Bab 28

2.7K 55 0
                                    


Kehidupan Aera semakin bahagia tidak seperti sebelum ini. Kehadiran Daniel Izani merubah segalanya. Mereka seperti pasangan suami isteri yang lain yang bahagia meniti rumah tangga.

Siang malam rumah dua tingkat itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka berdua. Dato Iskandar amat senang melihat perubahan anak dan menantunya tetapi tidak bagi Datin Shamilah. Tapi itu semua tidak boleh menghalang cinta Daniel buat Aera.

Aera setia menunggu di pintu utama runah dua tingkat itu menanti kepulangan suaminya. Dia tidak lagi bekerja di syarikat Daniel kerana Daniel suruh dia berhenti saja dan menjadi suri rumah sepenuhnya menjaga pakai minum Daniel.

"Abang dah balik ni sayang. " Daniel menyambut lembut huluran tangan isterinya lalu menkucup dahi Aera.

"Abang mesti penat kan? Saya ambil kan fresh orange kejap untuk abang. " Aera menjawab penuh lembut.

Daniel hanya mengangguk dan terus berlalu ke ruang tamu. Dia menghempaskan badannya yang lesu di atas sofa.

"Huh penat nya. " Daniel mengeluh perlahan sambil merungkaikan tali lehernya.

                                ***

Daniel yang baru saja habis mandi cepat cepat ingin turun ke bawah untuk makan malam bersama isterinya.

"Sayang? Sayang? " Daniel terus mencari kelibat isterinya apabila Aera tidak menyahut panggilannya.

" Boooo!!! " Aera menyergah Daniel dari belakang.

Suka dia bila melihat wajah terkejut beruk Daniel.

"Sayang!! " Daniel mengurut dadanya tidak berhenti.

"Suka sangat la kan nanti jadi janda muda hah? Sayang nak abang mati cepat ke? " Daniel terus dengan soalan maut dia.

"Ish abang, apa cakap macam tu. Aera saja nak kenakan abang, Aera mintak maaf banyak banyak okay? " Aera terus membuat muka simpati.

"Janji dengan abang lain kali jangan buat macam ni dah. Macam mana kalau abang mati awal tadi? " Tanya Daniel lagi sengaja ingin mengusik Aera.

" Abanggg " Aera dah tergagap gagap ingin menangis.

Daniel yang melihat terus rasa kesian untuk mengusik lagi. Dia terus memeluk Aera erat menenangkannya.

Aera memandang Daniel dalam dakapannya itu.

"Aera masak tomyam, favourite abang. Aera tak sempat nak panaskan lagi sebab abang mandi cepat sangat."
Aera berkata perlahan.

"Aera pergilah buat pelan pelan. Abang okay je lagipun abang boleh tahan lagi lapar ni. " Daniel menipu walaupun dia sekarang ni sangatlah lapar kerana dia tidak ingin Aera merasa bersalah pula.

"Abang tengok berita dulu ya, nanti kalau dah siap semua Aera panggil abang tau. Ke Aera nak abang tolong Aera? " Sambung Daniel.

"Eh eh tak payah abang. Aera boleh buat semua. " Aera kalut memberi jawapan. Dah la dia dah buat salah tadi takkanlah nak panaskan makanan pun nak mintak bantuan Daniel. Ish tak nak lah dia.

Aera segera berlalu ke ruang dapur. Dia memanaskan semua makanan yang dia masak tadi dengan kadar segera. Dia tak nak Daniel menunggu terlalu lama. Dia tau suaminya itu lapar.

" Abang dah siap! " Terus Aera memanggil suaminya untuk makan malam.

Daniel apa lagi terus menekan butang off. Dari tadi dia asyik memanjangkan leher ke arah dapur untuk melihat.

" Sedapnya sayang masak. " Daniel memuji masakan Aera. Bila matanya terpandangkan mangkuk yang berisi tomyam itu, terus dirinya dihimpit perasaan bersalah.

"Abang kenapa? Tak sedap ke tomyam yang Aera masak? " Aera merasa gementar bila melihatkan wajah suaminya yang berubah.

"Mana ada lah sayang. Semua masakan sayang sedap sangat. Sama macam ibu masak. " Daniel terus memuji masakan Aera. Dia tak nak mengungkit lagi kisah lalu.

"Betul ke abang? " Aera yang mendengar terus rasa seronok.

"Ye la sayang, takkan abang nak tipu sayang pulak. " Daniel bahagia melihat senyuman isterinya.

Daniel dah pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Aera pula sibuk mengemas meja makan.

Dia terduduk sebentar di meja makan. Matanya berpinar pinar. Kepalanya pulak tak payah cakap dari tadi berdenyut denyut.

Aera terus ke dapur untuk mengambil air suam. Ah lega rasanya bila dapat minum.

Tapi leganya tidak lama. Aera terus memegang kaunter dapur untuk menahan badannya dari jatuh. Kepalanya rasa seperti dicucuk cucuk.

Aera terus jatuh merebah di atas lantai dapur.

" Pranggg " Bunyi cawan jatuh mengejutkan Daniel.

Daniel laju pergi ke arah dapur.

"Sayang! "

Terkejut dirinya bila melihatkan Aera yang terbaring di atas lantai dapur.

Daniel terus mengdukung Aera dan terus di bawa ke bilik mereka di tingkat atas. Daniel risau melihat peluh yang banyak pada dahi Aera lebih lebih lagi darah yang mengalir pada tangan Aera.

Dia terus mencuci darah pada tangan Aera. Daniel terlelap di sebelah Aera menunggu wanita itu bangun.

Aera membuka matanya dengan payah. Dia merasakan tangan kirinya terasa berat. Ouh Daniel rupanya.

Aera melihat jam di dinding. Dah pukul 3 pagi, kesian Daniel kena jaga aku. Hmmm.

Daniel yang merasakan pergerakan terus terjaga. Mudah betul dia terjaga.

"Sayang dah bangun? Macam mana boleh pengsan kat dapur tadi? " Daniel terus menanyakan pada Aera.

"Aera penat sangat kot abang. " Aera memberi alasan. Dia pun tak tau kenapa kepala dia boleh sakit sangat. Tak pernah lagi dia rasa macam tu.

"Sayang sure tak nak pergi jumpa doktor? Ye lah takkan penat sangat boleh sampai pengsan. " Daniel masih risau.

"Betul, sakit kepala sikit ja abang. Nanti okaylah tu. Hmm alang alang ni, Aera nak keluar boleh tak esok, abang? "

"Hmm dengan siapa sayang nak keluar? " Daniel menanya kembali.

"Dengan Aiman. Abang kenal kan dia? Dia kawan Aera dari kecik lagi. " Aera memberitahu suaminya.

"Hmm yelah boleh. " Daniel memberikan kebenaran jugak nak tak nak saja walaupun dia masih tidak suka dengan lelaki itu.

"Janji dengan abang, jaga diri okay. "

"Aera janji abang."   

                                                                                      

  

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now