"Weh kau kenapa ni? Bangunlah. Aduh kenapa lah kau nak kena melalak time time macam ni." Soal Daniel yang masih mamai.
Daniel yang terdengar Aera sedang meracau racau segera bangun mendekatinya dengan mata yang terpisat pisat.
Aera masih meracau dengan mata terpejam dan berpeluh peluh dahinya.
'Mimpi apa yang sampai teruk sangat ni?' Terdetik juga di hati Daniel.
"Weh dah dah lah tu nak menjerit ke apa. Bangunlah, Aera oi. Sakit telinga semua orang kat hospital ni nanti dengar suara kau yang macam pontianak ni." Daniel menjerit perlahan di telinga Aera.
Eleh bilik ni sikit punya besar nak sampai dengar kat luar apanya Daniel.
Aera bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang terus bangun mengejut. Matanya terus terpandangkan Daniel.
"Awak okay tak? Ada cedera kat mana mana?" Aera terus terusan membelek tubuh Daniel yang berada di hadapannya sekarang ini.
"Wo wo kau dah kenapa? Chill lah, aku kat depan kau ni." Gelabah semacam dia ni apasal?
'Fuh berpeluh gila minah ni.'
Daniel terus mengambil sapu tangan di dalam belakang poket seluarnya lalu disuakan kepada Aera.
Aera hanya pandang tanpa rasa ingin menyambutnya.
"Nahhh." Sua lagi Daniel.
'Haishh dah naik lenguh tangan aku ni.'
Sepi.
"Aduh masa ni jugak lah otak kau tak nak berfungsi. Sinilah muka tu aku lapkan. Dah macam orang baru lepas mandi je."
Dalam bebelnya, dilapkan juga seluruh muka Aera yang basah itu. Daniel panjat duduk di atas katil ketepi sikit dari Aera memandangkan kerusi tadi entah ke mana. Malas dia nak cari gelap gelap ni. Buang masa katanya.
"Kau kenapa? Mimpi macam orang mati laki je"
"Saya takut lah awak, saya mimpi ada orang nak bunuh awak."
Gulp!
'Aduh, nak bunuh aku? Aku je baru kata kat dia melalak macam mati laki. Aku lah kan laki dia? Shuh kau jauh jauh sana. Minta minta dijauhkan. Amin.'
"Mimpi je tu, tidurlah balik" Daniel cuba mententeramkan diri Aera walaupun dia pun termakan juga dengan mimpi Aera sebentar tadi.
'Lek lek Dani, laki mesti kena sentiasa cool kan?'
Pergerakan Daniel terhenti apa bila Aera memegang tangannya kejap seperti tidak mahu dilepaskan.
Daniel mengangkat kening tanda tanya kepada Aera.
"Awak teman saya tidur boleh? Saya takut." Suara Aera terketar ketar.
Cool Daniel. Cool. Inikan yang kau tunggu nak tunjuk kegentleman kau depan Aera? Tunjuk sekarang.
Daniel tanpa berkata apa apa terus menarik selimut yang menutupi tubuh Aera dan merapatkan tubuhnya ke Aera.
"Eh eh awak nak buat apa ni?" Tanya Aera cemas. 'Aku ingatkan dia nak ambik kerusi tidur tepi aku ke apa apa tapi alih alih atas katil terus?'
Daniel menguling matanya ke atas. Inilah masalah perempuan yang paling aku tak suka.
"Lah tadi kau kata nak teman kau tidur kan? Ni aku nak teman kau tidur lah. Dah dah kau jangan banyak cakap, aku dah mengantuk ni."
Katil kat bilik ni cukup besar untuk memuatkan dua orang tidur. Tiga pun muat lagi.
Baru berapa minit tidur, Aera dah kembali meracau.
'See aku dah kata ini lah masalah perempuan. Acah hebat kat depan padahal kat dalam takut je memanjang.'
"Kau kenapa lagi ni Aera? Tidurlah woi. Aku dah mengantuk tahap petala ketujuh ni. Aku tak nak lah jadi mata panda esok sebab kau."
"Sa..sa..ya takut." Macam tak terkeluar saja suarnya.
"Shhh.. Aku ada kan ni. Aku jaga kau. Dah jangan nak nangis macam budak budak."
Daniel berkata apabila merasakan baju tshirt yang dipakainya basah.Daniel memeluk Aera erat di dalam dakapannya. Buat pertama kalinya, Aera merasa selamat berada di dalam dakapan hangat Daniel.
Bersaksikan bintang,
Langit,
Pada malam itu,
Buat pertama kalinya,
Daniel terpaksa mendodoikan seorang insan yang bernama perempuan persis seorang bayi.'Ni kalau dapat tau dekat Ikmal confirm kena gelak tujuh hari tujuh malam pun tak habis.'
Hah apa apa jelah kau merepek Daniel.
'Aera punya pasal, semua benda aku redah.'
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...