Bab 30

208 8 0
                                    

"MORNING, Mona. Cantik awak hari ni," sapa Ayie tatkala melintasi kaunter receptionist. Sepasang matanya galak mencari kelibat seseorang yang dirindui.

"Morning, boss." Mona tersenyum manis dengan pujian yang tidak disangkanya itu.

"Mana teman awak? Tak sampai-sampai lagi ke?"

"Errr...bos cari Emy?" soal Mona, hairan. Tidak perasankah 'Encik Faiz' yang hari masih awal pagi? Dia datang awal ke pejabat hari ini pun kerana menumpang kawan serumahnya.

"Sekejap lagi datang la tu, bos. Kan masih awal lagi, belum pukul lapan setengah pun. Office hour kita pukul sembilan pagi, kan?" terang Mona. Hendak bertanya lebih-lebih takut dikatakan busy body pula. Apa pula mimpi bos ni? Pagi-pagi sudah bertanyakan Emy, omel Mona dalam hati.

"Eh, saya 'ter'datang awal ke?" soal Ayie sambil tersengih-sengih malu.

Mona ketawa. Nasib baik dia dapat mengawal suaranya apabila menyedari yang diketawakannya itu adalah bos sendiri. Ada pula perkataan 'ter'.

Ayie tersengih. Sedikit pun dia tidak terasa hati dengan ketawa Mona yang tidak disangka-sangka itu. Kekalutannya pagi ini benar-benar memalukan diri sendiri. Apakah penyakit angaunya sudah semakin serius?

Semalam, sebaik sahaja menjamu selera bersama staf cawangan Johor Baharu berakhir, dia terus menyerahkan urusan seterusnya kepada Fakrul. Nasib baik Fakrul orang yang boleh dipercayai dan memahami gelodak di hatinya yang sememangnya jelas kelihatan di mata lelaki itu. Temannya itu juga yang menyarankan kepadanya supaya pulang sahaja ke Kuala Lumpur.

Ayie kemudiannya berlalu ke bilik pejabatnya di tingkat tujuh. Kedatangannya awal pagi ke pejabat diisi dengan menyemak semua dokumen yang bertimbun di atas mejanya.

Sesekali dia menilik jam di pergelangan tangannya. Terasa masa bagaikan langsung tidak berganjak. Hati mudanya sudah tidak keruan, meronta-ronta ingin menatap wajah pujaan hatinya. Serba tidak kena duduknya.

Bertenang, Ayie... bertenang. Sabarlah sikit. Dia memujuk hatinya yang mulai gundah.

Ayie memandang telefon di sisinya. Sedetik dia teringatkan wanita yang telah banyak berjasa membesarkannya, lantas dia menekan satu per satu nombor telefon Nek Som.

Talian bersambung, namun panggilannya masih belum dijawab.

"Ke mana pula nenek ni? Pagi-pagi dah keluar ke?" Ayie menyoal dirinya sendiri. Dia mengetuk jari-jemarinya ke meja. Sekali lagi dia menekan nombor yang sama. Masih tidak berpuas hati dengan panggilan pertama yang tidak berjawab.

"Assalamualaikum, nek." Ayie tersenyum lebar. Panggilannya bersahut juga.

"Waalaikumussalam. Hai, cucu bertuah nenek baru sekarang nak telefon nenek. Ingatkan 'Datuk Bandar' manalah pagi-pagi lagi dah telefon." Nek Som terus memuntahkan rasa geramnya kepada cucunya. Baru seminggu dia dan suaminya balik ke kampung sudah rindukan cucunya itu.

Ayie tersengih di hujung talian.

"Dah lupakan nenek, ya?" soal Nek Som tiba-tiba.

Ayie ketawa kecil. Dia tahu kesilapannya yang nyata, terlupa hendak menelefon nenek dan atuk bertanyakan khabar. Bukan tidak terkenangkan mereka, tapi dek kerana terlalu menumpukan pada kerjanya yang tidak putus-putus, ditambah pula dengan ketiadaan Faiz maka tertangguh niatnya untuk menelefon bertanyakan khabar nenek dan atuknya di kampung.

"Nenek apa khabar? 'Madu' nenek sihat?" gurau Ayie bagi mengelakkan Nek Som memanjangkan ceramahnya.

Nek Som ketawa kecil. Sudah lama dia tidak mendengar usikan begitu.

Dia Secret Admirerku! Where stories live. Discover now