Bab 40

2.1K 64 8
                                    


Aera ralit memandang wajah Daniel yang ketiduran di sebelahnya. Kesian dia, nampak penat sangat. Dengan baju kemejanya yang masih tidak ditukar walaupun hari sudah berganti. Aera bagaikan tidak percaya, betul ke ni Daniel yang selama ni dia kenal. Takkan la secepat ni dia berubah semula. 

Aera tak mampu lagi menahan tangannya dari memegang rambut Daniel. Dibelai perlahan, lama benar dia tak main dengan rambut Daniel. Tak lama selepas itu, Aera tersentak dengan pergerakan drastik Daniel. Dengan pantas, dia menarik tanggannya kembali.

"Emm maaf.." Hampir tak terkeluar suaranya. Jujur, rasa gerun dengan tengkingan Daniel itu masih ada.

"Kau buat apa tadi?" Dengan keras Daniel bertanya.

"Mana ada saya buat apa, ram.. rambut awak yang ada habuk tadi. Hah tengok nii.." Terus Aera mengibas tangannya tanda kotor.

"Ye ye je kau ni." Daniel menjeling Aera tajam. Macam la dia tak tau yang Aera tengah seronok main dengan rambut dia, buat buat tak nak mengaku pulak.

Daniel mengeliat kecil dan membetulkan duduknya. Sakit habis satu badan dia disebabkan posisi tidurnya yang tidak kena. Aera yang melihat ketidakselesaan Daniel itu, ingin sahaja dia menolong memicit bahu Daniel. Tapi dalam mimpi je la, tak nak dia nanti kena maki lagi ada la dengan Daniel sebab suka hati je main sentuh Daniel tu. Pastu nanti nak kena dengar tazkirah dia lgi hmmm.

"Doktor Mustafa cakap kau dah boleh keluar esok, nanti kau kemas la apa yang patut."

Aera mengangguk saja mengiakan Daniel.

"Lagi satu, kau demam kan? Dah berapa hari?"

Mampus aku..

"Takkan la aku nak cakap balik dekat dia apa yang dia pernah kata dulu, "

"Kau dengar sini, kalau kau sakit sekalipun kau tak perlu nak inform aku bagai. Kau nak pergi hospital, dipersilakan, Nanti kau cakap aku ni suami tak guna pulak sampai tak bagi kau pergi hospital. Sakit kau, kau sendiri yang tanggung, aku nak tanggung buat apa..  bukannya boleh sembuhkan kau pun. "

"Nur Aera Ikma! Aku tengah cakap dengan kau ni, kau tengah berangan apa lagi." Terus tersedar Aera. 

"Hahh dengar dengar,, emm awak kan sibuk. Jadi saya nak tak nak ganggu awak, nanti awak risau pulak." Aera menggigit hujung bibirnya, alamak tersilap cakap pulak.

"Aku nak risau???" Tanya Daniel  sambil menunjuk dirinya.

"Kau merepek apa ni Aera oii, aku just tak nak sakit kau tu melarat sangat pastu nanti emm kau fikir la sendiri... tak pasal pasal aku jadi duda muda nanti." Daniel tersenyum sinis. Perbuatannya semalam dengan percakapannya hari ni tak sama langsung.

Tersentak Aera. Entahlah dia jadi sensitif sangat pasal mati ni. Tau la aku sakit,, tak payahlah nak sebab pasal mati ni semua bagai ishh.

Daniel perasan perubahan pada Aera. Salah ke apa yang aku cakap? Tapi betul jugak macam teruk sangat je apa yang aku cakap, emm lantak lah dekat dia, malas aku nak pujuk.

Daniel pura pura sibuk dengan membelek jam tangannya.

"Haiii..."

"APA DUA MANUSIA NI BUAT DEKAT SINIIIII" Terus hilang mood Aera.

Terpaksa juga Aera salam dengan ibu mentuanya tapi macam emm lantak la. Malas dah nak terasa bila hanya hujung jarinya yang bersentuhan. Dah selalu sangat macam tu. Aera menyambut juga bunga yang dibawa oleh Syuhada, takkan la dia nak buang pulak. Kesian bunga tu nanti.

"So Aera you dah boleh keluar esok?"

Aera hanya menggangguk.

"Hmm bagus la kalau you dah boleh keluar cepat cepat.. I bukannya apa tau Aera,, actually last day kitorang tengah fitting baju kahwin pastu tetiba Daniel rushing balik rumah pasal you sampai tak sempat  nak fitting baju dia. Hmm kesian you sayang."

Aera menggenggam cadar katil dengan kuat. Ishh geramnnya aku,,, dah tak ada benda lain yang dia nak cakap. Kahwin kahwin itu je la yang dia tau.

"La ye keee, maaf la Syu. Saya tak tau pulak Dani tengah fitting baju. Kalau saya tau memang saya tak call dia. Eh tapi memang saya tak call pun, Mak Kiah yang call. Tak sangak pulak Daniel datang terus, sampai rushing eh dia." Puas Aera.

Hampir tersedak Daniel. Nasib baik tak tersembur dekat Syuhada.

Datin Shamilah yang melihat wajah Syuhada kemerahan menahan geram segera menyelamatkan keadan. Nanti tak pasal pasal main tarik rambut, Syuhada ni bukannya boleh kira dengan perangai budak-budak dia tu.

"Hah lagi satu ni, Daniel dengan Syu nak kahwin tak lama dah. Two more weeks coming."

Terus Daniel menjeling mamanya, Syuhada apa lagi, tersenyum kemenangan.

Aera cuba untuk menerima kenyataan, tapi tak sangka dia secepat ini mereka akan berkahwin. Memang dia tau yang mereka akan berkahwin, tapi perlukah secepat ini? Habis, dia macam mana??

Aera mencari wajah Daniel. Ingin mecari ketelusan Daniel tapi Daniel mengelak dari bertatapannya. Perlu ke dia menangis lagi. Yaaa tak perlu! Lupakan Daniel. Itu perkara pertama yang dia perlu buat!



Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now