"Apa awak cakap ni Dani? " Bergetar suara Aera.
"Kau tanya aku balik? Aku yang tak faham ke kau yang buat buat tak faham?! " Daniel menengking Aera dengan kuat sambil menghempas pintu rumah.
Risau nanti jiran jiran dengar masalah rumah tangga mereka. Jiran jiran dekat sini bukannya tak tahu perangai diorang, asyik nak membawang hal orang je kerja!
"Mana sopan santun awak selama ni? Mana Daniel yang saya pernah kenal dulu? " Aera seakan tak percaya melihat rumah tangga yang baru dibina mereka bagaikan retak menanti belah!
"Aku tak sangka aku boleh terpedaya dengan kau. Aku percayakan kau Aera selama ni! Mati mati aku ingat kau ni perempuan yang baik. Tapi tengok apa kau buat belakang aku, kau keluar dengan jantan lain! Kau main kayu tiga! " Daniel terus menghamburkan kemarahannya.
Aera terus meluru memeluk lengan kanan Daniel.
"Sumpah Daniel, saya tak buat semua yang awak cakap tu. Kalau awak nak tau, saya baru balik dari hospital... "
Daniel mendengus kuat bila mendengar perkataan hospital. Mukanya merah menahan marah.
Aera mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan kembali hubungan mereka tapi belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, Daniel terlebih dahulu menyampuk.
"Kau pergi tengok Aiman kan? Mestilah kau pergi hospital sebab kau nak jumpa dengan awek kau kan! Hebat betul kau ni Aera, dah ada laki tapi still nak jumpa laki lain kan?! "
Aera tercengang seketika. Memang betul dia pergi hospital, tapi Aiman? Bukannya dia saja saja ingin berjumpa dengan Aiman tapi dia terjumpa! Daniel dah totally salah faham.
Akhirnya menitis juga air mata Aera setelah sedaya upaya ditahannya. Dia merasa hidupnya sudah pun kosong bila orang yang paling dipercayainya dah tak percayakan dia lagi.
Baru dia ingin menunjukkan kebahagiaan dia pada ibu mentuanya yang dia mampu bahagia dengan Daniel tapi sekarang sudah musnah. Aera terbayang bayang wajah Datin Shamilah yang sedang mentertawakan dirinya.
"Kenapa kau diam? Maknanya betul la kan apa yang aku cakap! Kau memang saja nak cari pasal dengan aku Aera! "
Kesabaran Daniel seakan akan diuji dengan melihat kebisuan Aera yang seakan akan mengiakan tentang kecurangannya.
"Tak Daniel! Saya tak akan pernah curang dengan awak, percayalah saya. Kenapa awak macam ni Daniel, mana pergi awak yang dulu? "
Aera memandang jernih ke arah Daniel mengharapkan yang lelaki itu akan kembali seperti dulu.
Daniel yang merasa seperti diejek oleh Aera terus mengamuk.
"Kau tanya aku mana pergi aku yang dulu? Kau cakap dengan cermin ke apa hah Aera! "
"Sekarang ni aku nak tanya kau, selama ni kau berpura pura bahagia ke? Aku ingat kau ikhlas hidup dengan aku sebab tu aku percaya kan kau, aku cerita semua tentang aku dekat kau. Tentang kau, apa je yang aku tau! "
"Apa sangat yang penting pasal saya? Saya ni dibesarkan kat rumah anak yatim, itu pun awak dah tau! Aiman yang awak jumpa tu kawan saya sejak kecil, that one pun saya dah explain dekat awak. Tapi sejak awak tak bagi saya dekat dengan dia macam kami dulu dulu, saya dengar cakap awak. Saya jauhkan diri saya dari Aiman walaupun Aiman tak pernah buat salah. Saya dah tak peluk dia macam selalu yang kami buat bila jumpa sebab saya ingat janji saya dengan awak. Kenapa awak buat saya macam ni? Sebab awak ingat saya tak ada mak bapak, tu yang awak boleh buang saya sesuka hati awak kan! Saya hanya ada awak je sekarang ni tapi kalau suami saya sendiri dah tak percayakan saya, apa lagi yang saya boleh buat?! "
Aera menghamburkan juga perasaannya. Takkan dia hanya nak berdiam diri. For the at least, dia mesti bela dirinya.
"Kau saja nak permainkan aku kan Aera? "
Daniel mengcengkam pipi Aera sambil matanya memanah tajam memandang anak mata Aera.
"Apa awak buat ni, sakit lah! Awak dah hilang akal apa! " Aera menjerit geram.
"Kau dah berani melawan aku kan. "
Daniel menolak kasar pipi Aera."Kau belum kenal aku Aera. Aku Daniel Izani akan pastikan kau tak akan pernah hidup bahagia! "
Aera melihat belakang Daniel yang berlalu pergi seakan tidak percaya. Dia ingat Daniel akan meminta maaf padanya kerana telah menkasarinya tapi lain yang berlaku!
Aera sebenarnya tak takut langsung dengan ugutan Daniel. Aera lebih takut untuk menerima kenyataan yang dia akan kehilangan Daniel.
Belum sempat Daniel ingin membuka pintu rumah, suara Aera kedengaran.
"Kenapa bila awak minta peluang kedua, saya bagi pada awak? Tapi kenapa awak sikit pun tak nak dengar penjelasan saya? " Aera mengesat air matanya dengan kasar.
Daniel tergamam.
Tapi dia cepat cepat menutup pintu, dia tak mahu lagi termakan dengan pujuk rayu Aera.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...