Theo memandang Noah yang masih mundar mandir ke hulur ke hilir sejak tadi. Nampak serabut sahaja dia ketika itu.
"Bro...kalau kau nak balik just go. Tapi aku tak yakin kalau Hana maafkan kau. Aku dah kata kan Davika tu pembawa masalah je.
Rasa macam nak sepak pula perempuan tu sekarang. Heh!" Theo sudah lama menahan rasa geramnya terhadap perempuan yang bernama Davika. Tak habis-habis dengan rancangan dia tu."Dah berapa banyak kesalahan aku sekarang?aku tak sangka semua ni akan terjadi. Am I really that stupid?"
Wajahnya diraup berulang kali. Sebenarnya dia berada di hospital dari petang kelmarin dan belum pulang ke rumah kerana dia tahu isterinya pasti akan membencinya saat ini.
Ingin pulang namun dia tidak mahu kemarahan isterinya itu akan menggunung lebih-lebih lagi si Davika tu masih ada di villa. Dia sendiri tidak tahu apa kebodohan yang membuatkan dia sehingga berani menengking isterinya kelmarin.
"Aku rasa kau tak perlulah bagi belas kasihan dekat Davika tu. Maksud aku bukan aku suruh kau belas dendam dekat Davika dan satu-satunya cara sekarang ni kau pergi minta maaf dekat Hana dulu. Kau bukannya tak tahu kan hari valentine tak lama lagi?trust me or not Noah. Hana cuma tidak mahu perkara lalu berulang lagi sebab dia dah tersakiti tapi dia cuba untuk tidak tunjukkan dia seorang yang lemah. You are lucky bro!dia tabah dan aku minta sangat jangan sakitkan hati isteri kau tu lagi,"
Belakang kawan baiknya itu ditepuk perlahan. Theo cuma ingin memberikan kesedaran kepada Noah. Dia nak tengok kawan baik dia juga bahagia. Kalau Noah bahagia pasti dia juga turut tumpang gembira.
Theo juga tidak mahu Daniella terus berasa sedih kerana Hana sering dilukai. Setiap hari Daniella juga cuba untuk membantu adiknya itu namun Davika terlalu kuat untuk menghalang segala-galanya.
Kenapa disaat kawannya ingin mengecapi kebahagiaan harus ada penghalang?bukankah itu tidak adil?dan kenapa mesti ada orang ketiga yang selalu menganggu rumah tangga mereka?
Tanpa berfikir panjang Noah lantas mengambil telefonnya dan briefcase lalu keluar dari hospital secepat mungkin.
Sudahlah dia tidak pulang dari semalam pasti kebencian Hana terhadap dirinya semakin dalam. Tak!dia mesti berusaha untuk membetulkan keadaan semula.
Dia patut menyerah kali ini. Dia tahu semua ini salah dia kerana terlalu leka disebabkan Davika. Hanya kerana Davika dia sedar akan perubahannya. Di manakah Noah yang diinginkan Hana dulu?adakah masih wujud?Hana mengemaskan barang-barang yang perlu dibawanya kerana dia ingin menemani ibu angkat yang menjaganya sewaktu dia dan Daniella terpisah dulu. Rindunya tidak dapat dibendung lagi mungkin sudah tiba masanya untuk dia menjenguk ibu angkatnya atau dikenali auntie Diana.
Kawasan kampung yang sungguh nyaman dan cantik itu lebih membuatkan hatinya tidak sabar untuk sampai ke sana. Pasti auntie Diana akan gembira apabila dapat bertemu dengan Niel kerana memang itu apa yang diimpikan wanita berumur 60 tahun itu.
Daniella memandang Hana dengan pandangan yang sedih. Dia juga turut membantu adiknya memasukkan barangan yang penting untuk dibawa. Daniella tahu bahawa pada masa yang sama Hana cuba ingin menjauh dari Noah dan ingin mencari ketenangan di tempat dia membesar sewaktu Hana kecil dahulu. Tetapi Daniella yakin Hana tidak akan pernah membenci Noah walau sekali pun mungkin dia hanya inginkan ketenangan untuk seketika.
"Kalau Hana dah okey baliklah semula di sini. Tak bestlah kalau Hana tak ada kat sini dengan baby Niel. Rasa sunyi je lepas ni.
Kalau Hana nak minta apa-apa bantuan just call your sister. I'll be there to help you. Nanti kalau aku dah tak sibuk di syarikat aku akan pergi jumpa kau dekat sana. Nak rasa juga macam mana tinggal kat sana. Mesti best kan?" kata Daniella.Hana mengukir senyuman nipis. Siapa cakap tinggal kat kampung tak best haa eloklah tu pergi angkat kaki lepas tu terjun masuk kolam. Baru tahu rasanya apa.
"Mesti best punya kak!di kampung aman dan tak banyak gangguan bukan macam dekat bandar ni setiap hari dengar bunyi kereta lalu. Bunyi hon sana sini. Sungguh banyak perbezaan antara bandar dengan kampung. Kalau Daniella free pergilah kat sana ya. Hana setia tunggu kedatangan Daniella," ujar Hana seraya tersenyum ke arah kakak kandungnya.
"Dont worry. Harap tak ada yang menghalang. Lagipun aku nak rasa sangat tinggal kat kampung. Err...Hana. Noah tahu ke kau pergi sana?bukan apa tapi aku risau kalau dia tercari-cari,"
"Kak. Tak mungkin dia akan tercari-cari Hana. Dia kan dah tak rasa Hana ni penting dalam hidup dia. Dari kelmarin dia langsung tak pulang. Ambil tahu pun tak ada. Mungkin dalam fikirannya dia hanya ada Davika. Tapi Hana bukannya nak benci suami sendiri. Hana cuma kecewa untuk kali ini,"
"Hana janganlah cakap macam tu. Percayalah Noah hanya sayangkan isteri dia seorang sahaja. Aku yakin Noah sebenarnya tidak ada niat nak sakitkan hati isteri dia. Trust me he will come back for you Hana. Mana mungkin dia lupakan isteri dia begitu juga Niel,"
Hana diam. He will come back for me?no!aku tak nak berdepan dengan dia buat masa ni. Aku tak nak pandang mahupun bercakap dengan Noah waktu ni .Aku cuma inginkan satu iaitu space!
"Chalida di mana ya?" tanya Hana sengaja menukar topik baharu. Pada masa yang sama dia ingin cepat bersiap kerana dia mahu mengelak dari suaminya.
"Oh ya aku hampir lupa tentang ni. Chalida dah pulang semalam. Dia kata dia nak minta maaf sebab tak dapat jumpa Hana untuk kali terakhir sebelum dia pulang. Ibu dia call semalam sebab urgent katanya. But dont worry she already promise she will go here to meet baby Niel and Hana,"
Hana mengangguk perlahan. Kalau semalam perkara tu tak terjadi pasti dia sempat berbual dengan Chalida. Tapi...semua ni disebabkan Davika. I wont forgive that girl again!and now we only known as a enemy.
Setelah beberapa minit berlalu dia akhirnya selesai memasukkan semua barang yang perlu dibawanya.
"Ready to go sister?"
Hana mengangguk perlahan seraya tersenyum. Namun Daniella tahu di sebalik senyuman adiknya itu pasti ada kesedihan.
Daniella mengusap perlahan kepala Niel lalu pipi anak kecil iti dikucupnya penuh kasih sayang.
"Niel dengar cakap mumy tau. Di sana nanti Niel tak boleh nakal-nakal. Niel kena jaga mumy di sana. Nanti kalau auntie datang di sana auntie bawa banyak permainan untuk Niel,"
Niel sudah mula tersenyum manja. Senyuman itu membuatkan Hana teringat akan suaminya namun dia cepat-cepat mengusir ingatannya itu terhadap Noah.
"Yeay!thank you auntie Daniella.
Lob you coo much," jerit Niel penuh gembira namun masih belum sepenuhnya lancar menyebut kata-kata itu. Alahai kalau topik berkaitan permainan bukan kemain lagi budak ni suka.ADUH SEMAKIN LAMA SEMAKIN TENGGELAM KE DALAM LAUTAN PULA CERITA NI.TAK TAHU DAH APA KEJADIAN😅.BTW THANKS FOR THE support😄
YOU ARE READING
Bᴇ Mʏ Lᴀsᴛ Vᴀʟᴇɴᴛɪɴᴇ ✔ [COMPLETED]
RomanceHIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke pernah berjanji yang dia tidak akan pernah meninggalkan orang yang tersayang dalam hidupnya. Dialah H...