Bab 22

3.1K 56 0
                                    

"Nah kau makan bubur ni dulu, aku drive thru kt mcd je tadi." Daniel meyuakan kepada Aera.

"Thank you." Aera tersengih sengih memandang Daniel.

"Sengih sengih apa kau ni. Makan lah nanti sejuk tak sedap."

"Kejap lagi ada polis nak soal siasat kau. Makan lepas tu mandi."

"Okey." Aera membuat tanda bulat.

"Awak nampak tak nombor plat kenderaan yang langgar awak tu? Sebab dekat situ kawasan dia tak ramai yang lalu jadi pihak kami susah sikit nak jalankan siasatan."

"Saya tak berapa nampak nombor plat tapi saya nampak pemandu kereta tu. Dia perempuan pastu rambut dia panjang, melepasi bahu. Rambut dia mungkin warna perang."

'Perempuan? Dia ni bukannya ada kawan perempuan lain selain Aina tu.' Daniel terntanya tanya.

"Okaylah kalau macam tu, awak berehat dululah nanti saya akan mintak team saya buat siasatan guna maklumat yang awak bagi ni."

(Aina)

Sia tangan sapa pulak yang aku pegang ni? Aku terus menarik tanganku kegelian.

"Opss saya pegang dulu tombol pintu ni. Awak nak masuk jugak ke?" Kata lelaki yang tinggi lampai itu.

Dia tak geli ke aku pegang tangan dia? Ishh apa punya spesies lah dia ni.

"Ha'ah nak masuk lah pastu takkan nak main hide and seek dekat sini." Puas aku dapat sindir dia. Baru jumpa dah annoying gila! Bagi aku la.

"Ouhh, hai! Nama awak apa? Nak melawat Aera ye?" Biasalah lelaki ni dengan perangai kepochi dia tak pernah terlepas.

Kenal lah pulak dia dengan Aera.

"Perlu ke nak tau nama saya? Tak penting kot rasanya."

"Ehh siapa kata tak penting, penting lah untuk tau nama bakal isteri saya ni." Lelaki itu tersenyum penuh makna.

Seram duh senyuman dia. Serious tak tipu. Baik aku blah.

"Eh eh awak nak pergi mana? Awak tak jawab lagi kan soalan saya."

"Yelah yelah nama saya Aina." Jawabku nak tak nak saja.

"Penuh?"

Aku mati mati ingat dia dah lupa pasal nama penuh tu. Aduh mamat sekor ni.

"Nur Aina Syazwani binti Bohari. Hah puas?" Ambik kau sekali dengan binti aku bagi.

"Puas sangat. Nama saya Ikmal Ashraf. Panggil saya Ikmal je. Saya kawan Daniel." Tersenyum senyum Ikmal sambil menghulurkan tangan.

Emm nak sambut ke tak ni? Cakap je lah.

"Saya tak salam tangan lelaki. Sorry." Kataku dengan sekali lafas sambil mengangkat kedua dua tanganku keatas.

"Ouh kay. I like that type of girl." walaupun hulurannya tidak disambut, itu takkan mematahkan semangatnya.

Aku menjelingnya tajam.

"Aina....." Ikmal memanggilku dengan nada melerek. Seram weh.

"Awak nak apa lagi ni? Saya nak lawat Aera cepat nanti dah habis waktu lawat. Awak nak tanggung ke?!" Aku dah mula lah nak naik angin.

"Ainak kahwin dengan you boleh? Hehe" Dah habis tebal ke apa muka dia ni.

Dia manfaatkan nama aku weh. Nak je aku lempang muka dia yang bersih ni. Muka pun macam perempuan tak ada jerawat ke apa. Sah! Sah! Dia ni dari kalangan playboy terkemuka.

"Apa awak merepek ni?! Jumpa pun tak pernah tetiba nak ajak kahwin. Dah gila?"

"Ha'ah saya dah gilakan awak. Tapi kan kita kenal apa, awak kawan Aera saya kawan Daniel. Kenal kan?"

Sah wayar otak dia ada tercabut kat mana mana. Blah Aina jangan layan dia ni, alang alang duduk dekat hospital ni nak je aku hantar dia pergi x ray otak dia.

Ada lah tercabut berapa wayar dah. Jangan dilayan mamat sewel plus bangang ni. Pagi pagi lagi dah rosakkan mood aku.
Aku pandang mukanya kecil besar kecil besar saja.

"Dah tepi lah jangan nak buang masa saya."

(Ikmal)

Wah wah tangan sapa yang macam kulit bayi ni. Aku mengangkat muka mendongak ke atas.

Perempuan?

Ish ni lah nak mula idea kegatalan semua nak terloncat loncat keluar dari kepala.
Tapikan dari awal lagi aku pandang muka dia, kenapa aku rasa lain macam.Dalam otak aku asyik cakap 'kau kena dapatkan perempuan ni. no matter what.'

Dan bermulalah idea geliga dari otak aku ni berlumba lumba nak tunjuk skil. Masing masing tak sabar nak tunggu turn. (gelak jahat.)

Belum sempat perempuan yang nama Aina tu nak bukak pintu, pintu bilik tu dah dibuka dari dalam.

"Hah muncul pun kau Ikmal. Ingatkan dah tak nak datang.Hah Aina kau pun ada? Masuk lah Aera kat dalam." Kata Daniel sambil melihat Ikmal atas bawah.

"Aina!!! Masuklah, aku rindu kau weh dah lama tak jumpa. Huhu... Ehh Ikmal pun ada masuklah." Aera menjerit apabila nampak kelibat Aina di sebalik pintu.

"Haishh bini aku ni memang ratu tarzan betul lah. Boleh pekak aku kalau lama lama macam ni." Daniel menggosok gosok kedua dua belah telinganya.

"Hah kau apasal, usya aku atas bawah dari tadi? Aku tau aku ni hensem. Tak payah bagitau pun aku dah tau." Aku mendabik dada bangga.

"Cehh hampeh. Kau buat apa kat Aina tu? Masam je muka dia mengalahkan makanan yang dah expired tarikh."

"Buat apa lagi. Aku proposed dia lah. Terror kan aku? Aku tau aku tau itu semua."

Daniel menyekeh kepalaku.

"Agak agak lah kau ni pun jumpa pun tak pernah. Kalau aku pun tak akan layan mamat gila macam kau ni!"

Aku menjelingnya geram. Buat penat je aku touch up rambut ni depan cermin. Ingat datang hospital hari ni dapat lah jugak jumpa jodoh. Ehh tapi dah dapat kan jodoh depan mata. Acewahh.

"Eleh lagipun aku better lah dari kau, jumpa jumpa terus ajak kahwin. Dari kau dah kahwin pun macam kayu jati! Eh tak tak kayu getah je aku bagi untuk kau, kayu jati terlalu mahal untuk kau. Untuk aku okeylah."

Kataku tanpa rasa bersalah sambil membetulkan rambutku yang dah musnah. Kejap lagi nak jumpa jodoh kenalah segak segak. Padan muka sapa suruh lagi main dengan rambut aku. Hah ambiklah! Ini Ikmal Ashraf! Muahahaha.

"Ishh cakap dengan kau ni, macam cakap dengan tiang elektrik." Daniel terus masuk ke dalam.

"Aina... Cantik tudung awak pakai hari ni. Tapi sayang."

"Sayang kenapa?" Aina dah mula menggelabah. Perempuan biasalah kan kalau pakai tudung tak jadi?

"Akhirnya awak panggil juga saya Sayang." Aku berpura pura memegang dada kiriku.

Aera dah mula tergelak gelak. Muka Aina jangan cakap apa dah merah macam tomato.
Hahhahha.

'Sah dia memang playboy tersohor, Aina.'

"Aduh kau ni tak habis habis nak sekeh kepala aku. Apahal?"

Tanyaku meluat kepada Daniel.
Dah tak pasal pasal nak kena touch up balik.

"Where is your manner Ikmal Ashraf bin Dato' Roslan?!"

"Alah chill lah tak yah lah nak sebut nama penuh aku. Aku tau nama aku sedap."

"Ehem hermm.." Aku membetulkan suaraku.

"Kau kena ingat Daniel kalau kau tak confess dekat Aera lagi, kau tau kan?" Aku dan Daniel mula berbisik bisik.

"Habis yang Aina tu, kau nak campak mana pulak" Keras suara Daniel tapi masih diperlahankan tone suaranya.

"Lek ah, lelaki ada kuata empat kan?" Kataku sambil menunjuk jari empat.

"Sakitlah sial!" Terus terhenti tawaku bila tangan gedabak Daniel singgah di bahuku.

Aina dan Aera mula terpinga pinga. Sial? Siapa sial?

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now