Bab 39

2.6K 68 6
                                    

Berderau darah Daniel melihat kereta di hadapannya sekarang ini.

Dia kenal sangat dengan pemilik kereta tu. Macam mana dia boleh ada dekat sini?

Dengan perasaan marah yang tidak tertahan tahan dengan ditambahkan rasa cemas terhadap Aera lagi, Daniel melangkah masuk ke dalam rumah dengan segera.

" Kau buat apa dekat sini? " Meninggi suara Daniel bertanya.

Pemuda yang duduk bercangkung di tepi Aera dilihat dengan tajam.

" Kau tak nampak ke aku nak bawa Aera ke klinik? " Jawab Aiman dengan nada malas nak layan.

" Tepi! Kau jangan berani nak sentuh Aera! Aku tak izinkan. "

Daniel terus menolak Aiman ke tepi. Sakit natanya melihat Aiman berlama lamaan di sebelah isterinya.

Daniel menggantikan kain kecil di dahi Aera dengan sapu tangannya memandangkan kain itu sudah hampir lencun dengan darah.

Badan Aera dirangkul perlahan lalu digendonggya dengan berhati hati, tidak mahu menambahkan lagi kesakitan yang dialami Aera.

" Tepi la kau ni pun, berapa kali aku nak suruh kau ke tepi. Yang kau tercegat dekat sini lagi dah kenapa? Tepi la! " Daniel mula nak naik angin dengan perangai Aiman sekor ni.

Aiman lihat wajah Daniel dengan tidak percaya. Betul ke ni Daniel?

Daniel tahu Aiman sedang memperhatikannya tapi dia malas nak ambik tahu. Aiman terus diendahkannya.

" Mak Kiah, Dani pergi hospital dulu! Jaga rumah elok elok. " Jerit Daniel dari tingkat atas lagi walaupun Mak Kiah masih berada di tingkat bawah.

Daniel terus memecut laju ke hospital. Sekali sekala matanya melihat cermin sisi kereta.

Haish kereta Aiman masih setia mengikutinya dari belakang.

Daniel melihat di sebelah penumpang. Terbit rasa kasihan pula pada Aera. Terkejut dia bila menyentuh badan Aera tadi.

Bahangya tersangatlah panas. Kondisi Aera sangat teruk, macam mana aku sampai boleh tak sedar.

Tanpa sedar Daniel menggenggam erat tangan Aera sehingga mereka sampai di hospital.

" Aku balik dulu. "

Daniel yang ralit memerhati Aera tidur tersentak dengan suara Aiman.

" Hah baguslah kau terniat hati nak balik, dari rumah sampai ke sini kau mengekor. "

Aiman hanya menggangguk, malas nak layan Daniel. Sekurang kurangnya Daniel dah mula bertanggungjawab.

Dari luar bilik Aiman dapat dengar suara Daniel yang mengatakan terima kasih. Aiman senyum sedikit, malu la tu nak kata depan depan.

Aera terpaksa menerima sebanyak lima jahitan, luka di kepalanya agak dalam. Nasib baik Daniel cepat membawanya ke hospital.

Aera membuka mata perlahan lahan, ubat tidur yang diberikan kepadanya mula beransur hilang.

Pandangannya gelap gelita dengan hanya ditemani cahaya dari lampu tidur di sebelahnya.

Aera merasakan tangannya berat. Dalam samar samar, Aera melihat Daniel sedang tidur beralaskan tangannya.

Aera tersenyum sendiri. Dia teringat kembali waktu Aiman terpaksa menjaganya di hospital dulu. Waktu tu jugalah mereka seperti suami isteri yang lain.

Rasa seperti ingin putar kembali masa. Bahagianya dia waktu itu dengan sikap ambil berat Daniel. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Daniel terhadapanya, ah rindunya!

Aera mengelus rambut lebat Daniel dengan penuh lembut, risau Daniel akan terjaga. Entah kenapa dengan hanya itu, dia terasa sangat bahagia.

Aera menyambung tidurnya kembali ditemani Daniel di sebelahnya.

" Aera dah rasa sihat sikit? " Tanya Doktor Mustafa dengan ramah.

" Dah sihat sikit doktor. " Jawab Aera dengan ramah.

" Hah dah alang alang suami Aera dekat sini, saya nak bincang pasal kondisi Aera. "

Aera terkejut dengan apa yang baru saja dikatakan oleh doktor Mustafa, terus kepalanya terteleng ke tepi.

Aera menjegilkan matanya pada Doktor Mustafa lalu membuat isyarat mata.

Doktor Mustafa membuat tanda tanya dengan menjegilkan matanya kembali pada Aera.

Aera membuat isyarat, ' Jangan bagi tau doktor! '

Doktor Mustafa pula membuat isyarat, ' Okay okay. '

Daniel melihat Aera dan Doktor Mustafa sedang bermain mata dengan penuh kehairanan.

Dah kenapa dengan diorang berdua ni?

"Ada apa apa yang saya perlu tahu ke doktor?"

"Oh tak ada ape Daniel, dalam dua hari lagi mungkin Aera dah boleh discharge." Jawab Doktor Mustafa.

"Oh kalau macam tu, terima kasih doktor."

Daniel meneman Doktor Mustafa sehingga luar.

Sempat lagi Doktor Mustafa membuat isyarat pada Aera sebelum keluar dari bilik, ' Jangan lupa bagitau, bahaya! '

" Yang kau ni dah kenapa asyik dok main mata dengan doktor tua tu? Dah buang tabiat? "

Aera menjeling Daniel, maleh aku nak layan.

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now