"Aera! Aera!" Daniel terjerit jerit memanggil Aera dari bawah.
Aera yang mendengar namanya dipanggil terus berlari laju menuruni tangga.
"Habis la aku nanti... "
Aera memandang wajah Daniel takut takut.
"Saya minta maaf, saya tak dengar awak panggil tadi. Saya baru habis mandi. "
Melihatkan mata Daniel yang merah sekali, Aera cepat cepat melihat kedua kakinya.
"Aku tak nak dengar semua alasan bodoh kau tu! Kau tau kan setiap kali aku balik kerja kau kena buat apa? Bukak pintu untuk aku! Yang kau nak mandi time time macam ni buat apa? Kau tau tak sekarang ni dah pukul berapa hahh? "
"Tauu.. " Aera menjawab perlahan.
"Dah tau habis tu kau buat apa! "
"Tadi saya tunggu awak balik tapi awak still tak balik jugak. So saya ingat saya nak mandi dulu sebab dah lama sangat saya tunggu awak balik tapi tak sangka masa saya tengah mandi jugak awak nak balik. "
Dalam takut takut itu Aera menjawab juga.
Daniel yang masih tak nak mengaku kesalahannya terus mencari kesalahan Aera. Dia menarik tali lehernya dengan kasar.
"Kau isteri kan? Kau patutnya tau kau kena buat apa. Kau duduk rumah sehari takkan lah kau tak reti nak organize masa kau elok elok? Aku ni penat penat pergi kerja, dah balik rumah kau buat hal pulak! "
"Takkan lah kau nak duduk goyang kaki je, senang rupanya hidup kau. " Daniel menyambung lagi ayat sindirannya.
"Sini kau Aera. "
Aera yang mendengar namanya
"Kau buat apa kat rumah sampai tak reti nak masak? Habistu kau ingat aku ni perut batu, tak payah makan? Kenyang sampai esok? "
"Tapi... "
Aera teringat kejadian minggu lepas.
"Kau masak apa sampai banyak sangat? Kau nak buat kenduri apa. Nak bagi aku miskin, so cepat kau nak belah? "
Aera melihat lauk yang dia masak. Mana ada banyak mana pun. Ayam masak merah, ikan goreng, sayur campur, pastu sambal belacan. Banyak sangat ke tu?
Dia pun pandai anggak lah, dua orang je yang makan dalam rumah ni takkan dia nak masak macam sepuluh orang makan.
Daniel ni sengaja nak cari salah dia. Aera memandang Daniel dengan wajah menyampah.
"Mana ada banyak, saya tau la berapa banyak portion yang saya masak. Yang awak ni kenapa, saya dah masak pun awak nak marah lagi kenapa? Apa lagi yang saya tak buat untuk awak? Semua yang awak suruh saya buat, saya buat. Apa lagi yang tak cukup? "
"Lagi satu setiap kali saya masak, mana pernah awak makan. Masin lah, tak cukup rasa lah, tak sedap lah, semua awak cakap."
"Tu awak tengok tong sampah tu, dah berapa kali saya kena buang makanan. Bila saya panaskan balik lauk semalam, awak cakap saya nak bunuh awak. Awak jangan terkejut kalau lepas ni awak tetiba miskin sebab awak ni hidup terlalu mewah sangat Daniel. "
Aera teringat kembali kehidupannya semasa di rumah anak yatim. Betapa susahnya ummi waktu tu untuk mencari dana dan mereka yang lain terpaksa berjimat cermat.
"Ehemm. " Daniel berdehem menutup malu tapi malunya sekejap saja.
"Kau ni makin bagi peluang makin melampau kan? "
"Mana ada saya melampau, saya cuma cakap je apa yang saya rasa betul. "
"Betul kau cakap kalau asyik nak melawan cakap suami? " Daniel menaikkan keningnya.
"Suami ke? Tau pulak hari ni yang dia tu suami aku. Haritu siap cakap tak nak mengaku yang aku ni isteri dia. "
Aera hanya mampu bergumam. Tau sangat perangai Daniel macam mana.
"Anyway esok mama ngan papa nak datang rumah. Aku nak kau masak sedap sedap. Kau tu bukannya reti masak sangat. "
Aera terus merasa tercabar.
"Habis tu kenapa tak makan dekat luar je kalau saya masak tak sedap? "
"Dah tu kau sebagai isteri takkan tak buat apa apa, malu la sikit kat papa ngan mama. Dah la kau tu tak bekerja.
Aera terpaksa diam. Dia mengaku kata kata Daniel, tapi part bekerja tu bukannya dia saja saja tak nak bekerja. Daniel jugak yang tak bagi dia bekerja dulu, sekarang nak ungkit pulak.
Aera masak makanan kampung kerana dia tau bapa mentuanya suka. Daniel dengan Datin Shamilah? Lantak kat diorang, tak nak makan sudah.
"Nampak sedapnya Aera masak... "
Belum apa lagi bapa mentuanya sudah memuji masakannya.Datin Shamilah tersenyum sinis.
Terkejut Aera bila ibu mentuanya meludah makanan di hadapannya.
"Eiii apa yang kau masak ni Aera. Berapa banyak garam yang kau letak?! "
Daniel yang mendengar ibunya terus merasa kari kepala ikan yang dimasak Aera.
Tak sampai berapa saat, Daniel meludah kembali. Terus dia ambil air masak.
"Awak masak apa ni Aera?! "
Aera yang terkejut terus merasa karinya. Masinnya...
"Aku dah rasa semua tadi, elok je. Tak ada la masin sampai macam ni.. " Aera bergumam.
"Papa rasa sedap je.. Tak ada masalah pun. "
"Papa dah gila ka apa. Dah jangan makan. Tak pasal pasal kena darah tinggi nanti. Ada bini tapi tak reti nak masak langsung. "
Daniel menahan papanya dari makan masakan Aera sambil menjeling Aera.
"Daniel!! Depan makanan kan jangan nak cakap macam macam.. Isteri dah penat masak jangan nak banyak bunyi. "
Datin Shamilah menjuih bibir tanda meluat.
Terus mati selera Aera. Sampai hati Daniel memalukan dia depan mama dengan papanya.
Sejak dari tu Aera dah jarang masak. Masak pun bukannya Daniel makan. Dia bukannya kisah pun tapi entah kenapa hari ni dia terlebih kisah pulak.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...