Pagi itu aku bangun awal seperti biasa. Aku mengucap syukur kerana Dani tidak melencong ke mana mana malam tadi.Hujan turun dengan lebat di luar. Keretaku pula rosak dan terpaksa di hantar ke bengkel.
Ingin sekali aku tumpang Daniel ke tempat kerja tapi aku tidak berani. Masih segar di ingatanku kejadian malam tadi.
Aku bersiap siap untuk ke tempat kerja. Aku keluar sedikit awal dari kebiasaan lalu dengan kadar segera bergerak ke bus stop yang agak jauh dari rumahku. Payang setia di tanganku.
Selama 30 minit aku tunggu, kelibat satu teksi pun aku tidak lihat.
Aku pantas mengambil telefonku di dalam tas tangan.
"Helo Aina, boleh tak kau tolong bagitau dekat Bos Daniel yang aku datang lambat sikit."
"Boleh tapi kenapa? Kau okey ke tak ni?"
"Aku okey cuma kereta aku rosak tu yang lambat sikit. Kau tolong inform tau."
"Ha okay okay."
Akhirnya muncul juga sebuah teksi dan aku pantas melambai tangan ke arahnya.
____________________________________
Aku gugup untuk berhadapan dengan Daniel pada tika ini.
"Emm bos, maaf sebab lambat sebab tadi kesukaran transport."
Aku tetap memanggilnya bos kerana itu sendiri kemahuan Daniel. Dia kata jangan nak bermimpi di siang hari.
Walaupun aku sudah menjadi isterinya tidak akan membezakan apa apa.
"Betul ke kau ada masalah transport? Aku tak suka pekerja macam ni. Kau tau tak pasal kau lah aku terpaksa delay meeting dengan Datuk Hamdan pagi tadi!" Keras suaranya.
"Saya minta maaf sangat sangat bos."
"Dah la pergi mampus dengan maaf kau tu. Keluar keluar."
Lunch time
"Aera kau tempah restoran kat aku. Hari ni aku nak lunch dengan Erin pulak."
"Hmm okay. Lagi?" Aku cuba beriak biasa. Hati perempuan mana yang tak sakit bila suami dia nak keluar dengan perempuan lain.
Budak budak ofis masih tidak tahu akan status kami berdua yang tahu hanya lah kenalan rapat sahaja.
"Itu je." Kata Dani lantas berlalu pergi.
Hmm laki aku tu memang jenis yang boleh dikategorikan ahli persatuan ABC!
A untuk alligator, B untuk buaya dan C untuk crocodile!
Bagus sangatlah dia dengan spesies semua tu mana taknya kalau dah keliling pinggang perempuan asyik dok menyentel!
Ish geram betullah aku. Sabar sabar Aera.
"Heh Aera! Kau dok jampi seranah apa tu?" Sergah Aina.
"Ish kau ni pun kalau nak tegur, bagilah salam. Ini tidak nak tercopot jantung aku ni kau tau!"
Kataku sambil mengurut urut dada."Kau tulah. Mulut terkumat kamit baca entah apa apa." Balas Intan tidak mahu kalah.
"Kalau aku jampi pun, apa masalah kau?"
"Kau jangan Aera buat benda benda syirik ni. Kalau ya pun sakit hati dengan laki kau, tak payah buat ni semua!" Tegas Aina berkata.
"Kau tu yang tak tau apa apa jangan nak serkap jarang sesuka hati. Sejahil jahil aku ni, aku masih ada iman lah."
Geram aku bila dituduh sebegitu rupa. Dah lah kat rumah kena layan Si Daniel tu yang cakap ikut sedap rasa dia ja ni dekat ofis pun kena tadah telinga untuk Si Aina ni.
"Aaalah, aku lupa kawan aku yang cantik plus comel ni takkan buat macam tu." Aina berkata bersama dengan senyum kambingnya itu.
Aku sudah mencebik. Ye lah perempuan ni, nak membodek aku lah kerja dia.
'Apa kata kau pergi tempat kau buat kerja. Pergi buat kerja kau daripada duk melalak kat sini. Nampak dengan bapak singa tu nanti habis kita berdua. Lagi satu laki aku bayar gaji kau bukannya untuk menadah muka tapi buat kerja cari rezeki. Dah dah pergi."
Aku menghalaunya perlahan bersama tazkirahku yang panjang lebar.
"Iyelah. Cakap jelah kau tak nak tengok muka aku yang cun melecun ni. Nanti lunch tunggu aku, kau belanja aku pulak."
"Tak habis lagi ke Intan payung ku sayang?"
"Tak payah lah nak perli perli aku. Aku nak pergi la ni."
Aku hanya mampu ketawa melihat kerenahnya yang agak kebudak budakan itu.
Apa apa jelah Aina woi.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...