"Apa kau nak tumbuk aku lagi? Tumbuk lah! Kau ingat aku heran? Hei aku tak heran lah sebab sekarang dendam aku dah terbalas!" Kata Airil dengan lantang.
Daniel menggeletar badannya menahan geram.
"Apa yang kau tak puas hati dengan aku sial?"
"Kalau kau nak tau, aku yang upah Lia. Kitorang berpakat perangkap kau dengan perempuan yang dah jadi bini kau sekarang tu. Aku cemburu tengok kau Daniel. Hidup kau terlalu mudah. Terlalu senang. Tapi sekarang aku dah puas. Puas yang teramat sebab dapat hancurkan hidup kau. Kaulah jantan yang paling dayus aku pernah jumpa, Daniel." Sinis saja Airil berkata.
Daniel terpempan mendengar pengakuan berani mati dari Airil.
"Tak guna kau Airil. Betullah cakap Ikmal selama ni, kau memang tak boleh buat kawan langsung. Dasar binatang! Sanggup kau tikam belakang aku sendiri."
"Kau tu yang bodoh. Tak reti nak pilih kawan. Kawan dengan lawan pun tak reti beza! Ha sekarang padan lah dengan kau. Dah dapat bini punya cukup baik pun tak reti nak bersyukur."
Daniel merengus kuat seraya menolak tangan tangan yang memegangnya. Langkah kaki dibuka dengan luas dan menuju kereta.
Dia membuka audinya lalu memboloskan diri dengan cepat. Dia duduk dengan senyap di dalam kereta tanpa berbuat apa apa.
Dia memikirkan kembali apa yang diucapkan oleh Airil.
"DAPAT BINI PUNYA CUKUP BAIK PUN TAK RETI NAK BERSYUKUR"
"AKU YANG UPAH LIA SURUH PERANGKAP KAU"
"Apa yang aku dah buat selama ni? Aku menghukum orang yang tak bersalah disebabkan dendam. Dia jugak mangsa sama macam aku." Buat pertama kalinya air mata jantan Dainel keluar menitis buat seorang wanita, Aera Ikma.
Daniel menumbuk dengan kuat stereng di hadapannya.
"Auchh" Dia menjerit kecil menahan sakit.
"Ni mesti terkena kaca masa jatuh tadi." Dengan susah payah dia memandu kereta menggunakan tangan kirinya.
Audinya meluncur laju membelah jalan raya menuju ke sebuah bukit. Dia ingin menenangkan fikirannya dulu.
Daniel menyandar lesu pada keretanya. Sakit di tangan, muka serta lebam di perut sudah tidak dihiraukannya.
Buat entah ke berapa kali, air matanya menitis lagi.
"Aku mintak maaf Aera sebab layan kau dengan teruk selama ni. Aaa aku tak tau kenapa aku buat kau sampai macam tu sekali."
"Ikmal betul cakap kau. Maafkan aku." Daniel mengeluh hampa.
Dia menyeka air matanya. Hujan turun renyai renyai. Selama 30 minit Daniel berdiri di bawah hujan.Dek kerana sudah tidak tahan kesejukan dia terpaksa akur dan akhirnya memandu pulang ke rumah.
Dengan langkah terhuyung hayang, dia menggagahkan dirinya juga untuk mendaki tangga. Pandangannya semakin berbalam balam dan akhirnya dia sempat di atas katilnya itu.
____________________________________
Aku terjaga awal pada pagi itu. Entah kenapa hatiku berasa tidak sedap dengan Daniel. Okeykah dia? Apa yang dia tengah buat sekarang? Ish banyak songeh betullah aku ni.
Kenapa dia tak turun lagi ni. Ishhh jantung ni tolonglah duduk diam diam sikit. Dari tadi dok menggedik lompat kuat kuat macam nak terkeluar. Aku memahari jantungku sendiri.
Kenapa asyik tergerak je hati ni suruh pergi tengok dia kat atas? Masa keluar tadi pun senyap je bilik dia. Okey ke tak mamat ni. Entah entah mati apa?
Aku pantas menampar mulutku yang agak celopar ni.
Dengan langkah yang agak berat aku menapak ke biliknya. Pintu biliknya aku ketuk perlahan lahan. Tak ada respon.
Aku ketuk lagi. "Awak saya masuk ni."
Dengan bacaan Bismillah dengan tangan yang terketar ketar, aku memulas tombol pintu biliknya.
Aku memanjangkan leherku ke sepelosok bilik. Aku membuka pula bilik air. Kosong. Dan akhirnya mataku terkaku pada sekujur tubuh yang terbaring dengan pakaian yang terkoyak rabak.
"Ya Allah, Daniel." Aku menutup mulutku.
Dengan pantas aku bergerak ke katilnya. Wajahnya pucat. Tepi bibirnya pula pecah manakala tangannya pula kelihatan darah yang sudah kering.
Aku meletakkan tanganku ke atas dahinya. Panas yang teramat. Itulah yang aku rasakan saat ini.
Aku mengangkat kakinya untuk membetulkan posisi tidur yang betul. Selimut aku tarik sehingga paras dadanya. Tanpa berlengah aku bergerak turun ke bawah untuk mengambil kotak first aid dan sapu tangan serta mangkuk yang berisi air.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...