Datin Kylie menahan kemarahan di dalam hati sebaik sahaja Davika memberitahunya yang Noah dan Hana sudah pulang dari Thailand.
Sugguh panas hatinya apabila mendapat tahu Noah sanggup menipunya demi Hana.
"Diorang kat mana sekarang?mama nak ajar dua orang tu secukupnya!tak sangka Noah sanggup tipu ibu sendiri!dah makin menjadi jadi pula perangai dia," ujar datin Kylie dengan hati yang berombak ombak menahan kemarahan.
"Tak apalah ma. Davika okey je kalau Hana dan Noah bersama semula lagipun Davika...dah penat lebih baik Davika lupakan semua," tipu Davika.
Dia sengaja berkata begitu kerana dia sudah pun membuat rancangan terbaru untuk Noah dan Hana.
"Mana boleh Davika cakap macam tu. Kan mama dah janji nak kahwinkan Davika dengan Noah. Walau apapun yang terjadi Davika tetap kena berkahwin dengan Noah. Mama tak nak ada menantu macam Hana!perempuan tu tak layak sebenarnya jadi menantu mama," kata datin Kylie.
"Davika dah penat menunggu ma. Dah hampir setahun Davika tunggu tapi tak pernah pun berhasil dan apa yang lebih menyakitkan hati Noah naik tangan dekat Davika petang tadi disebabkan Hana tuduh Davika tampar dia sedangkan Davika tak buat apa-apa,"
"Apa!naik tangan!kurang ajar betul perempuan tu sampai nak tuduh Davika!takpe nanti mama akan ugut Noah sampai dia lepaskan isteri kesayangan dia tu. Mama nak tengok sejauh mana dia mampu bertahan!Davika tak perlu risau,"
Davika sudah tersenyum puas di dalam hati. Air mata palsunya mengalir keluar dengan derasnya. Dia mesti pandai berlakon di hadapan datin Kylie kalau tak mana mungkin rancangannya akan berhasil.
Daniella melemparkan beberapa majalah ke arah Theo. Tidak cukup dengan itu dada bidang lelaki itu pula dipukulnya sepuas hati.
"I hate you Theo!I hate you!"
"I know this is my fault dear. But please forgive me. Davika-" terus terhenti ayat Theo apabila dipintas Daniella.
"Stop calling that name!awak percayakan sangat dekat perempuan jahanam tu kenapa!" suara Daniella semakin meninggi.
"Dia ada bukti. Dia tunjukkan saya mesej seseorang yang cuba mengugut dia. Dan dia kata dia rasa bersalah pada Hana dan Noah jadi untuk tebus kesilapan dia tu dia nak saya gantikan tempat Noah dan Hana untuk makan malam di Cafe LA'Hotel,"
terang Theo dengan jujur."Saya tak akan percaya sama sekali!kalau awak percaya sangat dekat perempuan tu pergilah!just go!lepas tu kahwin lah dengan dia lagipun korang-"
"Daniella!saya tak cakap pun yang saya percayakan dia. Semua plan semalam tu seperti sudah dirancang. Kalau awak tak percayakan saya tak apa tapi apa yang saya cakap ni memang betul. Dalam makanan yang kami makan tu ada diletakkan sejenis ubat tidur. Saya sendiri yang buat pemeriksaan tadi if you want to look then come with me,"
"Daniella apa yang Theo beritahu adalah betul. Dia tak salah," Noah mula bersuara.
Daniella terdiam sementara. Dia dapat melihat kejujuran dari riak muka suaminya itu. Selama ini Theo tidak pernah sekali pun membohonginya dan dia sedar mungkin dia yang terlalu marah sehingga tidak mempercayai kata kata Theo.
"Daniella...I know this is my fault. Im really sorry. Please...saya tak nak kita macam ni. And I promise after this saya tak akan jumpa atau bercakap dengan perempuan tu lagi. I promise," kata Theo.
"Saya maafkan awak. Tapi janji dengan saya awak tak akan jumpa lagi perempuan tu kalau dia nak jumpa awak. Kalau saya dapat tahu awak mungkir janji saya akan pergi jauh dari awak," balas Daniella.
"I promise dear. Thank you sebab sudi maafkan saya. I love you honey,"
Lantas Theo memeluk tubuh Daniella dengan penuh erat. Nasib baik tak ada perkara teruk yang terjadi. Thanks God.
Hana tersenyum melihat mereka yang telah berbaik semula. Dia suka dengan cara Daniella yang tidak terlalu ikutkan hati jika membuat keputusan.
"Sayang...kita balik dekat rumah baru kita. Nak tak?" ujar Noah. Rambut Hana dibelainya penuh lembut.
"Erm...tapi boleh tak kalau Hana tinggal sekejap dekat villa ni?dalam seminggu je," kata Hana.
"Tak boleh sayang. Nanti siapa yang nak temankan Noah?" ujar Noah separuh merajuk.
"Noah. Kamu tinggallah sementara dalam villa ni dengan Hana lagipun akak tak berapa puas nak main dengan baby Niel,"
Kali ini Daniella pula yang meminta. Terpaksalah juga Noah mengalah.
"Okeylah. Kalau macam tu boleh je," balas Noah.
"Thank you hubby," kata Hana dengan gembiranya.
"Sayang...awak suka baby kan?" tanya Theo kepada Daniella. Satu senyuman nakal terukir di bibirnya.
"Of courselah saya suka. Dahlah comel..siapa je tak geram," kata Daniella.
"Ni yang berdiri di sebelah awak ni tak buat awak geram ke?"
Meletus tawa Hana dan Noah mendengar usikan Theo kepada Daniella. Aduhai sweet betul ya Theo ni.
"Geram tu adalah. Tapi jenis yang rasa macam nak tumbuk!" balas Daniella.
Tawa mereka berempat bergema di ruang tamu villa itu. Chalida pula hanya mampu melihat Noah dari jauh. Air matanya jatuh perlahan lahan membasahi pipi.
Kalau awak memang dah lupakan saya. Saya akan cuba buat sampai awak ingat siapa saya. Bisik dalam hati Chalida.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...