Bab 20

3K 68 1
                                    

Aiman membuka kot putih yang dipakainya dan disangkutkan di kepala kerusi. Kepalanya runsing memikirkan kejadian yang menimpa Aera.

"Dari cara luka dia bukannya kemalangan biasa. Langgar lari ke? Atau ada orang tak puas hati dengan dia. Aera tu ada musuh ke. Ish tak boleh jadi."

Aiman segera melonggarkan tali leher yang dirasakan rimas buat masa sekarang ni.

"Aera tu bukannya ada apa. Kaya? Lagilah tak. Laki dia kaya lah."

"Aduh kenapa aku nak susahkan kepala fikir semua ni. Biar jelah polis buat kerja dia, kalau tak apa gunanya ada penyiasat semua tu. Tapi Aera tu kan kawan aku."

Tok! Tok!

"Masuk!"

"Doktor pewaris pesakit dah ada dekat luar."

"Hah yelah saya keluar sekarang."

"Keadaan Aera dah semakin pulih, dia dah melepasi tahap kritikal." Ucap Aiman dengan sekali nafas.

'Dia ni bukan ke yang peluk dengan Aera kemain sakan lagi kat mall hari tu? Dia buat apa kat sini, nak menggatal lagi ke dengan bini aku tapi cara dia macam doktor kat sini?' Daniel bermonolog sendirian.

Tau apa yang bermain di fikiran Daniel, terus Aiman memperjelaskan.

"Aku kawan Aera merangkap doktor yang merawat dia sekarang." Aiman menghulurkan tangan.

'Kawan je ingatkan boyfriend ke apa.'

"Hmm." Daniel terpaksa menyambut juga huluran itu.

"Aku nak mintak Aera ditukarkan ke bilik VIP. Nak bagi dia selesa sikit."

"Okay, nanti aku uruskan. Kalau tak ada apa apa, aku minta diri dulu."

——————

"Encik ni waris pesakit ke?" Tanya salah seorang anggota polis yang berada di situ.

"Ha'ah saya suami pesakit. Daniel Izani." Daniel berjabat tangan dengan semua yang berada di situ.

"Boleh kita berbincang sedikit. Ini tentang isteri encik. Ni saya kenalkan penyiasat dalam kes ni."

'Penyiasat? Apa semua ni.'

"Encik? Encik?"

"Yaya boleh." Daniel tersedar dari lamunan.

"Macam ni, dari segi siasatan kami isteri encik bukannya kena langgar lari ke apa tapi kemalangan ini disebabkan dendam. Dari apa yang kami rasalah." Terang penyiasat yang bernama Akmal itu.

"Dendam?" Tanya Daniel seakan tidak percaya.

"Ya. Isteri encik ada musuh ke?"

"Takkan lah kot. Isteri saya ni low profile sikit."

"Kalau macam tu tak apa lah. Nanti kami akan panjangkan lagi siasatan. Kami harap pihak Encik dapat beri kerjasama."

Selepas menghantar pemergian kesemua anggota polis tersebut, Daniel masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan Aera.

Masalah tadi masih merunsingkan fikirannya sehinggakan dia tidak tersedar terlelap entah bila.

(Aera)

Kepalaku terasa berat tapi digagahkan juga untuk bangun.

"Ehh kenapa berat semacam tangan aku ni, kenapa tak boleh nak gerak." Aku mula cemas.

Dalam samar samar cahaya aku dapat melihat seorang lelaki sedang tidur sambil memegang erat tanganku.

'Lelaki? Aduh laki mana pulak pegang aku nih.'

Tapi kan jam tangan tu,

Daniel.

Aku mengukirkan senyuman perlahan lahan. Sayang jugak kau kat aku kan Daniel.

Polosnya dia tidur. Belum sempat aku nak belai muka dia menggunakan tangan lagi sebelah,

'Eh eh dia dah bangun lah. Tidur Aera. Tidur Aera.'

"Kau dah bangun?" Serak suaranya bertanya.

Senyap.

"Dah dah lah tu, sakit sakit pun sempat lagi kau nak acah berlakon kan? Bukak je lah mata tu."

Amboi sindir aku nampak.

Aku menarik senyuman malu. Dah kantoi kan?

"Kenapa kau bangun? Tidur je lah. Dah pukul 1 pagi ni."

'Eh cepat gila minah ni bangun lepas kena operation. Confirm esok bangun dah tak betul. Tak macam orang sakit aku tengok.'

"Saya dahaga lah."

Lantas Daniel bangun menuju ke sofa dan mengambil jag air dan secawan gelas sekaligus menghentikan sesi kutukan terhadap isterinya sebentar tadi.

"Nah minum. Lepastu tidur."

"Awak pun tidur lah. Tu dekat sofa tu. Mesti tak selesa kan tidur kat atas kerusi ni."

"Eh eh banyak cakap kau kan. Sedar sikit diri tu sakit. Jangan nak sibuk hal orang lain sedangkan kau pun tak larat lagi. Fikir diri kau dulu baru fikir diri orang lain. Faham."

Aku hanya mengangguk.

'Ek eleh aku punya baik fikir pasal dia sedap hati nak ceramahkan aku. Tapi betul jugak apa yang dia cakap tu.'

"Dah dah tidur. Esok esok jelah kau nak membebel pun. Ni aku nak bagitau siap siap esok ada benda aku nak tanya kau. Prepare otak tu siap siap okey." Daniel membantu menyelimuti tubuhku.

'Eh eh asal baik semacam ni? Tapi kan bukan ke saat nilah yang paling aku nanti nantikan.'

Daniel bangun bergerak ke sofa.

"Dani."

Terhenti pergerakannya. Dia menoleh.

"Apa?"

"Goodnight." Aku senyum kepadanya.

"Hmm goodnight. Tidurlah."

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now