Bab 43

2.2K 79 9
                                    

"Awak betul ke tak nak balik Malaysia Aera? Dah nak dekat lima tahun dah awak dekat sini. Macam mana pun, awak still kena bagi tau Daniel, Aera. Awak tau kan, salah kalau awak terus terusan buat macam ni?"

Aera memandang Aiman yang sedang ralit bermain dengan budak kecil itu. Lelaki ini terlalu baik. Kesian Aiman terpaksa hidup dengan aku. Dia layak untuk dapat perempuan yang lebih baik dari aku. Doktor kan? Mesti la ramai yang nakkan dia.

Aku telah mensia siakan lima tahun Aiman. Eleh tapi dia yang gedik nak sangat ikut aku. Hah ambik! Tapi itu la dia tetap tak nak dengar cakap aku. Aku dah cakap yang aku boleh hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa. Aku dah penat dengar dia ulang ayat yang sama,

"Mana boleh! Walau apa pun yang jadi, awak mesti kena ada dengan saya. Biar susah senang bersama. Ni tak, nak ada masa senang ja, susah tak nak pulak! Cukup la saya biarkan awak kahwin bidan terjun dengan Daniel tu. Saya tak nak ulang benda yang sama lagi."

Daniel?

Apa dah jadi dengan laki tu? Masih hidup atau mati? Ah lantak lah dekat dia. Malas aku nak fikir.

Aera teringat kembali kejadian lima tahun dulu. Hari tu jugak lah dia tempah flight. Dah tak sanggup nak tinggal dekat sini.

Keluar saja dari mahkahmah, Aera terus mencari wajah yang amat ditunggu. Rasa seperti ingin dicencang muka laki tu.

"Mana kawan awak hah!!" Dah la matahari tegak atas kepala, memang panas lah. Tambah pulak dengan masalah yang baru saja timbul. Memang cari pasal betul!

Ikmal telan air liur dalam dalam. Takut Aera meletop bila bila masa sahaja. Dia melihat takut takut wajah Aera yang kemerahan.

"Sabar Aera..."  Jawab Ikmal sambil mengangkat kedua tangannya gaya ingin menenangkan Aera tapi lagi menambahkan api.

"Sabar sabar awak cakap! Saya ni dah hilang sabar tau dak dengan kawan awak ni! Dia ingat saya ni apa? Dia nak main tarik tali ke apa dengan saya sekarang ni. Dia nak kahwin lain, saya izinkan. Dia nak biarkan saya bermadu, saya masih diam. Tapi sekarang bila saya nak mintak cerai, dia pulak tak hadirkan diri dekat mahkahmah! Saya dah penat Ikmal. Tolong lah faham, cuba untuk sekali saja awak letakkan diri awak di tempat saya."

Dan sekarang aku masih memegang status isteri kepada Tengku Daniel Izani. Lima tahun aku tunggu dia lepaskan aku. Entah kenapa aku biarkan je dia gantung aku tak bertali. Tetapi Daniel masih setia memberi duit nafkah. Itu je la yang aku suka pasal diri dia.

                             ***************

"Dani tunggu dalam kereta ni kejap tau. Papa pergi tak lama, kejap jee."

Daniel hanya mengangguk perlahan sambil melihat message di hand phone nya.

Tengku Iskandar apa lagi, laju terus berlari ke taman. Kena cepat, nanti Daniel syak. Macam tak menyempat ja Tengku Iskandar ni. Mana taknya, dia terlalu happy bila dapat tau yang Aera dah kembali. Balik ja dari meeting terus ke sini.  Nak jumpa Aera di rumah, mesti menantunya tak nak. Dia dah tak boleh tahan! Mesti kena jugak jumpa hari ni.

"Dah lama ke tunggu Aera? Maaf la kalau papa buat Aera tertunggu."

"Tak lah papa, Aera pun baru je sampai sini." Aera terus menyalam tangan bapa mentuanya.

"Harith! Sini, salam atuk."

"Comel nya cucu atuk ni..." Tengku Iskandar terus mencium pipi cucunya. Tak tertahan rindunya pada Harith.

"Laaa Medina pun datang la sini. Mai peluk atuk." Kata Tengku Iskandar sambil mendepakan tangannya.

Medina memeluk kaki ibunya ketat seperti tidak mahu lepaskan.

"Adik datang la sini, kesian dekat atuk." Harith memujuk adiknya.

Medina berjalan perlahan lahan ke arah atuknya. Dia sangat percaya dengan kata kata abangnya.

"Hishh papa ni pergi mana sebenarnya ni? Kata kejap ja, ni tak, dah nak dekat 20 minit aku tunggu dalam kereta ni!" Daniel terus keluar dari perut kereta.

Pelik. Teramat pelik.

Daniel mengecilkan matanya melihat papanya yang sedang memegang tangan budak kecil. Bukan sorang ya, dua orang terus dia pegang. Anak siapa tu? Tak pernah dia tengok papanya pegang mana mana budak sebelum ni.

"Papa?"

Tengku Iskandar memalingkan wajahnya memandang Daniel. Terkejut!

"Aera?" Daniel melihat Aera sedalam dalamnya. Walaupun wanita itu sudah bertudung, tetapi dia masih kenal dengan wajah isterinya. Tak akan pernah dia lupa.

"Cantik." Kata Daniel dengan senyuman yang tidak lekang.

Aera menjeling mendengar pujian dari Daniel.

"Papa mintak maaf Aera." Jelas rasa bersalahnya.

"Tak apa papa, bukannya salah papa pun."

"Anak siapa tu Aera? Anak kita ke?" Tanya Daniel dengan penuh minat kepada isterinya. Dari tadi matanya tidak lekang memandang dua kanak kanak tu.

Aera apa lagi, terus jelingan menyampah dia berikan kepada Daniel. Dari tadi tak habis habis lagi.

"Pembetulan. Bukan anak kita. Anak saya, diorang anak saya. Kenapa awak tanya ni? Takkan la awak tak ada anak lagi dengan Syuhada, intan payung awak tu? Pelik betul, dah dekat lima tahun kot."

Sampai sekarang Aera masih tidak tahu tentang kejadian itu. Katanya malas nak ambik tahu apa apa pun berita tentang Daniel dengan Syuhada.

Daniel tertunduk lemah. Dia memandang Aera lama.

"Saya dengan Syuhada tak pernah jadi suami isteri pun Aera. Hanya awak isteri saya selama ini."

Papp!!! Aera terpana! Selama ini mati mati aku ingat yang aku dengan Syuhada bermadu.

Apa lagi masalah yang akan datang ni. Haishh.

Aera memandang anak mata Daniel. Pelik laki ni. Ish takut aku.

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now