"Emm kalau awak tak kisah, saya nak letak ubat kat perut awak. Awak jangan fikir apa apa. Bukan apa kalau tak letak ubat makin teruk nanti lebam awak." Dengan berhati hati sekali aku menyusun ayat.
"Hmmm......" Daniel hanya mengangguk.
Aku apa lagi dengan cepat cepat mengambil ubat di meja dan menyelak selimut yang menutupinya. Tahan Aera. Tahan mata kau. Kejap je. Daniel dengan teragak agak terpaksa merelakannya. Eleh eksyen je kau lebih Daniel padahal suka jer memanjang.
'Memang aku suka pun. Saja nak tengok reaksi minah ni'
Dalam Aera leka menyapu ubat, Daniel leka memerhati Aera. 'Kenapa selama ni aku tak perasan pun yang kau ni cantik Aera?'
"Awak? Awak" Ish pekak ke apa dia ni. Lawa sangat ke aku, sampai tak nak lepas pandang aku macam tu? Propa lah kau Aera!
"Ahh yer....yer. Dah siap siap eh?"
Memang dah lama lah siap. Itulah sapa suruh ralit sangat tengok muka aku yang cun melecun ni.
'Apa lah aku ni pun satu. Dah sah sah dah lama siap, kalau tak takkan lah dia nak tegur aku.' Daniel tersenyum kecil menutupi malunya itu.
"Kau teman aku makan. Aku tak larat la."
Sedap mak bapak dia aje nak suruh aku teman dia bagai. Part teman tu aku tak kisah sangat ni siap suruh bersuap bagai. Bukannya dua dua belah tangan dia tu sakit teruk pun. Buat sakit hati aku je kerja.
"Kau mengelamun apa lagi tu Aera? Ni aku suruh kau suap aku makan. Bukannya suruh kau jadi pak guard tak berbayar berdiri dekat situ."
Fuhh ayat dia tu kalau boleh tak nak lagi pedas ke. Aku pun tak teringin lah nak jadi pak guard kau!
Dengan hati yang membara aku menyuapnya laju laju sampaikan nak tercekik Daniel dibuatnya. Aku kisah apa dia nak tercekik ke nak tersedak ke nak mati ke.... Ehh kejap mati?
"Weh kau nak bunuh aku ke apa? Bagi aku air tu." Keras suaranya.
Aku yang tengah melayani perasaan terus terhenti. Aku tak sanggup kena kat tali gantung sia sia je masuk surat khabar. Aku menghulurkan juga gelas air kepadanya.
"Saya minta maaf. Tak sengaja buat awak macam tu."
"Tak sengaja kau cakap? Tercekik aku kau punya pasal. Huh."
"Saya dah mintak maaf kan. Pastu awak nak saya buat apa?" Aku mula naik angin. Punya penat aku jaga dia, masak untuk dia. Baru aku buat dia tercekik, itupun nak melalak macam mak nenek. Memang nak cari pasallah dengan aku.
'Uishh garangnya dia. Aku baru cakap sikit je kut itupun nak jadi macam nenek kebayan.'
Daniel menggagahkan dirinya untuk bangun juga tapi penangan demam menguasai dirinya. Akhirnya, dia rebah jatuh jaua.
Aera pantas memaut pinggang Daniel. Rasa bersalah menguasai dirinya kerana telah meninggikan suara pada suaminya. Suami ke?
"Awak nak pergi mana?" Lembut sekali aku bertanya padanya. Isteri mithalikan mestilah kena lembut.
"Aku nak mandi. Kau keluarlah dulu."
"Macam mana awak nak mandi? Kalau nak bangun pun tak larat ni pulak nak jalan pergi bilik air. Cuba dengar sikit cakap saya kali ni." Geram aku dengan perangai degil dia ni. Macam budak budak. Budak pun tak perangai macam ni!
"Ye lah ye lah." Aku bukannya apa. Malu lah Daniel Izani kena dimandikan dengan bini dia. Nampak cengeng gila kan.
Aera meletakkan Daniel di atas kerusi yang diambilnya tadi. "Nah pakai ni. Saya tunggu dekat luar. Jangan pandai pandai nak mandi sendiri, kalau rasa nak jatuh macam nangka busuk buatlah. Lepas siap panggil saya." Kataku sambil menghulurkan kain batikku kepadanya. Dah aku cari kain pelikat dia tak ada aku guna lah aku punya.
'Macam nenek kebayan betullah. Eii ada ke patut dia suruh aku pakai kain batik dia ni?' Dalam membebel itu Daniel sempat menghidu kain batik itu.
"Emm wangi macam tuan dia." Daniel tersenyum nakal.
"Awak siap ke tak lagi? Lambatnya mengalahkan perempuan betul lah." Jeritku dari luar.
"Ish dia ni pun tak reti nak sabar betullah." Kata Daniel dengan geram.
'Ingat aku tak dengar apa yang dia cakap kat aku. Puihh.' Aera menjuihkan bibirnya ke arah pintu tandas.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...