" Cik ada buat appointment ke dengan Tuan Daniel? "
" Hey! Tak kisah lah I ada buat appointment ke tak. I kenal Daniel dah lama kot. You ni dah kenapa yang susah sangat nak bagi I masuk hah?! "
" Tapi cik, Tuan Daniel tak bagi masuk kalau tak ada buat appointment dulu. Nanti Tuan Daniel marah saya cik. Tolong la tolerate sama cik. "
" Eh itu you punya masalah la. Bukannya masalah I kalau you kena marah dengan bos you. Dah memang you yang tak reti buat kerja! Dah tepi I nak lalu. "
Tanpa sempat dihalang, wanita yang berambut blonde itu menerobos masuk.
" Dah berapa kali saya nak kena cakap, nak masuk ketuk pintu dulu! "
Daniel berkata kasar tanpa memandang manusia di hadapan pintu pejabatnya lalu merungus geram kerana merasa terganggu.
Cukup lah seminggu ni dia stress disebabkan Aera. Plan dia nak sakitkan hati Aera last last dia yang panas hati bila Aera hanya buat hati beku. Sekarang dekat tempat kerja pun nak bagi dia darah tinggi.
Daniel lantas memandang figura di hadapan pintu kerana tidak mendapat balasan dari secretary nya.
Hampir terkeluar biji matanya memandang figura di hadapannya kini. Mana mungkin dia melupakan wajah itu.
" Syu? " Hampir tak terkeluar suaranya.
Dia wanita yang pernah membahagiakan dia dan mengajar dia apa itu dendam!
Lagi mendidih darah Daniel.
" Tuan.... Saya minta maaf, saya dah halang cik ni masuk tapi dia still insist nak jumpa tuan. "
Daniel mengangguk pada secretary nya tanda tidak mengapa lalu menyuruhnya keluar.
" Kau buat apa datang sini? Lepas apa yang kau dah buat, berani kau muncul depan aku?! "
Daniel terus melepaskan tali lehernya. Bilik yang berpenghawa dingin dirasakan amat panas buatnya.
Syuhada buat muka tak malu lalu duduk di hadapan Daniel dan menyilangkan kakinya. Terselah pahanya yang putih.
" I know I buat salah dengan you bila I tinggalkan you. I terlalu bodoh sebab. percayakan dia Daniel. "
" Kau memang bodoh Syu... " Daniel berkata perlahan tapi masih mampu didengari wanita dihadapannya.
" I dah bercerai. He left me untuk perempuan lain. Lagipun dia selalu pukul I Dani! I dah tak tahan dengan dia. " Syu mengesat matanya yang berair.
" So betul la apa yang aku dengar selama ni yang kau dah kahwin dengan that bastard? I tried not to believe it. I have been telling myself that you are not marrying with my own cousin. How stupid I am for believing you all these times. "
Daniel tersenyum mengejek pada dirinya kerana masih tidak dapat melupakan wanita di hadapannya kini. Dia mengaku di sudut hatinya dia masih mengingikan wanita itu. Tapi pada masa yang sama dia tidak dapat melupakan perbuatan wanita itu padanya. Terlalu sakit bila dikhianati.
Daniel bergerak ke cermin kaca di sebelah mejanya lalu meraup mukanya kasar. Dia tidak ingin jatuh buat kedua kali.
Syu mengguling matanya ke atas, puas dengan lakonan air matanya. Dia tahu yang Daniel lemah dengan air matanya.
" Dani..... "
Daniel terkejut dengan kehadiran Syu di sebelahnya tambahan lagi dengan sentuhan Syu pada tangannya. Dia terus menolak Syu kerana tidak betah.
Syu tersenyum sinis melihatkan kegelisahan di wajah Daniel.
" Kau pergi balik Syu. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi lepas ni. Tolong la jangan datang balik dalam hidup aku. "
Daniel menghalau Syu dengan cepat kerana dia tak mahu berdua duaan dengan Syu lebih lama lagi dalam pejabatnya. Makin tersiksa dia nanti.
" I know yang you tak serious dengan apa yang you cakap tadi. Anyway I would love to see you again Dani... "
Syu berjalan keluar dengan penuh senyuman di wajahnya tanda kemenangan.
Daniel apa lagi terkejut beruk terus.
" Tak akan Syu... Kau tak akan pernah dapat jumpa aku. "
Daniel terus mengangkat phone apabila phonenya asyik berbunyi.
" Hello? "
" So Daniel dah jumpa? " Tanya Datin Shamilah.
Tanpa diberitahu oleh mamanya siapa orang itu, Daniel dah tau siapa yang dia baru jumpa. Jadi mama pun tau?
Dia melihat Syu. Wanita itu tersenyum penuh makna padanya.
" We will see. " Syu berkata dengan gerakan mulut tanpa mengeluarkan suara lalu tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...