AYIE menempah meja makan di Hotel Hilton kerana malam ini akan menjadi sejarah dalam hidupnya. Dia akan melamar Emy sebagai suri hidupnya. Rancangan ini dibantu oleh Faiz dan Nadia. Dia amat berterima kasih kepada alongnya dan Nadia.
Faiz mengenyitkan sebelah matanya apabila melihat Ayie keresahan. Mereka setia dalam debar menantikan kedatangan Nadia dan Emy seperti yang dijanjikan. Sesekali ketawa meletus di bibir Faiz apabila melihat Ayie serba tidak kena.
"Relaks la sikit. Kenapa tegang sangat wajah tu? Kalau ya pun takut, jangan la tunjukkan sangat. Along dulu steady aja tau," tegur Faiz, menenangkan adiknya yang sedang keresahan.
"Mahu tak berdebar, long. Inilah first time aku nak lamar anak dara orang. Kalau dia tolak, tak melopong aku ni?"
"Along gerenti dia takkan tolak punya. Along tahu Emy pun ada hati kat angah." Faiz memberikan kata-kata semangat buat adiknya.
"Betul ke ni, long? Kau jangan main-main. Kalau dia tolak, makin menonggeng aku..." ujar Ayie yang semakin teruja dalam masa yang sama bersilih ganti dengan rasa takut.
Faiz hanya ketawa melihat keterujaan Ayie.
"Betullah... takkanlah along nak tipu pula. Takut sangat ditolak. Kalau kena reject pun, pasti ada benda tak baik yang kau pernah buat pada dia tukan?"
"Benda tak baik apa pulak? Aku tak buat apa-apa pun pada dia. Keluar berdua pun tak pernah, inikan benda tak baik. Aku waras lagi la, long. Tak baik kau tuduh aku macam tu, long." Ayie sedikit merajuk dengan kata-kata kembarnya.
"Ya la... ya la. Gurau sikit pun tak boleh. Makin tua makin suka pulak merajuk."
"Long kau rasa mama terkejut tak aku lamar Emy malam ni?" soal Ayie sambil bermain-main dengan kotak kecil berwarna merah. Sebentuk cincin dengan tiga butir berlian bersaiz kecil tersusun cantik mengikut jalurnya dibelek-belek. Cincin itu ditempahnya dua hari yang lepas, sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur. Tidak sabar rasa hatinya melihat cincin itu berada di jari manis Emy. Dia tidak mahu orang lain mendahuluinya.
"Mahu tak terkejut orang tua tu. Kita, kan ada adat. Along dulu pun mama marah buat macam ni, takkanlah angah boleh terlepas pulak."
"Ala... long, bukan aku buat tiap-tiap hari. Lamar biasa aja ni. Nanti dah betul-betul suka sama suka, aku tak tunggu lama long, terus aja kahwin."
"Amboi, tak menyempat kau ek? Mama tak baginya. Mesti dia nak pergi merisik dulu, lepas tu bertunang and then berulah kahwinkan kau. Eh, tak! Kahwinkan along dulu baru boleh kahwinkan kau, ngah."
Ayie ketawa sendiri melihat kesungguhan Faiz. Nasib baik pilihannya mendapat restu daripada alongnya, jika tidak susah juga hendak dibuatnya. Tapu padan benarlah jika dia menyukai Emy. Tidaklah dia terpisah jauh daripada Faiz, sudah bertahun mereka dipisahkan.
"Hmmm... macam tu ek? Takpelah, bertunang pun bertunanglah. Tapi aku tak nak lama-lama macam kau, long. Lagi cepat lagi bagus. Lepas tu aku nak tukarkan Emy ke JB, tolong aku kat pejabat sana pulak," beritahu Ayie dengan bersungguh-sungguh.
Faiz mencebik. "Mak aiii... dah merancang betul kau ni, ngah. Biar betul kau ni? Nak ke budak tu ikut kau? Macamlah kat sana takde pekerja."
Ayie ketawa lalu mengangguk perlahan. Memang itu yang dirancangkannya, tidak mahu Emy berjauhan daripadanya. Biarlah Emy sama-sama membantunya di cawangan Johor Baharu. Banyak kerja juga di cawangan sana. Jadi, tidaklah mereka terpisah jauh.
"Bercakap-cakap juga kita ni, long. Nadia dan Emy mana? Tak nampak batang hidung pun. Jadi ke tak dia datang ni? Risau aku."
Ayie gelisah. Susah beberapa kali jam di pergelangan tangannya ditilik. Inilah pertama kali dalam hidupnya melamar seorang gadis yang dirasakan berjaya menghantui hidupnya. Perasaan gugup tetap ada walaupun dia cuba sembunyikannya daripada Faiz.
YOU ARE READING
Dia Secret Admirerku!
Roman d'amourEmy oh Emy! Kisah hidupnya bak cerita dongeng Cinderella. Asyik dimarah, dipukul, dimaki dan dikulikan oleh Mak Jah. "Kau dah cuci tangga tu belum? Malu aku orang datang nak meminang kakak kau rumah berkulat. Ada anak dara, tapi tak guna! Pemalas!"...