Aku hanya mengendahkan nombor yang tidak dikenali itu. Sudah banyak kali pemanggil itu terus menelefon. Setelah tidak lama deringan berhenti, satu sms masuk.
"Hai Aera, kenapa saya call awak tak angkat? Saya harap kita boleh jumpa lagi nanti. Lovely, Aiman."
Oh Aiman rupanya. Patutlah unknown number. Aku lupa pulak yang aku dah delete number dia sebab tak tahan sangat sakit hati. Aku ketawa sendirian.
"Saya ingatkan sape lah tadi. Insya Allah nanti kita jumpa. Saya pun ada benda nak bincang dengan awak, rasanya tak sesuai nak cakap dekat phone." Balasku pula kepadanya.
Daniel mendengus kuat. Aku tidak perasaan yang kelakuanku diperhatikannya sejak dari tadi.
"Huhh perempuan sama je! Tu tak lain dok message dengan jantan tu lah. Ketawa ketawa bagai. Makan gaji buta je dia tau!"
****************
Hujan turun dengan lebat lagi pada petang itu. Terpaksa lah aku redah hujan nun jauh di pelosok sana tu!
Ish tak pasal pasal basah baju aku nanti. Emm nak message ke tak Daniel ni tapi aku takutlah kalau dia maki aku nanti. Emm message je lah tak cuba kau tak tau kan?
Aku pantas menghantar pesanan kepadanya.
'Awak boleh tak saya nak tumpang kereta awak? Kita balik sama sama."
Satu minit dua minit tiga minit aku tunggu hanya bluetick yang dia beri. Aku dah fedup, bukannya aku saja saja nak tumpang kereta dia.
Kalau kertas kerja tu basah, tak ke naya esok free free je aku kena fire gun dengan dia? Baik aku simpan dalam ofis dulu.
Ehh kejap kejap bunyi message masuk lah. Aku terkocoh kocoh mengambil phone tapi hampa.
Ehh mangkuk ayun mana pulak yang terlebih pandai bawak kereta nih!
'Woi tak reti bawak kereta ke?!!" Jeritku dengan kuat kepada pemandu kereta itu yang sudah jauh pergi.
Mana tak nya aku geram, habis basah baju aku disebabkan pemandu tak berpelajaran itu. Punya besar jalan raya itu alih alih dekat tepi aku jugak yang dia nak bawak! Baru dapat lesen ke apa.
Hampir maghrib jugalah aku tunggu teksi dengan baju basah melekit ni baru muncul.
Aku menyerahkan wang kepada pak cik teksi itu sambil tersenyum.
"Simpan je baki tu. Terima kasih."
Aku terkocoh kocoh membuka pintu rumah. Jam di tangan aku kerling. Masak aku dah pukul lapan.
Huh awal pulak dia balik. Kalau tak tengah malam baru nak ingat jalan rumah. Buat sakit hati aku je.
Kalau dia tumpangkan aku tadi tak ada lah aku nak jadi macam ni.
____________________________________
Malam tu Daniel keluar pulak setelah pulang awal dari rumah. Dia mempunyai temu janji dengan Erin untuk dinner bersama.
Siapa yang tak mahu model secantik Erin tu, dah lah full package.
Setibanya di restoran yang dijanjikan, Daniel lantas keluar dari kereta. Baru beberapa langkah, langkahnya tiba tiba mati.
"Betul ke apa yang aku dengar ni?" Tanyanya kepada dirinya sendiri.
Daniel terus memerhatikan kumpulan itu. Dia menyumbinyakan dirinya sedikit di celah celah kereta.
Dia memakirkan kereta jauh sedikit dari restoran kerana parkir di situ sudah penuh.
"Eh Erin kejap lagi kau ayat lah dia lagi, kaut duit dia banyak banyak!" Kata seorang gadis lantas disambut ketawa oleh yang lain.
"Ha'ah betul cakap Tilia tu sayang. You ayat dia manis manis lah." Seorang pemuda pula berkata.
Daniel mengepal penumbuk menahan geram.
"Eh ini Erin lah! Model terkenal, kacang je nak ayat Si Bodoh tu."
Erin berkata dengan angkuh lalu memeluk pemuda itu mesra tanpa segan silu.Daniel sudah tidak tahan lagi tanpa berfikir panjang terus dia keluar dari tempat persembunyian.
"Kau memang bangsat Airil! Sanggup kau buat dekat kawan kau. Kau tikam aku dari belakang sial!" Daniel terus melayangkan penembuk kepada pemuda itu.
"Eh kau ingat aku ikhlas ke nak kawan dengan kau?! Aku nak tengok kau merana je lah!" Jerit Airil kuat dan turut menumbuk perut dan muka Daniel.
"Tak guna kau sial!!!" Daniel menerpa ke Airil tapi sempat dipegang oleh orang ramai.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...