Bab 30

5K 71 5
                                    

"Mia dah buat apa yang aunty suruh buat haritu? " Tanya Datin Shamilah pada Mia.

"Mia dah buat sama macam yang aunty suruh. Aunty jangan risau lah, budak yang Mia upah buat tu, dia buat kerja tip top la aunty. Dont worry aunty, you can count on me. "

Mia senyum sinis.

"Hmm baguslah dah kalau Mia cakap macam tu. Aunty ni bukannya apa, memang dah meluat sangat tengok muka perempuan tu. Macam lah baik sangat sampai semua orang nak sukakan dia. "

Jelas di wajah Datin Shamilah dengan kebenciannya.

"Mia ingat jangan sampai orang lain tau pasal ni. Kalau tak Mia tau la kan macam mana. " Datin Shamilah memberi amaran pada wanita muda itu.

"Ala aunty jangan risau, ini Mia lah. Aunty tengok je la yang Mia langgar perempuan tu haritu pun tak ada orang yang dapat tau lagi sampai sekarang ni. Nampak tak macam mana bagusnya Mia buat kerja. " Mia tersenyum bangga.

Seorang wanita lain tersenyum sinis memandang mereka.

" Bagus diorang ni, senang kerja aku. Aku ingatkan aku sorang je rupanya ada orang lain lagi yang nak kenakan kau Aera. Dani, you will be mine soon." Wanita itu tersenyum puas.

***

Sebaik saja Daniel masuk ke biliknya, matanya terpandangkan sampul surat berwarna coklat itu yang berada di atas mejanya. Sampul itu kelihatan pelik sekali baginya.

Daniel terus membuka kotnya lalu disangkut di kepala kerusi. Dia meletakkan punggung di atas kerusi dan membuka sampul itu dengan berhati hati.

Tajam matanya memandang isi di dalam sampul surat itu.

Siapa pula yang buat khianat dengan aku ni. Matanya bagaikan tidak percaya melihat dua keping gambar yang berada di atas mejanya sekarang ini.

Dua keping gambar itu mampu membuatkan kepercayaan yang diberikan sepenuhnya pada isterinya hilang.

Gambar itu jelas menunjukkan Aera dipeluk oleh seseorang dan lelaki itu, dia pernah nampak. Tapi di mana ya...

Aiman! Daniel terus mengepal penumbuknya dan dihentakkan kuat ke atas meja kerjanya.

Aiman jelas memeluk pinggang isterinya dan Aera hanya membiarkannya? Daniel tak percaya semua itu. Mungkin ini semua hanya edit semata mata untuk menjatuhkannnya.

Daniel mengambil jalan senang untuk tidak mempercayainya. Dia tidak mahu rumah tangga yang baru saja dibina dengan Aera musnah begitu sahaja. Dia percaya dengan isterinya.

Aera tak akan pernah curang dengan dia.

"Tuan. Tuan ada meeting dengan Datuk Jalal lepas lunch nanti dekat Hotel Queen. "

Suara secretary barunya mematikan lamunan Daniel.

"Okay Mira, thank you. " Balas Daniel lemah.


***

Aera melihat sebentar hospital di hadapannya sekarang ini.

"Betul ke apa yang aku buat ni. " Aera seperti nak tak nak saja ingin melangkah masuk. Dia takut untuk mendengar masalah yang dihadapinya nanti. Dia tak kuat untuk teruskan.

Dia sedar pening kepala nya makin teruk kebelakangan ini. Peningnya lain macam. Aera teringat kejadian dua hari lepas yang menimpanya.

Dia jatuh pengsan semasa dia sedang mengemas rumah hinggakan petang kemudian baru dia terjaga.

Disebabkan itu dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor di hospital. Aera malas nak bertanya pada Aiman memandangkan dia juga doktor, dia tak nak nanti Aiman risau.

Aera melangkah masuk ke dalam hospital. Rasa berat saja kakinya untuk melangkah.

"Puan Aera dah lama ke rasa pening pening ni? " Tanya doktor tua itu.

"Dah lama juga la, sampaikan kadang kadang saya pengsan doktor. Pening dia lain macam doktor. " Terang Aera sebaik mungkin.

"Sebenarnya Puan Aera mempunyai ketumbuhan di otak dan sebab itu Puan selalu pening kepala. "

Bulat mata Aera memandang doktor di hadapannya sekarang. Dia macam tak percaya tentang berita yang baru saja didengarnya.

"Doktor biar be.. betul? " Rasa begitu payah untuk suaranya keluar buat masa ini.

"Ya puan tapi puan jangan risau. Ketumbuhan ni masih kecil, puan perlu buat pembedahan dengan kadar segera. " Doktor Mustafa menenangkan Aera.

"Kos rawatan macam mana doktor? " Aera bukan tak nak buat pembedahan, dia risau dia tak mampu membiayai kos rawatannya.

"Kos rawatan agak mahal puan. " Doktor Mustafa juga berasa simpati untuk meluahkannya. Dia kesian melihat wajah pesakitnya yang setiap kali datang menjumpainya untuk melakukan rawatan tetapi disebabkan kos yang mahal pesakitnya terpaksa memberhentikan rawatan kerana tidak mampu lagi untuk membayar.

"Tak apa lah doktor, terima kasih. Nanti saya fikirkan lagi yaa. " Aera hanya mampu memberikan senyuman yang lemah.

Aera berjalan lemah di koridor hospital yang lengang itu. Dia asyik memikirkan kata kata doktor tadi.

" Aera, awak okay? "

"Hahh? " Aera melihat Aiman dengan terpinga pinga.

"Macam mana awak ada kat sini? "

"Laaa, awak lupa ke Aera yang saya kan bertugas dekat sini. Awak pula? "

"Emm sayaaa... " Aera seperti tidak tahu untuk memberikan alasan apa lagi.

"Saya tahu awak ada masalah Aera. Saya minta maaf, bukannya saya nak busy body tapi sebagai kawan awak tak salah kan? "

Aera terkejut mendengarnya.

"Macam mana awak tahu Aiman? "

"Saya terdengar apa yang Doktor Mustafa cakap tadi. Kebetulan saya nak hantar laporan dekat dia. "

"Sebab tu ke awak selalu pening kepala? " Aiman menyambung lagi. Dia teringat kejadian tiga hari lepas yang Aera hampir jatuh disebabkan peningnya yang teruk. Nasib baik dia sempat pegang Aera.

" Saya tak tau nak buat apa Aiman. Pembedahan tu terlalu mahal untuk saya. Mana saya nak cari duit, Aiman. Dah la saya ni tak bekerja. " Aera menjawab lemah.

"Saya kan ada Aera, saya boleh tolong awak. Lagi lagi suami awak Aera. " Aiman terus memberi cadangan.

"Awak jangan fikir sangat pasal tu. Sekarang ni, kita pergi kantin dulu. Dah masuk tengah hari ni. Jom kita pergi lunch dulu.





















Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now