"Aina tu dah kenapa dengan dia. Saya tengok muka dia masam je?" Daniel menanyakan soal Aina pada isterinya.
"Ouh dia tu, Ikmal asyik menempel je dengan dia. Tu yang muka asyik masam. Tapi kan awak saya tengok diorang tu sweet je lah haha.
Ish Ikmal ni kalau aku tau ni la agenda dia dah lama aku tak kasi dia ikut, kesian si Aina tu.
Aku turut mengalihkan kepalaku bila lihat Aera asyik pandang ke belakang, senang kata dia macam tengah menghendap. Usya siapa pulak dia ni.
"Awak tengok apa tu khusyuk sangat saya tengok sampaikan saya dekat sebelah sini awak dah tak perasan.
"Saya tengah skodeng Aina dengan Ikmal la, tengok tu asyik bergaduh je. Aduh saya rasa bersalah pulak tak duduk tepi Aina tadi. Awak la ni pujuk saya sangat suruh duduk tepi awak." Aera mencebik.
"La mana saya nak tau Ikmal tu rupanya nak duduk tepi si Aina tu. Dia beria ria pujuk saya suruh duduk tepi awak. Dia kata dia demam pastu dia tak nak nanti berjangkit dengan saya. Dia tu banyak akal betul lah."
"Tapi kan okay apa idea Ikmal ni, awak boleh duduk tepi saya, kita boleh berdua duaan. Ikmal pulak boleh duduk tepi Aina. Awak sendiri yang kata diorang sweet kan?" Daniel balas lagi dengan tersengih jahat.
"Ish awak ni apa apa je lah." Aera buat buat tidak dengar saja.
______________________________________
Daniel mengejutkan Aera yang enak diulit mimpi itu. Aera ni even short trip pun dia boleh lagi tidur. Ratu tidur betul lah.
Aera terpisat pisat membuka matanya. Sempat lagi dia membetulkan rambutnya yang agak serabut itu dengan bantuan cermin bas.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Aera.
"Sebab comel sangat isteri saya ni." Daniel tersenyum gembira.
Sejak turun dari bas, hati aku rasa tak tenang. Betul ke apa yang aku buat ni. Tapi aku tak sampai hati bila nampak muka happy Aera bila aku cakap yang ofis buat hiking. Kau dah sampai sini, kau teruskan je lah Daniel.
Selama ni bila ofis buat gathering, aku tak pernah nak join. Tapi bila tengok Aera, aku tau yang dia mengharapkan aku untuk ikut. Aku tak sampai hati nak tolak permintaan dia.
"Awak termenung apa lagi tu? Jom lah ke sana cepat dengar taklimat kejap." Suara Aera menghentikan lamunan Daniel.
"Sini la saya bawakkan beg awak, berat tu."
"Awak okay ke bawak dua beg, berat ni?" Tanya Aera meminta kepastian.
"Ini Daniel Izani la. Semua boleh untuk awak." Daniel menunjukkan otot di lengan kanannya kepada Aera.
"Ye lah." Aera tersenyum geli hati melihat aksi Daniel.
"Bismillahirahmanirahim." Daniel menyebutnya perlahan. Tipu lah kalau cakap dia tak rasa berdebar. Kalau nak ikutkan ini first time dia pergi camping dengan hiking segala bagai ni.
"Awak cepat la naik, semua orang dah naik ni." Aera menjerit dari atas.
"Ye saya datang ni!" Daniel turut menjerit dari bawah.
Aduh lambat lagi ke nak sampai ni. Dah nak dekat tiga botol air aku habiskan. Lutut aku dah tak payah cakap la, dah terketar ketar sangat ni.
Daniel mengelap peluh yang dari tadi tidak berhenti henti.
Aera yang mendaki bersama Aina jauh di hadapan berhenti untuk mencari suaminya yang masih tidak nampak susuk tubuhnya.
"Aina kau tunggu sini, aku nak pergi dekat laki aku kejap. Kalau aku lambat kau pergi dulu." Pesan Aera sebelum mendapatkan Daniel.
"Bro kau okay ke? Berpeluh sakan aku tengok kau. Kau macam tak okay jer aku tengok." Ikmal tanya penuh kerisauan sebab dia tahu yang Daniel tak pernah buat semua aktiviti lasak ni. Ini kali pertama baginya.
"Aku okay la bro." Jawab Daniel walaupun jantung nya tidak berhenti berdegup laju.
"Eh bini kau datang tu."
Daniel membesarkan matanya untuk melihat.
"Awak okay ke Dani? Bagi la beg tu saya bawak pulak."
Daniel tiada pilihan selain memberikannya semula pada Aera memandangkan dia pun dah kehabisan tenaga.
"Kau pergi la dulu Ikmal, tu aku tengok Aina tengah tunggu kau tu. Lagipun bini aku dah ada ni." Daniel memaksakan dirinya untuk tersenyum di hadapan Ikmal walaupun terasa sangat sukar.
Daniel tak nak Ikmal nanti banyak songeh pulak dengan mulut itik dia tu nanti.
"Hah ye la, bini kau pun dah ada ni. Aku pergi dulu, tu bini aku tengah tunggu aku dekat atas sana." Balas Ikmal dengan riang.
"Aera tengok Dani elok elok, dia nampak penat. Dia tak penah buat semua ni lagi." Ikmal bisik pada Aera sebelum berlalu pergi.
"Tak pernah buat? Apa maksud dia." Aera bergumam perlahan dan menolak jauh jauh rasa pelik dia.
"Jom la kita jalan pelan pelan, saya tunggu awak oaky? Tak pe biar lambat asalkan selamat. " Aera memberi semangat kepada Daniel.
Daniel tersenyum senang.
Tak sampai lima minit, Daniel memberhentikan pendakiannya. Matanya berpinar pinar. Suara cemas Aera terdengar sayup sayup di telinganya.
"Daniel, awak okay tak ni? Kenapa berhenti." Tanya Aera apabila lihat Daniel yang kelihatan mamai.
Aera kelihatan terkejut bila Daniel semakin menhampiri tebing. Apa lagi terus menjerit dia.
Belum sempat dia memegang tangan Daniel, mereka berdua terus terjatuh dari tebing itu disebabkan tanah yang agak lembik itu.
Aera membuka matanya apabila terasa asing. Apa yang dah terjadi. Ya dia terjatuh dari tebing lebih tepat lagi dengan Daniel. Daniel?
Eh ni baju Daniel. Aera terus bangun bila merasakan yang dia sedang menghempap badan Daniel.
"Ya Allah mesti sakit ni. Aku ni dah la berat." Aera makin cemas bila melihatkan Daniel yang hampir tidak sedarkan diri.
Aera menepuk nepuk perlahan pipi Daniel.
"Daniel bangun, jangan tidur! Please saya merayu dekat awak, tolong bukak mata awak. Stay dengan saya, Dani." Aera semakin cemas bila Daniel tidak memberikan sebarang respon.
"Saya okay la, tengok ni saya masih boleh senyum untuk awak." Daniel senyum lemah.
"Awak jangan main main boleh tak. Awak tengok jari saya betul betul. Ni berapa?" Tunjuk Aera dengan menghalakan dua jarinya.
"Empat." Daniel menjawab perlahan.
"Hah?! Seriouslah Dani."
"Dua laaaa." Daniel tergelak perlahan
Dia main main pulak.
Aera melihat tangannya kerana merasakan tidak selesa.
Darah? Darah sapa pulak ni, aku tak rasa apa apa pun. Terus Aera memandang Daniel yang makin memejamkan matanya.
"Dani!!"
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...