Kita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan dirinya. Benarlah kata ungkapan bahawa "dead men tell no tales" (orang yang sudah mati tidak boleh bercerita). Walaubagaimanapun pengalaman survivor yang melalui detik-detik antara hidup-mati nya juga tidak dipaparkan. Novel ini mengisahkan pengalaman seorang survival yang melalui detik-detik tersebut. Juga tentang kehidupan: Kekeluargaan, cinta-benci, kesakitan-ubat, erti persahabatan, mempertahankan diri, pseudo sains & matematik (pseudo bermaksud palsu), kewangan, takdir & banyak lagi. Penghargaan penulis kepada : KAKA, Farah, Lisa_m97, KakJelita, Dia dan Steve Jobs yang hidup di kalangan kita. Dan tanpa kepakaran mereka ini, mustahil novel ini dapat dihasilkan : • Dr Sal • Dr Suri, Dr Fatin, Dr Jannah & bare face beauty (kecantikan tanpa atau sedikit lapisan makeup) but garang sikit Dr Yana ....... Jutaan terima kasih kerana tidak berhenti membantu. Dan Sejenis ubat (drug) bernama Gaba Sejenis minuman (keras) bernama Vodka & Sejenis penyakit bernama Cervical Spondylosis. Mengikuti hingga ke akhir bahagian cerita adalah satu penghormatan pembaca kepada penulis. Thanking you readers in advance. Awak ada bahu saya setiap kali awak hendak menangis. Nota Pengarang : 1) Cerita ini hanya rekaan/fiksyen untuk hiburan membaca. Sebahagian watak & peristiwa mungkin benar dan diperbesarkan bertujuan untuk memberi impak kepada jalan cerita. 2) Ada beberapa "adengan dewasa" di dalam penceritaan, sesuatu yang juga ada dalam kehidupan kita. Anggaplah seperti menonton filem yang tidak bertapis. 3) Novel ini hanya sesuai untuk pembaca matang (matured readers). 4) Novel ini ditulis secara suka-suka untuk memenuhi masa yang terluang. Penulis belum pernah menulis novel.
43 parts