Bab 8

3.4K 75 0
                                    

"Pa, Dani ingat nak hidup berdikari lah dengan Aera. Kalau boleh esok kami nak pindah ke rumah Dani."

"Aera betul ke ni?" Tanya papa.

Aku yang baru mendengar itu terpinga pinga sampailah kaki ku sakit dipijak oleh seseorang.

Dani menjegilkan matanya menyuruh aku supaya bersetuju dengan cadangannya itu.

"Ahh yer papa. Semalam Dani ada bincang dengan Aera dan Aera pun dah bersetuju pasal pindah rumah tu. Kalau papa tak keberatan izinkanlah kami."

Eh panjang pulak minah ni bercakap.

"Suka hati kamu berdua lah. Papa tak kisah. Ini lah masa untuk kamu berdua luangkan masa bersama. Dani tak nak bawak isteri pergi mana mana honeymoon ke?"

"Dani busy sikitlah papa. Dapat tender baru pulak tu yang tak berapa nak ada masa. Nanti nantilah."

Tengku Shamilah hanya tersenyum sinis mendengarnya.

----------------

"Ni Aera, kau angkat semua beg beg ni kat atas. Bilik aku yang hujung sekali. Bilik kau yang tepi bilik aku tu."

"Sedap dia nak mengarah aku, ingat aku ni bibik tak berbayar dia ka apa? Nasib kau tu suami aku, kalau tak memang dah makan kasut 5 inci aku ni."

"Eh Aera kau duk buat apa lagi kat situ? Angkatlah cepat aku nak mandi ni!"

"Nak angkat lah ni!!!!"

----------------

Cantiknya bilik ni. Dah la warna ungu + pink. Warna fevret aku tu.

Aku sibuk meletakkan pakaianku ke dalam almari. Tidak lama kemudian pintu bilikku ditolak dari keluar.

Ehh aku ni tak kunci pintu ke tadi?

"Weh Aera pergi masak. Aku lapar lah." Arah Dani kepadaku.

"Yaya kejap. Lepasni saya turun masak untuk awak."

Aku nak masak apa. Satu benda apa pun tak dak. Dalam peti ais kosong. Aku mencari cari pula di dalam kabinet dapur.

Yah finally jumpa jugak. Maggi pun maggi lah. Selepas 15 minit berperang di dapur siap jugak.

"Awak. Awak. Awak!!! Ish dia ni pekak ke apa? Aku dah melalak macam ni pun tak dengar lagi."

"Aku tak pekak lah. Kau tu yang menjerit mengalahkan pontianak tak sedar diri."

Terkejut aku apabila disergah dari belakang.

"Ni ada maggi je kat dapur tu. Bahan mentah yang lain semua tak ada. Awak makan lah dulu, saya nak naik atas nak solat nak mandi dulu."

"Eh yang kau cakap panjang berjela ni kenapa? Aku tak kisah lah kau nak buat apa sekalipun. Aku nak ingatkan kau, kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Tapi aku nak setiap pelosok rumah ni semua kau kena kemas. Aku tak nak ada habuk langsung. Kalau kau tak ada masa sekalipun, pandai pandailah kau nak buat macam mana. Lagi satu, sediakan semua keperluan aku. Dah blah blah. Semak kepala aku tengok kau kat sini."

Pedih hatiku. " Ya saya akan ikut semua yang awak nak." Aku dilayan tak ubah seperti orang gaji.

Selesai solat, aku turun ke bawah. Dani kelihatan leka menonton televisyen dan mangkuk magginya hanya dibiarkan di atas meja.

Aku bergerak ke meja makan dan mengambilnya untuk dicuci.

*************

Butang interkom ditekan.

"Harini aku ada apa?"

"Bos ada meeting dengan Datuk Jamal lepas lunch nanti."

"Lagi."

"Itu saja bos"

Terus butang ditekan.

"Weh Aera tu bukan laki kau ke?" Tanya rakanku, Aina.

Aku menoleh kepalaku untuk melihat.

"Dani makan lah. You tenung apa pinggan tu, you nak I suapkan ke?" Perempuan itu melirik manja.

Dani yang tidak dapat berkata apa apa apabila sudu sudah disuakan ke mulutnya. Dia hanya akur.

"Sweetlah you ni!"

Eh itu bukan ke perempuan yang hari tu? Mia. Apa yang dia buat? Ya Allah kau tabahkan lah hatiku.

Aku terus menoleh ke hadapan semula. Tidak sanggup untuk melihat lagi.

Mia tersenyum sinis apabila melihat Aera sedang menjamu selera di tempat yang sama juga.

Dia pantas mengatur strategi.

"Bukanlah. Kau silap orang kot. Makan lah cepat makanan kau."

"Okay." Aina yang lihat keruh di wajah Aera malas hendak bertanya lanjut.

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now