Bab 37

212 10 0
                                    

SUDAH seminggu berlalu. SMS yang dikiramkan kepada Emy yang mengatakan dia akan menelefon gadia itu langsung tidak ditunaikan. Dia sebenarnya masih belum mampu untuk bercakap dengan Emy. Lidahnya bagaikan kaku walaupun hati dan perasaan berkobar-kobar untuk mendengar suara itu.

Hairan dia dengan dirinya sendiri. Selama ini, boleh dikatakan dia jaguh dalam 'mengayat' gadis, tetapi mengapa dengan Emy kali ini lidahnya digam-gam? Kelu tidak mampu berkata. Otaknya pula bagaikan tepu untuk merangka ayat.

Urusan kerja yang semakin menuntut perhatiannya juga salah satu punca yang menghalang rasa rindu yang ada di hatinya. Ini projek pertamanya jadi, dia mahu membuktikan kepada papanya yang dia mampu mengurus dengan baik amanah yang dipikul.

Ayie tersentak apabila telefon bimbitnya berdering. Segera panggilan itu dijawabnya.

"Assalamualaikum, dik. Apa hal call angah pagi-pagi ni? Nak minta hutang ke?" gurau Ayie sebaik sahaja menerima panggilan daripada Tina.

Apa pula mimpi Tina menelefonnya pagi-pagi begini? Selalunya Tina susah bangun pagi kalau hari minggu macam ini. Ini mesti ada benda yang dia nak.

"Angah janji kalau Tina bagitau angah nanti, angah jangan cakap dengan mama dan along, ek?"

"Kenapa? Apehal ni sampai macam tu sekali?"

"Errr...."

Tina masih takut-takut untuk memberitahu Ayie. Dia sudah diingatkan oleh mama dan alongnya supaya tidak memberitahu hal ini kepada Ayie, takut mengganggu kerja angahnya. Namun dia tidak sangka tangannya laju sahaja mendail nombor telefon angahnya apabila melihat papanya diusung pergi.

Tina menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan-lahan. Dia mula bercerita dengan tenang kepada abangnya itu.

"Apa? Kenapa tak bagitau awal-awal? Perkara macam ni pun Tina nak rahsiakan dari angah ke? Angah balik sekarang." Ayie cepat-cepat mengemas meja kerjanya. Dia mahu segera pulang ke Kuala Lumpur melihat dengan mata dan kepalanya sendiri keadaan papanya. Kalau dah sampai masuk ke wad itu memang dah kira teruk.

"Tapi angah, nanti mama dengan along marah Tina. Papa dah okey. Tina, mama dengan along akan jaga papa. Angah jangan risau ek. Papa takde apa-apa, dah okey dah." Ujar Tina tergesa-gesa. Dia takut sebenarnya apabila Ayie mahu balik ke Kuala Lumpur. Niatnya untuk memaklumkan sahaja tapi sekarang bertukar jadi lain pula.

Tina menggigit jari. Tidak menyangka angahnya mengambil keputusan sedrastik itu walaupun dia menegah. Habislah dia kalau mama dan alongnya dapat tahu. Tentu dia kena marah.





PINTU wad ditolak perlahan. Penghuni di dalamnya saling berpandangan sebaik sahaja Ayie melangkah masuk. Wajah risaunya terpamer jelas apabila melihat papanya sedang terbaring di atas katil.

Datin Maimun ternganga melihat wajah anaknya tersembul di depan mata tanpa disangka. Seingatnya dia tidak ada menghubungi Ayie. Datin Maimun menjeling kepada Faiz, tapi anaknya itu menjongketkan bahu.

Ruang bilik sepi ketika Ayie mendapatkan mamanya. Dia terus menyalami wanita separuh abad itu. Ayie menghampiri pula papanya yang masih terlantar di atas katil.

"Papa apa khabar? Macam mana boleh jadi macam ni?" soalnya.

Sepanjang perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur, hatinya dilanda resah memikirkan kesihatan papanya. Selaju mungkin dia memandu.

Mendengar cerita tidak sama dengan melihat sendiri. Sebab itulah dia sanggup berkejar dari tapak projek di Johor Baharu terus ke Hospital Gleneagles, Ampang.

Dia sedikit berkecil hati dengan tindakan mama dan alongnya kerana merahsiakan hal ini daripada pengetahuannya. Walaupun cuma keracunan makanan, tapi kesannya besar memandangkan papanya juga ada penyakit lain.

Dia Secret Admirerku! Where stories live. Discover now