Hana tersenyum melihat Niel yang bermain dengan anak-anak jiran di kampung. Telatah mereka yang sungguh comel dan lucu itu membuatkan hatinya tenang."Hana sinilah kita sembang. Dok keseorangan kat sana tu tak bosan ke?" ujar Miya seraya tersenyum manis.
Dulu Hana sememangnya rapat dengan Miya. Gadis itu juga selalu membantunya dalam pelajaran selain Davika.
"Lama tak jumpa. Kau apa khabar sekarang?" ujar Miya.
"Aku okey je. Kau pula macam mana?"
"As usual. Tapi tulah masih belum dapat jodoh," ujar Miya lalu tertawa.
"Isy kau ni apa kurangnya. Dahlah cantik. Sopan.Hormat orang tua. Memang ciri ciri wanita mithali orang kata. Ke kau tipu?mesti dah ada ni kan?" sakat Hana pula.
"Eh mana ada. Tak tipu punya. Tengok kat jari aku ni. Mana ada cincin," ujar Miya.
"Yelah tu kau je yang pergi sorokkan. Macam aku tak kenal dia. Dari dulu tak habis habis nak kenakan aku,"
Miya terus mengusap kepala Hana."Awlolo dia dah nak merajuk dah. Tengok ni tadaa!"
Miya menayangkan cincin berwarna silver pemberian dari encik tunangnya."Lah tak tanya pun. Tengok dah terlepas aku dengan majlis kahwin kau," kata Hana dengan nada sedihnya.
"Eh...eleh aku tak kahwin lagilah kawanku oi. Aku baru je bertunang. You know what aku dah berjuta kali call kau tapi nampak sangat number phone kau waktu tu tak befungsi. Kau tukar number tak beritahu aku kan?" ujar Miya pula. Kali ini dia pula yang merajuk.
"Sorrylah. Phone aku time tu rip you know?and waktu tu kau tahu betapa sakitnya hati aku dengan semua kenangan gambar apa semua dalam telefon tu hilang begitu saja. Aku decide lah pergi beli phone baru then lepas tu kita dah lost contact dah. Maaf aku memang tak sengaja," kata Hana.
"Tak apa. Asalkan kau ada depan mata aku sekarang ni pun dah cukup dah. Sebab tak lama lagi aku dah nak kahwin dah. Dan aku nak kau wajib, WAJIB datang masa majlis aku tu. Faham ni?"
Hana tertawa melihat muka kawan baiknya itu. Sumpah lawak giler!
"Ya aku janji. Aku datang. Nasib baiklah aku balik kat kampung ni kalau tak melepas lah aku datang masa hari bahagia kau kan?by the way congratulation my friend. You will be wife soon," Hana segera memeluk kawannya itu.
"Thanks. You know aku pun tak sangka sebenarnya ini akan terjadi. Oh lagi satu aku nak tengok baby Niel aku. Rasa nak cubit budak tu. Mesti comel macam mumy dia kan?"
"Well. Just look at her mumy,"
Sekali lagi tawa mereka berdua meletus. A real friend. Yes.Ini maksudnya kawan yang tak pernah lupakan kita walaupun dah bertahun lamanya terpisah.
Miya terus mendukung Niel dan mengucup kedua dua belah pipi anak kawannya itu.
"Oh my he is so handsome even still kid and cute. Papa dia mana?tak ikut sekali ke?" ujar Miya.
Senyuman di bibir Hana hilang serta merta. Kepala digeleng sebagai balasan.
Miya menurunkan Niel perlahan lahan. "Niel jangan pergi jauh-jauh ya. Nanti mumy Niel risau," kepala Niel diusap perlahan.
Niel mengangguk. Budak kecil itu mengambil tempat duduk yang terletak tidak begitu jauh dari ibunya dan Miya.
"Kau ada masalah ke?kalau tak keberatan kau share lah dengan aku," ujar Miya penuh prihatin. Dia faham dan dia tahu bahawa banyak yang akan kita lalui terutama sekali apabila mula membina rumah tangga.
"Tak ada apalah Miya. Aku okey. You dont have to be worry," balas Hana seraya tersenyum paksa. Bukan kerana dia tidak berkongsi masalah dengan Miya disebabkan tidak mempercayai kawannya itu namun dia hanya tidak mahu menceritakan masalah rumah tangganya kepada orang lain.
Lagipun kalau dia beritahu sesiapa tentang masalahnya mestilah suaminya juga akan dijadikan bualan orang di kampung. Dia juga tidak mahu orang lain beranggapan bahawa suaminya tidak pandai menjaga isteri dan anaknya. Jujur dia katakan suaminya memang seorang yang baik namun...
"Hana. Aku nak sambut call dulu ya. Ni encik tunang ni dah mula risau. Kalau ada masa aku datang jenguk kau di sini lagi ya. Take care with Niel,"
"Anytime Miya. Take care too."
Miya segera beredar. Hana hanya memandang kawannya itu sehingga hilang dari pandangan. She is just happy go lucky person.
"Mumy." panggil Niel. Lamunan Hana tersentak apabila anaknya memanggilnya. Dia segera menuju ke arah Niel.
"Where is your friend Niel?" tanya Hana apabila melihat anaknya itu keseorangan.
"They momma ask them to stop playing," kata Niel bersedih. Hana tersenyum seraya mencubit perlahan pipi anaknya itu.
"No its okey. Mumy ada kat sini. I can play with you,"
"Thank you mumy...luv you," ujar Niel seraya membuat muka comelnya.
Hana hanya memerhati gelagat anaknya sambil tersenyum. Wajah Niel itu membuatkan dia teringat akan suaminya.
Walaupun baru dua hari tidak melihat wajah Noah namun ada satu perasaan yang datang di dalam hatinya. Entahlah kalau nak cakap rindu pun tak juga. Kalau dia cakap masih marah pun tak juga.I just...I just didn't know what come up in my mind right now.
Perlahan-lahan Hana merapatkan kedua-dua tapak tangannya dan dia segera menutup rapat matanya.
Ya Tuhan, berikanlah aku ketenangan dan kecerahan hati, untuk menerima segalanya
yang tidak dapat ku ubah supaya aku menghayati suatu waktu dalam sehari, menikmati suatu saat dalam waktunya,
menerima kesulitan sebagai pematang dan menuju kedamaian hati. Seperti engkau telah berbuat, menerima dunia ini sebagaimana adanya, bukan seperti yang aku kehendaki, melainkan seperti yang kau kehendaki dan percaya. Engkau sendiri membuat segala sesuatu selesai, apabila seluruh usahaku, kuserahkan kepada penyelenggaraan kasihMu, dengan demikian, aku layak bahagia didunia ini, dan luar biasa bahagia bersamaMu kelak. Amen.
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...