Bab 26
Aera kalut mencari punca datangnya darah di tangan dia. Apabila terpandangkan seluar Daniel yang terkoyak di lutut, bulat terus matanya memandang.
"Daniel, bangun!! Tolong bukak mata awak, saya merayu. " Aera terus terusan menjerit.
Aera terus mendapatkan sapu tangan di poket belakangya untuk menghentikan pendarahan di lutut Daniel itu.
"Sesiapa tolong!!" Aera menjerit tidak berhenti meminta pertolongan apabila melihatkan mata Daniel yang semakin kuyu.
"Awak tolong stay dengan saya. Saya merayu." Aera dah penat menjerit tambahan lagi bila melihat sapu tangannya yang putih tadi telah bertukar sepenuhnya menjadi merah.
Pandangannya turut menjadi kelam kerana dia turut fobia dengan darah.
"Saya sayangkan awak. Tolong jangan tinggalkan saya, saya hanya ada awak Dani." Kata Aera perlahan sebelum turut terkulai layu bersebelahan suaminya.
****
"Saya dah kata dekat abang yang perempuan ni tak baik! Abang tengok apa yang dia dah buat dekat Dani. Selama ni Dani mana penah ikut semua aktiviti yang ofis buat, ni mesti perempuan tu yang paksa Dani suruh ikut. " Datin Shamilah menghamburkan kemarahannya.
Bilik yang besar itu bising dengan suaranya.
"Awak boleh diam tak Milah? Perempuan yang awak cakap tu menantu kita, awak tau tak?! Sudah sudah lah benda dah jadi, awak tak boleh nak salahkan sepenuhnya pada Aera. Abang tau ni semua kemahuan Dani. Abang tak nak dengar awak cakap pasal ni lagi sekali. " Dato Iskandar mengurut dahinya perlahan.
"Hah abang bela lah lagi menantu kesayangan abang tu! Semua salah saya lah kan! "
Dato Iskandar hanya membiarkan isterinya mengamuk. Malas dilayannya. Makin dilayan makin menjadi jadi nanti. Baik dia hanya diamkan diri.
Daniel yang mendengar suara orang yang sedang bergaduh terus mencelikkan matanya sedikit. Suara itu lebih kepada suara mamanya.
Datin Shamilah yang melihat Daniel susah payah hendak bangun terus mendapatkannya.
"Dani dah bangun? Kaki macam mana, sakit lagi tak? Kalau nak apa apa terus bagitau mama, mama ada dekat sini. " Datin Shamilah terus terusan bertanya pada anaknya.
"Dani okay ma." Jawab Daniel perlahan. Matanya melilau merata mencari kelibat seseorang.
"Isteri Dani mana ma? " Akhirnya terluah juga pertanyaan pada mamanya apabila kelibat itu tidak juga muncul.
"Huh perempuan tu lagi. Dia dah buat kau macam ni pun tak buat sedar diri lagi." Datin Shamilah berbisik perlahan.
"Aera ada dekat wad sebelah, dia pengsan. Dia okay, Dani jangan risau."
Dato Iskandar menjawab bagi pihak isterinya.Isterinya menjeling menyampah padanya tetapi tetap tidak diendahkannya.
"Hai Milah, bilalah awak nak berubah. " Dato Iskandar mendesis perlahan.
"Dani nak jumpa isteri Dani pa. Papa tolong bawakkan Dani boleh? " Tanya Dani tanpa berlengah.
"Tak boleh!!"
Daniel memandang mamanya pelik.
"Maksud mama, Dani tak sihat lagi. Lagipun Ae.. Aera pun mesti tak sedar lagi. Dani rehat lah bagi sihat dulu. "
Terasa nama menantunya amat perit untuk diungkapkan oleh lidahnya. Datin Shamilah bersusah payah ingin menutup tembelangnya.Dato Iskandar sudah tidak tahu lagi dengan perangai isterinya itu. Dah penat nak menasihatinya.
"Hmm okaylah, Dani rehat dulu mama papa. " Daniel menjawab lemah memandangkan kondisi dia dan isterinya juga masih belum baik.
Baru saja Daniel ingin melelapkan mata, suara seseorang memenuhi ruang bilik yang besar itu.
"Hai Danielllll." Suara meleret leret itu amat memeritkan telinga sesiapa sahaja yang dengar.
Mia jalan dengan lemah gemalai ke arah katil yang diduduki Daniel.
"Hi uncle, aunty. " Mia tersenyum lebar.
Dato Iskandar duduk perlahan di sofa berdekatan katil Daniel. Dia malas hendak melayan perangai si Mia itu. Ingatkan sebaya anaknya saja, kalau tidak dah lama dimulutkan.
"Eh Mia datang? Seronoknya aunty. " Datin Shamilah kelihatan gembira.
"Hmm you nak apa Mia? "
"Daniel you sihat? " Tanya Mia dengan nada gediknya.
"Kalau sihat takkan lah I nak duduk sini Mia. Lagipun you bukannya selalu sibuk ke Mia? " Tanya Daniel sekadar basa basi.
Dato Iskandar apa lagi, senyum mengejek la bila dengar loyar buruk anaknya itu.
"Bagus anak papa. "
"Haha sejak bila you pandai buat lawak ni Daniel? Pandai pandai je lah you ni. " Mia buat buat ketawa untuk menutup malunya.
" I selalu je ada masa untuk you kalau you nak tau. Anytime Daniel, you je yang tak tau selama ni. "
"Hmm yelah. " Balas Daniel nak tak nak.
"Bila Mia balik Malaysia? Aunty dah rindu sangat dengan Mia. " Datin Shamilah penuh dengan tanda ingin tahu.
"Mia dah balik seminggu aunty. " Jawab Mia dengan gembira.
"Kalau aunty nak, nanti Mia boleh temankan aunty pergi shopping weekend ni. " Tambah Mia lagi.
" Hah baguslah, aunty suka sangat. "
Datin Shamilah apa lagi, makin melebar senyumannya."Mama, Mia, kalau you guys nak bersembang lama lagi, please move aside. Dani nak rehat, Dani penat. Tolong. "
"Hmmm..."
Apalagi dua orang tu terus bergerak ke meja kecil di tengah bilik itu untuk menyambung kembali perbualan yang tergendala tadi. Macam tak pernah jumpa bertahun tahun dah. Dibiarkan saja Daniel.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...