Bab 6

3.5K 80 0
                                    

"Mia! Apa yang kecoh kecoh ni! Tak malu ke orang semua tengok?" Tengku Iskandar datang meleraikan pergaduhan itu.

So nama dia Mia la?

"Aunty, tengok la perempuan tu! Ish benci lah Mia."

"Sabar Mia. Aunty tau. Aunty pun meluat tengok muka dia. Perkahwinan ni tak akan lama. Percaya cakap aunty."

Aku sempat mendengar butir bicara itu. Hmm baguslah mak mentua dengan bakal menantu sama je perangai. Aku dah malas nak jaga hati orang lain sedangkan hati aku sendiri sedang sakit.

Yang paling menyakitkan aku. Dani jugak sebelahkan betina tu. Mungkin dah nasib aku jadi menantu bukan pilihan.

"Dah Aera pergi naik atas. Berehat. Orang macam ni jangan dilayan buat sakit kepala."

"Baik papa. Area naik dulu ya."

Aku sempat menangkap jelingan maut dari Dani. Mungkin dia tidak suka aku rapat dengan papa dia. Lantak dia. Aku malas nak ambik tahu.

Hati aku dah sakit sangat. Aku dah penat jadi baik. Bila baik orang pijak kepala aku. Nak kata aku jahat? Kata lah aku dah tak kisah. Kalau dah jahat, memang jahat la kan?

Dani still tak percayakan aku. Dia kata aku yang perangkap dia. Padahal aku sendiri tak tau apa yang jadi. Itu hak dia. Aku dah penat nak cakap banyak kali yang aku jugak mangsa seperti dia. Kalau dah nampak jahat memang jahat lah kan.

————————————————

Jam dah tunjuk tengah malam tapi batang hidung Dani still aku tak nampak nampak. Ramai saudara mara Dani yang tidur dekat rumah agam tu sebab kebanyakkannya datang dari jauh. Hal antara aku dengan Dani hanya kami dan keluarganya yang tahu. Yang lain tidak tahu menahu dan sebab itulah ramai saudara yang mengatakan kami bagai pinang dibelah dua.

Aku agak Dani memang saja pulang lewat kerana aku lihat keretanya tiada di garaj.

"Apa yang Aera menungkan tu?"

"Eh papa. Papa tak tidur lagi? Papa buat apa dekat sini? Mama mana?"

"Ish banyaknya soalan Aera ni. Kalau papa tidur takkan papa ada dekat depan mata Aera sekarang ni. Papa tau Aera tengah tunggu Dani kan?"

"Hmm..." Aku terpaksa mengiyakannya.

"Papa nak Aera janji dengan papa boleh tak? Dani tu satu satunya anak tunggal papa. Papa dapat rasakan yang Aera ni adalah pasangan yang bagus untuk Dani. Janji dengan papa, yang Aera tak akan tinggalkan Dani? Dani tu anak yang baik. Dia jadi macam tu sebab masalah yang asyik menimpa dia."

"Pa. Aera tak boleh janji. Kalau jodoh kami kuat insya-Allah pa."

'Tak apa lah Aera. Papa tau perkara ni bukan mudah buat Aera. Dah pergi masuk tidur dulu."

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now