Bab 31

2.3K 51 1
                                    

Daniel berjalan dengan laju menuju ke arah keretanya. Habis saja meeting dengan Datuk Jalal terus dia pecut pergi ke hospital. Mana taknya, terkejut beruk dia bila dapat tau yang Ikmal accident.

Langgar lari pulak tu. Apa nak jadi la dengan manusia sekarang ni, dah buat pastu tak reti nak bertanggungjawab. Nasib baik Ikmal tak teruk. Kalau tak tau lah apa jadi, dah la ada kawan sorang tu je yang selalu ada untuk dia.

Teringat pulak kes yang hampir sama yang terkena pada isterinya. Tapi tu langgar bermotif.

Malas nak serabutkan kepala, Daniel buat ingat ingat lupa saja. Dia masih terkesan dengan perbuatan isterinya.

Selepas parking kereta, Daniel terus pergi ke kantin hospital. Dia ingin beli bubur untuk Ikmal. Ye lah takkan tak beli apa apa kot untuk orang sakit.

" Aera? " Daniel membeliakkan matanya sekali lagi melihat figura isterinya yang sedang makan itu.

"Dia buat apa kat sini? Dia melawat Ikmal ke tapi takkan la aku yang kawan dah lama dengan Ikmal baru je kot tau. Takkan lah dia secepat tu tau pastu tak bagitau aku pulak tu?"

Daniel malas nak panjangkan isu, yang penting dia happy sangat jumpa isterinya. Lega hatinya.

Baru dia ingin melangkah ke arah isterinya, seorang lelaki muda  terlebih dahulu mendapatkan isterinya.

Terus mati langkah Daniel.

Lelaki tu membelakangi dia, jadi dia masih tak dapat melihat wajahnya sehinggalah lelaki tu duduk di hadapan isterinya.

" Aiman?!! " Daniel tidak dapat menahan diri dari mengepal penumbuk.

Kalau nak diikutkan dah lama dia ingin tumbuk Aiman sebab dah menjadi orang ketiga dalam rumah tangga dia tapi bila difikirkan balik yang dia kini berada di tempat awam, disabarkan dirinya banyak banyak agar tak melakukan sesuatu yang akan membuatnya menyesal.

"Kau tunggu Aera. Lepas semua yang aku dah buat untuk kau, ini yang kau balas? " Daniel menyeka air mata yang hampir menitis.

"Bodoh kau Daniel! " Dia terus memaki dirinya kerana mempercayai isterinya itu.

Dia terus berlalu pergi tanpa melawat Ikmal dengan hati yang membara.

"Kau nak main dengan api Aera, kau tunggu nasib kau."

                               ***

Daniel menunggu kepulangan isterinya dengan hati yang membara.
Dia melihat jam di tanganya, sudah hampir maghrib. Makin berapi dia dengan sikap Aera.

Daniel terus melepaskan tali lehernya yang membuatkannya rimas.

"Kau memang dah melampau Aera! Dari petang tadi aku tunggu kau balik tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung kau. Kau memang saja nak cari nahas."

Daniel mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya dulu. Makin lama dia tunggu makin sakit hati dia.

Baru saja dia ingin masuk ke dalam bilik air, dia terdengar bunyi enjin kereta. Mesti Aera!

Daniel terus pergi ke balkoni untuk melihat isterinya. Hatinya yang makin menyejuk kembali membara bila melihat Aima yang menghantar Aera pulang!

" Dua manusia ni memang tak reti nak hormat aku langsung! Dekat luar tak cukup lagi nak menggatal ni sampai dekat rumah nak menggedik. "

Daniel menuruni tangga dengan laju untuk mendapatkan isterinya.

Belum sempat Aera membuka pintu dari luar, Daniel terlebih dahulu membuka dengan kasar.

"Hah baru kau nak ingat jalan balik rumah?! Apa kau dah tak ingat lepas sibuk menggatal dengan jantan tu! "

Daniel terus menghamburkan kemarahannya tanpa sempat Aera memberikan penjelasan.

Aera memandang wajah Daniel dengan terpinga pinga. Dia tak faham dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. Tambahan pulak bahasa Daniel dah berubah! Mana saya awak dia selama ni??

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now