Bab 8

242 9 0
                                    

AYIE duduk bertenggek di jambatan yang selalu dijadikan tempat melepaknya bersama Bidin. Di tangannya terdapat sebatang kail diperbuat daripada buluh Cina dihalakan ke sungai.

Bidin hanya tersengih apabila sesekali mata kail Ayie tersangkut pada ranting-ranting pokok senduduk yang tumbuh meliar di tepi sungai tua itu. Pelik. Tiada sepatah kata pun yang terkeluar daripada mulut Ayie sejak dari tadi.

Hari ini Ayie tiada mood untuk bergurau malah, aktiviti ini hanya untuk mengelakkan dirinya daripada bertemu muka dengan papanya. Permintaan orang tuanya terlalu berat untuk ditunaikan.

Dia sayang untuk meninggalkan kampung halaman tempat dia dibesarkan. Hidupnya lebih tenang di sini berbanding dengan hidup di kota. Walaupun hidupnya tidaklah semewah kehidupan keluarganya di kota, tetapi cukuplah untuk menampung dirinya seorang. Dia tidak mahu bergantung hidup kepada papanya.

Lagipun, dia sudah mempunyai sebuah bengkel motor. Walaupun keuntungannya tidaklah sebesar mana, tapi dia puas dengan hasil udahanya sendiri. Selepas SPM dahulu, dia bekerja sementara sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal milik tauke Cina yang baru sahaja membuka bengkelnya di bandar. Dari kemahiran yang diperolehi itulah dimanfaatkan selepas dia memperolehi ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Selain itu, dia masih sayang untuk meninggalkan satu-satunya hobinya. Hobinya yang suka mengusik anak-anak gadis yang lalu-lalang di sekitar jalan kampungnya.

Cermin mata yang dipakainya ditanggalkan lalu dikesatkan beberapa kali pada T-shirt Pagoda yang terlekat di badannya. Sengaja dia mengenakan cermin mata yang berbingkai seperti cermin mata seperti orang dahulu. Walaupun pernah ditegah oleh alongnya, namun katanya itu sebagai menutup wajah tampannya dari pandangan liar anak-anak gadis di kampung itu. 'Perasan!" Itulah kata alongnya.

Sedari tadi Bidin hanya memerhatikan tingkah laku teman baiknya itu. Digelengkan kepalanya beberapa kali.

"Eh, kau tak pergi ke majlis pertunangan abang kau tu? Manalah tahu nanti tersangkut  pula anak dara yang ada kat situ. Ake dengar, anak-anak dara kampung sebeleh tu boleh tahan cantiknya."

Bidin menyoal Ayie apabila teringat akan kepulangan keluarga Ayie petang semalam. Mungkin itu punca Ayie jadi begini. Bukan pertunangan abangnya yang menjadi wajah itu seperti tertelan gambir, tapi kerana lelaki itu dan papanya tidak seteru.

"Ah, malas la aku nak pergi. Bukan dia pergi nikah pun, cuma bertunang aje."

Bidin tersengih mendengar luahan Ayie. "Mak ayah kau lama ke balik kampung ni?"

"Esok baliklah kut. Kenapa?" Ayie memandang Bidin dengan kening yang sedikit terangkat.

"Takde apa-apa...tanya je. Tak boleh ke?"

Ayie melarikan pandangannya dari wajah Bidin.

"Ayie, aku tanya sikit boleh? Kau...denfan mak ayah kau, macam mana?" Lambat-lambat Bidin menyoal. Dia bimbang soalannya itu akan menimbulkan rasa kurang senang kepada sahabatnya itu.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, dia takde ajak kau tinggal bersama mereka? Kau boleh kerja di bandar. Dengan kelulusan yang kau ada tu, aku rasa kacang aje kau boleh dapat kerja. Aku ni lain la, PMR pun tak lepas. Duduk ajelah kat ceruk kampung ni, Ayie...."

Ayie merenung tepat ke dalam anak mata temannya itu. Bidin menyimpan cita-cita bekerja di Kuala Lumpur. Setiap kali ada anak-anak muda berhijrah ke Kuala Lumpur, pasti wajahnya bertukar mendung.

Bidin antara pelajar yang memjadi harapan sekolah untuk memperolehi 8A, tetapi nasib tidak menyebelahinya. Ayahnya meninggal dunia sebulan sebelum dia menduduki peperiksaan PMR dan di pertengahan peperiksaan pula, dia diuji sekali lagi apabila emaknya pula disahkan lumpuh separuh badan setelah terjatuh di dalam bilik mandi.

Dia Secret Admirerku! Where stories live. Discover now