu yang...?
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...