SEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisah menyedihkan dari Merlissa dan L. Mereka pun menjadi kawan rapat untuk beberapa tahun sebelum akhirnya berpisah. Hari demi hari, Khairul menjalani kehidupan yang membosankan. Kehilangan L dan ketiadaan Merlissa membuat hidup Khairul terasa kosong. Akan tetapi, kehadiran Harmonika Elisya, seorang gadis misteri telah menambat hati Khairul. Sedar tak sedar Khairul telah jatuh hati kepadanya. Pertemuan dengan Elisya telah membuat Khairul mengenal erti cinta yang sebenar. "Kalau awak pun masuk neraka?" ~ Khairul "Saya akan tetap selamatkan awak walaupun kita di dalam neraka." ~ Elisya Namun, kebahagiaan sementara itu telah berubah menjadi satu tragedi yang paling menyakitkan. Kematian Elisya telah membuat Khairul trauma, dia turut menghidap amnesia akibat kemalangan jalan raya. Bertahun-tahun Khairul cuba melupakan Elisya, tetapi gagal. Ketika Khairul berpindah ke Kota Idaman, dia bertemu lagi dengan Merlissa. Namun, amnesia telah menghancurkan semuanya. "Awak siapa?" ~ Merlissa "Pertemuan kita adalah sebuah kebetulan. Tapi, kalau kita bertemu lagi... mungkin itu adalah sebuah kejaiban." ~ Khairul Ketika kebenaran datang, masalah dan misteri mula bermunculan. Kehilangan L selama ini mula membuka mata Khairul. Dapatkah Khairul menyelamatkan Merlisaa dari bahaya yang mendatang? Penyebab kematian Elisya? Apakah bisa terpecahkan? "Izinkan saya mewarnai hidup awak." ~ Merlissa Start: 20/11/2021 End: 6/7/2022 Status: complete