Bab 14

3.4K 75 0
                                    

Aku mengambil semua  keperluan tersebut dan dibawa naik ke atas bersama. Aku menolak pintunya sedikit dan mula melangkah masuk perlahan lahan seperti pencuri. Mana tak nya, gila tak takut kalau tetiba dia bangun tak ke naya aku.

Aku mencelup sapu tangan yang agak besar itu ke dalam mangkuk yang berisi air itu lalu memerahnya sehingga tiada titisan air. Dengan segera aku meletakkan sapu tangan itu ke atas dahi Daniel dengan perlahan lahan.

Selepas itu aku bergerak pula ke mukanya. Bibirnya yang pecah, cepat cepat aku meletakkan ubat. Aku mencuci luka pada tangannnya pula dengan iodin. Selesai meletakkan antiseptik pada lukanya, aku lekatkan pula dengan plaster. Nasib baik aku belajar KH dulu even benci gila dengan subjek tu, ececeh bangga pulak aku.

Hari ni kerja aku semua aku buat dengan perlahan lahan dan lemah lembut. Seriau aku, kalau bapak singa bangun nanti! Hahaha.

Aku memerahkan  sekali lagi sapu tangan dan meletakkanya kembali supaya demamnya cepat kebah. Dalam ralit memerhatikan wajah Daniel, perbuatanku serta merta mati. Tak semena mena berderau darahku.

Daniel memegang tanganku dengan kejap. Mampus aku, bapak singa dah bangun. Aku menelan air liur dengan susah payah.

Aku cepat cepat cuba meleraikan pegangan tangannya pada tanganku tapi hampa. Pegangannya terlalu kejap.

"Emm emm, awak dah bangun?" Apa punya bodoh soalan kau ni Aera? Dah sah sah lah dia dah bangun takkan hantu kot yang pegang tangan kau sekarang ni.

Daniel menyembunyikan senyuman jahatnya apabila melihat kegelisahan Aera. 

"Saya nak tolong cucikan luka awak. Betul saya tak tipu." Aku mengangkat tangan gaya gaya berikrar. 'Saya nak turun bawah nak masakkan bubur untuk awak. Awak tak sihat.' Aku berjalan keluar dari biliknya setelah berjaya melepaskan pegangan tangannya itu.

Sementara menunggu bubur mereneh, aku membuka phoneku untuk melihat kalau kalau ada orang yang mecariku. '3 chats from Aiman Hakim'

"Assalam"

"Saya nak jumpa awak boleh tak? Ada banyak benda saya perlukan penjelasan daripada awak."

"Nanti saya bagitau tempat kat awak."

Aku memasukkan pula ayam dan sayur sayuran. Laju tangan ku membalas chat Aiman.

"Wassalam, awak nak jumpa bila? Kalau hari Sabtu ni boleh?"

"Ye ye okay. Dekat midvalley tau kita jumpa. See u soon."

Setelah memastikan bubur ayam sudah siap masak sepenuhnya, aku menutup api. Aku mencedokkan sedikit bubur ayam ke dalam mangkuk sehingga penuh lalu meletakkanya di atas dulang.

Aku bergerak pula ke kabinet dapur mencari panadol serta menuang air suam ke dalam gelas. Selesai, aku mengangkat dulang itu ke bilik Daniel.

Lah tidur lah pulak dia ni. Aku bergerak ke arahnya dan menarik narik selimutnya kerana Daniel kelihatan berpeluh peluh. Tapi perbuatanku terhenti serta merta. Darah panas mula menyerbu mukaku apabila mataku terpandang Daniel yang hanya memakai boxer spongebobnya itu.

Ishh sejak bila dia pandai pandai bukak baju ni, takkan lah panas sangat kot. Aku meraup wajahku dan menarik nafas sedalam dalamnya.

"Eh apa ni, kau nak rogol aku ke apa?" Soal Daniel.

Aku mengangkat kedua dua tanganku ke atas. "Eh eh tak. Tak ada niat langsung nak ro.. rogol awak. Saya dah masakkan bubur untuk awak,ni saya letak kat atas meja. Nanti awak makan jangan lupa ubat sekali." Kataku dengan sekali nafas.

"Kau nak pergi mana tu? Duduk sini teman aku makan." Daniel menggamitku datang kepadanya.

Aku dengan teragak agak bergerak ke arahnya seraya menarik kerusi yang berada di meja solek itu. Ish nak bantu ke tak ni. Dia pun aku tengok kemain susah nak bangun. Malas berfikir banyak, aku membantunya untuk bersandar di kepala katil.

"Auhhh, sakit." Kata Daniel perlahan tapi dapat didengari aku. 'Ishh hilang habis kemachoan aku.'

Tangannya yang setia memegang perutnya, aku pandang pelik. Aku menolak tangannya dan lantas menyelak kembali selimutnya itu. Ehh tapi memang dari tadi dia tak pakai pun baju. Nak buat malu malu kucing sampai tarik selimut atas leher tak nak bagi aku nampak sixpack dia. Entah ada ke tidak. Macam lah tak terlondeg selimut tu. Eleh aku pun tak kepingin lah nak tengok badan kau.

Terkejut aku melihat perutnya yang sudah lebam dengan teruk. Masa aku cuci luka tadi tak ada pun nampak luka tu. Memang tak nampak lah Aera oii, dah lebam tu pun kat perut dia.

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now