Bab 7

6.6K 96 3
                                    


Elok sahaja aku naik atas ke bilik, aku terdengar bunyi kereta masuk ke garaj. Sapa lagi kalau bukan mamat poyo tu.

"Nah ambik bantal ni. Tidur kat bawah. Jangan nak buat bilik tidur aku ni macam bilik kau pulak."

Bantal yang dia baling itu sudah tepat mengena pada mukaku.

Aku dengan muka toya mengambil bantal itu lalu tidur di bawah.

"Lagi satu dengan suka hatinya aku nak ingatkan kau. Jangan kau berani sentuh mana mana barang aku. Kalau aku nampak mati kau aku kerjakan."

Dani yang merasakan tiada balasan dariku terus menjerit

"Ehh pompuan! Aku cakap dengan kau lah. Kau pekak ke apa? Pantang betul aku bila aku cakap orang buat tak tau."

Ye lah. Pastu kau nak aku jawap apa. Kau ingat aku suka ke nak bercakap dengan kau.

Kalau kau cakap yang kau tak teringin nak pandang aku, aku sejuta kali tak teringin nak pandang aku. Piraah.

Aku dengan muka terpaksa menjawap juga dengan mata yang masih tertutup.

"Ya saya faham dan aku pun tak teringin nak sentuh barang kau."

Aku berbisik perlahan perkataan yang terakhir itu lebih kepada diriku sebenarnya.

----------------

"Aera tak payah lah kamu nak tolong Mak Kiah. Pergi sana duduk kat depan. Nanti Mak Kiah hidangkan." Kata pembantu rumah itu.

"Tak apa lah Aera tolong Mak Kiah.Bukannya susah mana pun."

"Iyalah Mak Kiah. Biarlah dia nak tolong. Bagi sedar diri sikit tu, dia ingat dia kahwin dengan anak Tengku. Boleh jadi mem besar lah kat dalam rumah ni."

Suara itu cukup aku kenali. Dan terpaksa jugaklah aku menjawapnya.

"Ehh awalnya mama bangun. Aera memang nak tolong Mak Kiah la ni."

Papa yang terdengar perbualan itu terus berkata.

"Apa yang awak cakap ni Milah? Aera tu menantu kita, tak payah lah awak cakap macam tu. Saya tak suka! Dah Aera jangan dengar cakap mama. Pergi naik atas kejutkan Dani ajak dia turun makan sekarang."

**************

Aku mendengar bunyi air di dalam bilik mandi.

"Mesti dia tengah mandi. Aku sediakan pakaian dululah untuk dia."

Aku lantas mengambil pakaiannya di dalam almarinya dan meletakkan di atas katil.

Ish lamanya dia ni mandi. Dah naik kematu punggung aku dok tunggu dia selesai.

Sedang asyik aku membebel, pintu bilik air dibuka dari dalam.

"Emm awak, ini baju awak saya dah sediakan."

Aku menghulur pakaian tersebut kepadanya tetapi dia enggan melihatku malah turut menghiraukanku.

Dani terus bergerak ke almari dan mengambil pakaian untuk dipakai. Dia saja menghiraukan Aera seolah olah wanita di depannya itu langsung tidak wujud.

Sabar Aera. "Papa panggil turun makan. Nanti awak turun lah ya."

Aku meletakkan pakaian tersebut di atas katil semula dan dengan cepat cepat terus aku keluar dari bilik itu.

'Terasa lah tu tapi ada aku kisah. Biar dia tau sikit yang aku tak main main bila aku cakap.'

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now