BH 1 ( Tahun 1990)

4.4K 77 0
                                    

Dua orang pelajar lelaki sedang menunggu di bangku kolej kediaman mereka. Sesekali, mereka memandang jam ditangan.

"Apalah dorang ni. Selalu lambat." Rungut Muaz.

"Biasalah. Perempuan. Nak nampak cantik. Untuk keyakinan diri dorang. Baru yakin nak jalan dikhalayak. Terutamanya Hajar." Balas Essam.

"Hajar tu sebab nak pikat kau. Bukannya untuk self confidence." Usik Muaz.

Essam ketawa. Malu.

"Ha... Panjang umur. Dah sampai pun. Kalau tak buat kitorang menunggu, bukan korang lah." Bebel Muaz sebaik saja susuk tubuh Hajar dan Fatma mendekati pagar kolej Jati.

"Sorry lah. Hari ni perut aku meragam." Balas Fatma.

"Kau okey tak?" Tanya Muaz.

"Okey." Jawab Fatma.

Dia dan Muaz berjalan beriringan mendahului Essam dan Hajar.

Essam menunjukkan ke arah dua sahabat baik mereka itu. Melihat Muaz bertanyakan keadaan Fatma. Muaz meletakkan tangannya ke perut Fatma kerana risaukan gadis itu. Dan bagaimama Fatma memukul kuat tangan Muaz yang cuba memegangnya.

"Fatma kata tak ada perasaan apa pun kat Muaz." Kata Hajar yang faham maksud Essam itu.

"Muaz pun kata yang sama. Tapi tengoklah gaya dorang berdua tu. Concern each other." Balas Essam.

"Kita doakan sajalah yang terbaik untuk dorang." Kata Hajar.

"Yalah. Tapi, saya nak sangat kalau mereka berdua tu jadi macam kita. Bolehlah naik pelamin sama-sama. Nanti dapat anak pun sama-sama. Kalau lelaki dan perempuan, kita jodohkan mereka. Kalau sama jantina, kita buat dorang jadi best friend. Macam kita." Balas Essam. Merujuk pada mereka berempat.

Hajar angguk. Itu juga harapannya.

"Oh. Saya lupa nak bagitahu awak. Mak kata lepas habis exam, mak nak datang jumpa orang tua awk. Nak tetapkan tarikh nikah kita." Beritahu Essam.

Hajar angguk. Dia dah tahu perancangan orang tua Essam. Ibunya dah maklumkan. Mak Essam juga.

"Sempat ke nak pujuk dorang berdua nikah sama dengan kita?" Tanya Essam kepada dirinya sendiri.

"Kalau dah jodoh, tak ke mana awak. Kalau awak paksa pun, kalau Allah kata belum dan bukan jodohnya, takkan jadinya." Kata Hajar.

Essam angguk.

"Tak pe. Saya nak bentangkan usul ni kat Muaz dan Fatma. Mana tau, dorang terima usul saya ni. Baru betul kawan baik. Sekolah sama-sama. Belajar sama-sama. Nikah pun smaa-sama." Kata Essam penuh semangat.

Dia mula membayangkan majlis nikah mereka ada dua pasangan kawan baik. Tentu meriah dengan kehadiran tetamu dari 4 buah keluarga.

"Awak nak cadangkan usul ni, dah tanya parents awak ke? Dorang yang nak sponsor wedding kita ni. Nanti dorang kata kita memandai-mandai." Tanya Hajar.

"Awak ni. Mestilah saya dah tanya. Takkan saya nak main tabur janji. Tak baik. Munafik. Abah siap cakap, jangan terima satu sen pun dari pakcik Harun. Siap rancang nak guna Pakcik Harun punya laman rumah kalau jadi." Balas Essam.

Tapi sekiranya tak jadi pun, abahnya, Tuan Fairuz tetap mahu minta majlis dibuat dilaman rumah bapa Fatma, Encik Harun. Kerana lamannya luas dan dalam kawasan kampung. Tuan Fairuz mahu majlis gotong royong. Yang mana penduduk dikawasan rumahnya tiada.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now