Tangan Davika direntap kasar oleh Noah. Kalau ikutkan yang sebenarnya dia bukan jenis lelaki yang suka berkasar dengan perempuan tapi malangnya Davika seperti mencabarnya membuat perkara yang dia sendiri tidak suka."Noah!lepaslah!sakit tau tak!" bentak Davika kuat. Wajah serius lelaki itu dipandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia marah aku ke sebab apa pula sekarang ni?
Tangan Davika masih belum dilepaskan Noah. "Apa motif kau datang di villa ni?rasanya soalan ini aku dah tanya berulang kali. Tapi kali ni selagi kau belum jawab soalan aku selagi tu aku tak akan lepaskan kau!" suara Noah semakin meninggi.
Davika menahan sakit pada bahagian pergelangan tangannya yang sudah mula memerah akibat genggaman Noah yang begitu kuat.
"Aku?motif?baiklah kalau kau nak tahu sangat aku datang di villa ni semuanya hanya disebabkan kau. Only you dear!
aku nak kita macam dulu semula. Saya nak Noah yang dulu bukan Noah yang sekarang," balas Davika tanpa rasa takut.
Eloklah tu kalau aku berterus terang sekarang bukannya aku boleh sorokkan hal ini selama-lamanya pun. Bisik dalam hati Davika.Panas telinga Noah mendengar balasan Davika itu. Kalau dia tidak disahkan hilang ingatan ketika itu mana mungkin perkara itu berlaku.
"I already warn you too many times Davika!kau jangan sesekali cari masalah dengan family aku. Buang je cinta lama kau yang tak berguna bagi aku cause I already have my one and only angel. Kau bukannya tak tahu yang aku ni dah jadi seorang ayah. You are worst girl that I ever seen Davika. Cinta kau tu memang buta,"
Davika ukir senyuman manis. "Yes, cinta saya memang buta. Buta disebabkan lelaki macam awak and I wont give up on you.
Lagi satu saya tak pentingkan kalau awak dah ada angel awak yang entah apa tu atau awak dah ada anak berapa ramai ke apa.
Aku tetap nak kau!"Noah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tangan Davika terus dilepaskannya dengan kasar. Gila!perempuan ni betul-betul dah gila!
Hana menghentikan langkahnya apabila melihat suaminya bersama dengan Davika.
"Aku tak sanga kau berubah sejauh macam ni. Aku bukan seorang sahaja lelaki yang wujud di dalam dunia ni. Kau berhak dapat seseorang yang boleh jaga dan cinta kau selama-lamanya. Davika please...wake up!"
"Tak ada lelaki di dalam dunia ni yang sempurna seperti awak. Hanya awak sahaja yang berjaya buat saya kenal apa itu erti cinta. Walaupun dulu masa untuk kita berdua bersama terlalu singkat tapi awak dah buat saya rasa bahagia. And now I want you to know that I really love you no matter what," terus badan Noah dipeluknya dengan penuh erat.
Tangisan Davika mula kedengaran yang menyebabkan Noah menjadi lemah. Dia tidak kuat mendengar perempuan menangis apatah lagi dia yang menjadi punca perempuan itu menangis.
Hana sudah mula naik angin melihat drama memanaskan dari Davika itu. Dia tahu Davika sengaja memeluk suaminya apabila perempuan itu ternampaknya tadi.
Hana terus meluru ke arah mereka berdua. Dengan hati yang membara dan geram yang mula menggunung dia terus menarik rambut Davika sehingga pelukan terlerai.
PAP!
"Kau keluar dari villa ni sekarang!" jerit Hana dengan amarah yang tidak dapat dibendung lagi. Tamparannya tadi juga sungguh kuat sehingga menampakkan kesan merah pada pipi Davika.
Davika mengesat air matanya. Dia yang tidak berpuas hati terus menolak tubuh Hana sehingga terjatuh.
Noah yang baru ingin membantu isterinya terus ditepis kasar oleh Hana. Dia berdiri semula tanpa bantuan dari Noah.
"Kau siapa nak tampar aku haa!" Davika yang ingin menolak Hana lagi segera dihalang oleh Noah.
"Kau jangan bagi aku soalan!aku nak kau keluar dari villa ni sekarang!kalau tak aku suruh pengawal heret kau keluar. Kau jangan cabar aku perempuan perampas!" kesabaran Hana semakin lama semakin hilang.
"Am I scared?panggil lah seberapa ramai pengawal yang ada di dalam villa ni sekarang. Masalah ni melibatkan antara kau dan aku sahaja dan tak ada kena mengena dengan pengawal. Maksudnya kau ni pengecut," nada Davika ketika itu separuh mengejek.
"Kau nak cabar aku sangat kan!Kau tunggu!"
Hana pantas menuju ke dalam villa. Semua penghuni di dalam villa itu hanya melihat pertengkaran antara Hana dengan Davika.
"Sayang..." panggil Noah sambil mengejar langkah isterinya.
"Sayang please. Awak nak buat apa ni?" kata Noah lagi.
"Stop bothering me!awak pergilah dengan perempuan tu. Just go!tadi awak biar sahaja kan dia peluk awak kalau belum puas lagi pergilah dengan-"
"HANA!" tengking Noah dengan suara yang kuat.
Daniella dan Theo berpandangan
kerana terkejut Noah menengking isterinya untuk pertama kali dalam sejarah hidup."Please. Saya tak nak masalah ni jadi besar. Lagi satu Davika tu kan kena halau dari rumah. Kalau awak suruh dia keluar dari villa ni awak pernah terfikir ke mana dia akan pergi?mana dia nak tinggal?"
"Masa awak dengan dia dulu. Awak pernah terfikir ke apa yang saya lalui ketika itu?awak pernah terfikir ke kalau Daniella tak ada masa saya hampir kena culik dan apa yang akan jadi dengan anak kita yang masih dalam kandungan waktu itu. Kalau Daniella tak ada saya dah lama mati!rupanya awak sendiri tak pernah ambil tahu keadaan isteri awak dulu. Kalau bukan kerana Niel saya rela minta cerai waktu itu," Hana mengesat air matanya yang mula mengalir keluar.
Bukan dia lemah. Tapi dia dah penat dengan semua masalah yang dihadapinya. Penat ada suami yang mungkin tak lagi faham perasaannya disebabkan perempuan perampas tu.
Melihat Noah yang terdiam Hana terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik terus ditutup dan dikunci.
Niel yang sedang bermain anak patung segera menuju ke arah ibunya. Hana lantas memeluk anaknya dengan penuh erat dan ketika itu air matanya semakin deras mengalir.
"Why are you crying mumy?" tanya budak kecil itu. Air mata ibunya dikesat perlahan.
"No...your mumy is not crying,"
tipu Hana. Senyuman manis diberikan kepada Niel tetapi dalam keadaan terpaksa kerana dia tidak mahu anaknya itu tahu yang dia dengan Noah bertengkar."Mumy is lying..." ujar Niel lagi.
Budak kecil itu seakan tahu ibunya berada dalam kesedihan waktu ini."Niel sayang mumy tak?" tanya Hana.
"I love mumy and daddy so much," balas Niel seraya tersenyum sehingga menampakkan giginya.
"Mumy nak bawa Niel pergi di satu tempat esok. Tapi janji dengan mumy Niel tak akan beritahu daddy okey," kata Hana yang sudah yakin dengan keputusan yang akan dirancangnya.
"Where are we going mumy?"
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...