Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana hadirnya seorang wanita bergelar maduku. Ara. "Ara dah la tu. Benda dah jadi. Tak ada gunanya kau nak harapkan orang yang sudah berpunya." Ayna. "tak Ayna! Dengan apa yang aku baca, aku dah boleh agak Kayla tak pernah terima Razy. Diorang kahwin sebab wasiat. Jadi aku masih ada peluangkan untuk rampas Razy dari dia?" Ara. Dengan kehadirannya dalam keluargaku, terus menjadi porak peranda sehinggakan aku ambil keputusan untuk pergi membawa diri tanpa meminta izin. "abang Iz Cuma nak adik sedar bahawa apa yang adik buat adalah salah. Terperap di sini bukan penyelesaian yang baik. Adik nak sambung pengajian di sini? Ok! Abang Iz terima tapi lima tahun dah cukup untuk adik berada di sini. Adik benda dah lepas biarlah berlalu. Lagipun tak elok biarkan suami menderita tanpa isteri di sisi." Raizmie. Bagaikan angin lalu aku tetap dengan keputusan tapi tidak lama bila papa sudah sebulat suara untuk aku pulang juga ke Malaysia. Ternyata kata-kata abangku benar belaka bila aku lihat kemesraan suamiku jelas membuatkan hatiku direntap biarpun Ara mengidap amnesia. Makin menjadi-jadi bila kehadiran Eriq bagaikan segumpal awan hitam menyelubungi aku dan akhirnya akulah awan hitam itu bila Ian menuduh aku pembunuh Ara. Sampai bila pengakhiran ini akan berakhir? Adakah kisahku tiada kebahagiaan selepas ini? Dan adakah selamanya aku menjadi banduan dalam kurungannya? Hanya senaskah cerita ini luahanku. Start :19/03/19 End :19/01/20 Raina, Ian dan Han