Bab 10

3.3K 77 0
                                    

"Ini kau kata tom yam?!! Lidah kau dah sewel ke apa? Itu yang otak kau sekali biul?" Jerkah Dani kepadaku.

Aku terkejut apabila tom yam yang aku hidangkan kepadanya tadi sudah dicurahkan tepat ke muka ku.

"Awak, saya mintak maaf. Tadi saya rasa dah okay." Mukaku yang panas dan sedikit melecur tidakku endahkan.

"Dah dah loya tekak aku nak pandang kau!"

Bunyi pintu utama dihempas kuat.

Aku tau itu tanda bahawa Dani sudah keluar dengan amukannya.

Aku lantas mengemas pinggan yang sudah berterabur di atas lantai sambil menangis teresak esak.

Ibu, apa salah Aera? Tak layak ke untuk Aera bahagia walau sedikit sekalipun?

————————————————

Dani memandu tanpa arah tuju dan akhirnya keretanya tersadai di tepi jalan.

Jam menunjukkan pukul 12 malam.

Dani mengetuk sterengnya dengan kuat.

"Damn you Aera! Kau ingat aku tak nampak ke apa yang kau buat dengan jantan tu tadi!!"

Dani mengimbas kembali kejadian pada pagi tadi.

"Eh Dani tu bukannya bini you ke?" Tanya Mia.

Dani lantas menoleh ke arah yang ditunjukkan Mia dan pada masa yang sama adegan memeluk di antara Aera dan Aiman menjamah matanya.

"Ouh ini yang dia buat kat belakang you rupanya. I dah cakap yang bini you tu bukannya baik sangat pun."

Mia ligat mencampur perasa apabila melihat muka Dani yang sudah berubah kelat itu.

Dani pantas menarik tangan Mia supaya beredar dari situ.

"Apa you ni? Kalau marahkan bini you jangan la sampai tangan I sekali jadi mangsa."

"Can you just shut up!"

"Sorry,  I'm not in good mood." Tambah Daniel lagi.

"It's okay. I faham perasaan you." Mia berkata dengan senyuman sinisnya.

'Tom yam kau tak salah apa apa pun semuanya okay tapi sebab hal tadi aku sakit hati! Sakit sangat. Malah kau punya masakan sama dengan ibu aku masak."

"Dani rindu ibu. Kalaulah Ibu tak tinggalkan Dani, mesti Dani tak akan jadi macam ni,bu. Dani jadi heartless, beku ibu."

"Dani tak ada sapa sapa lagi." Sambungnya lagi sambil menangis teresak esak.

Dia menyimpan satu rahsia yang tiada satu orang pun yang tau kecuali papanya.

"Aku tak berniat nak buat kau macam tu tapi kau yang paksa aku buat semua tu, Aera! Kau tak ubah macam perempuan lain. Kau sama je dengan Syuhada!"

"Aku akan pastikan hidup kau musnah! Itu tekad aku. Kau tunggu Aera." Janji Dani bersama satu dendam.

"Kenapa kau tak pernah nak faham aku, Aera?"

"Macam mana dia nak faham kau kalau kau sendiri tak nak faham tentang dia?" Akalnya pula berkata.

"Tak tak. Aku cuba untuk faham dia tapi lepas apa yang aku nampak. Tanggapan aku tak akan berubah. Dia dengan Syu sama je!"

"Kenapa kau tak cuba tanya dia Dani? Mungkin kau akan tau."

"Arghhh! Kau diam boleh tak! Semak kepala otak aku nih.'

Terus hilang suara tadi.

Kerana dendam, Aera menjadi mangsa.

————————————————

Aku menyapu krim di mukaku. Nasib baik kuah tom yam tadi tidak terlalu panas jadi mukaku tidaklah melecur sangat.

Teringat perbualanku dengan Dani sebentar tadi.

"Kau memang perempuan tak tau malu ke?" Sinis suara Dani bertanya.

"Apa awak cakap ni? Saya tak faham." Lurus Aera berkata.

"Kau tak faham ke kau saja buat buat tak faham? Eh aku kenal betullah betina macam kau ni! Tak puas satu laki!"

Allah. Bala apakah ini.

"Awak cuba cakap dengan saya, apa yang awak tak puas hati? Sumpah demi Allah, saya tak pernah buat macam yang awak cakapkan."

"Eh sudahlah. Aku muak dengar suara kau. Kau jangan nak bersumpah bagai kalau diri tu tak ubah macam perempuan murah!"

Setiap patah perkataan yang dihamburkannya bagai belati yang tajam menusukku.

Aku perlahan lahan melorot jatuh ke lantai.

Malam itu aku tertidur kepenatan sambil air mata tidak lekang dari pipiku. Aku bingung apakah salahku sehingga aku diuji sebegini rupa.

Aku tak kuat. Aku penat melayan kerenah manusia. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Tak Aera kau kena kuat. Selagi kau masih berdiri selagi tu kau kena pertahankan hak kau.

Kau kena ubah tanggapan semua orang terhadap kau. Kau bukan manusia seperti yang dilabel mereka!

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now