Bab 19

3.1K 68 0
                                    

Bunyi siren ambulans bingit kedengaran.

"Apasal yang kecoh kecoh ni? Kenapa semua orang pakat kelam kabut." Doktor lelaki itu segera bertanya kepada seorang jururawat yang sibuk lari ke sana sini.

"Kenapa ni? Ada pesakit yang cedera teruk ke?"

"Hah nasib baik doktor ada, kita kekurangan doktor sekarang ni. Boleh tak doktor tolong?" Jururawat perempuan itu menghembus nafas lega.

"Saya emergency leave hari ni." Doktor itu menutur lemah. "Tapi kenapa dengan pesakit? Teruk ke keadaan dia?" Walaupun dalam EL tapi masih mengambil berat. Dia mengikuti jururawat itu ke arah pesakit tersebut.

"Dia kehilangan banyak darah doktor, dalam sejam macam tu baru ada orang jumpa dia. Keadaan dia tenat sekarang."

'Aera?'

'Ya Allah, kenapa awak macam ni?'

Aiman seakan tidak percaya melihat keadaan orang yang disayanginya sedang bertarung.

"Tak pe, saya yang akan rawat pesakit ni. Tolong sediakan bilik pembedahan sekarang." Tegas suaranya memberi arahan.

"Hahh?" Tampak sekali kebingungannya.

"Oh okey okey saya sediakan sekarang." Jururawat itu segera memberi arahan kepada yang lain apabila melihat wajah serius yang dipamerkan Aiman.

(Bilik pembedahan)

"Cek tekanan nadi pesakit!"

"Ye!"

Semua yang ada kelihatan amat sibuk dan kalut membuat kerja masing masing.

"Doktor tekanan nadi pesakit menurun!"

"Doktor macam mana ni? Pesakit kehilangan banyak darah."

"Pergi tengok bekalan darah cepat!"

"Darah pesakit darah jenis O dan kita kehabisan bekalan doktor!"

Tegang suasananya.

----------------

"Ish dia ni tak reti nak balik rumah ke apa? Takkan lah eksited nak beli barang dia sampai lupa jalan nak balik rumah. Tapi takkan lah kot."

Sekali sekali Daniel mengerling jam di dinding.

"Dah pukul lapan tepat ni. Kemana je dia pergi, tadi kemain kata kejap je. Ni bapak siot." Dia meraup rambutnya kasar.

Dia kembali mundar mandir di ruang tamu kegelisahan.

"For all the times that you rain on my parade, and all the clubs you get in using my name."

"Hah ye hello, siape ni?"

"Ini cik Daniel Izani ke?"

"Ya saya. Kenapa?"

"Macam ni, kami dari pihak hospital ingin memaklumkan tadi ada pesakit yang bernama Aera Ikma kemalangan. Kami minta maaf sebab tak dapat call encik lebih awal sebab kami jumpa telefon ni pun lambat, tercampak kat hujung jalan. Masa dalam ambulans, pesakit suruh kami call nombor ni." Panjang lebar jururawat yang bertugas itu memberi sedetail detailnya.

"Ya Allah Aera. Hah yelah yelah kat hospital mana?" Selepas menanyakan di hospital mana, Daniel dengan sedaya upaya memecut.

(Hospital)

"Pesakit kehilangan banyak darah, dan pihak hospital pulak kekurangan bekalan darah. Cik ni sama darah dengan pesakit tak?"

"Darah dia ape?"

"O."

Daniel menggeleng lemah. 'Allah darah aku jenis B. Macam mana ni? Allah? Ya Allah betapa jahilnya aku dulu bila susah sekarang baru aku ingat Tuhan.'

Daniel melorot jatuh lemah di tepi dinding.

Seoarang jururawat lain datang menghampiri mereka berdua dan berbincang tentang sesuatu. Dalam kalut kalut mereka berlalu pergi begitu saja.

"Ya Allah selamatkanlah Aera." Daniel meraup mukanya kasar.

'Aku tak boleh macam ni.' Dia segera bangun lalu bergerak ke arah surau hospital untuk melakukan solat hajat dan solat taubat.

(Bilik pembedahan)

"Tak de?! Tak pa saya darah O. Mintak doktor lain sekarang jugak untuk tengokkan keadaan pesakit sementara saya pergi menderma darah."

"Baik doktor." Semua yang ada di dalam bilik itu menjawab serentak.

"Macam mana dengan keadaan pesakit? Dah better sikit?"

"Alhamdulillah dah semakin pulih. Sebelum saya lupa saya belum bagitau waris pesakit tentang keadaan pesakit."

"Waris?"

"Ha'ah. Nama dia Encik Tengku Daniel Izani kot kalau tak silap saya."

'Yelah betullah jugak. Laki tu laki Aera, kau kena ingat tu Aiman.

"Tak pe lah kalau macam tu, biar saya je yang informkan. Awak boleh sambung buat kerja awak."

Jururawat itu menggangguk dan meminta diri.

(Surau hosptital)

"Ya Allah kau sembuhkanlah Aera. Aku tidak sempat untuk melayannya sebagai isteri yang baik. Yang hanya aku tau sebuah dendam yang belum pasti akan membahagiakan aku suatu hari nanti. Tapi aku sedar sekarang bahawa dendam itu hanyalah akan membawa derita. Ampunkan lah aku ya Allah." Daniel mengaminkan doanya lama.

Aku sedar selepas kematian Ibu jarang sekali aku solat. Tiada lagi seorang Ibu yang akan memantauku. Itupun aku nak tak nak je bila papa ada, alasan yang banyak aku berikan. Bila Ibu pergi tinggalkan aku selama lamanya, seolah olah jiwaku turut melayang.

Tapi hadirnya insan bernama Nur Syuhada menggembirakanku kembali. Tapi tidak akan selama lamanya kebahagiaan itu datang kerana bahagianya itu penuh dengan kepura puraan.

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now