Bab 28

199 10 0
                                    

"ABANG... jangan macam ni, bang. Tolonglah. Tak kesian ke abang pada kakak yang terlalu menyayangi abang sepenuh hatinya? Emy tak sanggup lukakan hati Kak Nadia semata-mata untuk kebahagiaan yang belum tentu lagi milik Emy. Abang kena faham perasaan abang sendiri. Sanggup abang kecewakan Kak Nadia? Emy tak sanggup biarpun Emy terpaksa gadaikan cinta Emy. Kak Nadia dah banyak berkorban untuk Emy."

Emy merenung bakal abang iparnya yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Lelaki itu hanya menundukkan wajah sedari tadi, mungkin apa yang dikatakan oleh Emy sedikit sebanyak telah memberi keinsafan di atas keterlanjuran perasaan lelaki itu terhadapnya.

Beberapa pasangan yang sedang beriringan melintasi mereka memandang hairan melihat tingkah mereka berdua.

Emy mengetap bibirnya apabila Faiz masih mendiamkan diri.

"Emy juga harus faham perasaan abang. Abang tak boleh hidup tanpa Emy," tutur lelaki itu dengan tegas seraya mengangkat wajahnya merenung ke dalam anak mata Emy yang berwarna coklat.

Ya Allah! Mahu gugur jantungnya mengenangkan lelaki di hadapannya itu yang seperti tidak faham dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Sungguh, dia tidak sanggup menjadi orang ketiga dalam perhubungan di antara lelaki ini dan kakaknya. Entah...perasaannya juga berlainan sekali. Adakalanya dia rasa ada getaran halus melanda jiwanya apabila berdepan dengan lelaki itu dan adakalanya langsung tidak memberi apa-apa reaksi apabila bertentang mata.

"Abang Faiz, tolonglah jangan macam ni. Tak boleh ke abang ubah perasaan kasih abang pada Emy tu pada kasih abang kepada seorang adik?" pinta Emy apabila lelaki itu masih tidak memberi respons positif pada kata-katanya. Nafasnya turun naik mencari kekuatan berdepan dengan Faiz. Lelaki ini harus disedarkan dan harus menerima hakikat. Cinta itu hanya milik Nadia.

"Hati dan perasaan bukan mainan, Emy. Abang sendiri pun tak tahu bila abang ada perasaan pada Emy. Bersama Nadia, abang tak pernah rasa macam ni. Tapi bila abang bersama Emy, getaran itu mula membuat abang jadi tak menentu...."

"Faiz! Emy! Apa semua ni?" Nadia tiba-tiba muncul membuatkan mereka berdua tercengang-cengang.

Wajah Emy sedikit pucat apabila Nadia merenungnya dengan satu renungan yang cukup membuatkan jantungnya bagaikan berhenti berdenyut.

Faiz menggelabah. Dia sama sekali tidak menyangka sesi luahan perasaan itu dapat dihidu oleh Nadia. Silapnya juga kerana tempat terbuka itu memang senang dihidu oleh sesiapa sahaja.

Nadia mencerlung ke arah tunangnya. Dia bagaikan singa lapar menanti mangsa untuk diterkam.

"Nadia...." Faiz bersuara setelah lama berfikir.

Wajah Nadia sudah basah dengan air mata. Tidak sangka dirinya dicurangi orang yang sangat dicintainya dan lebih terasa sakitnya apabila adik sendiri yang menikamnya dari belakang.

"Apa yang korang nak jelaskan pada Nadia? Faiz nak bagitau Nadia ini semua salah faham? Macam tu?!" tengking Nadia apabila Faiz kembali diam.

"Akak... Emy takde niat pun nak rampas abang dari akak." Emy bersuara, gugup. Air matanya mula berjujuran. Sungguh, dia tidak sanggup berada dalam situasi begini.

"Ooo...takde niat. Senangnya kau cakap. Habis, semua ni apa, Emy? Apa?! Sandiwara apa yang sedang korang mainkan ni?"

Emy menggeleng laju. Bagaimana mahu diterangkan jika semuanya telah didengar oleh Nadia? Dia tidak sanggup membela diri sedangkan dia tahu akan memakan dirinya sendiri.

"Mulai hari ini, Faiz bukan tunang Nadia lagi," putus Nadia. Sakit hatinya tidak dapat dibendung lagi. Dia tidak mahu menagih cinta pada orang yang tak sudi menerima dam memberi cinta kepadanya. "Nah! Cincin pertunangan kita, Nadia kembalikan."

Dia Secret Admirerku! Where stories live. Discover now