Daniel menggigil menahan kesejukan atau dia menggigil sebab Aera tolong sabunkan, shampookan untuk dia?
Bila dia tegah, Aera hanya cakap.
"Tangan awak kan masih sakit. Cuba dengar cakap saya sikit."'Huh. Ingat aku tak tau nak ambil kesempatan lah tuh. Tak dak maknanya dia nak buat baik kat aku.' Daniel mencebik.
"Awak dah siap. Hish mengelamun je kerja."
"Apa? Dah siap?" Daniel bertanya lurus.
"Ha'ah dah siap. Dah sampai mana? Bulan? Ishhh dia ni.... Awak nak saya ambik baju apa?" Aera berkata sambil berjalan menuju ke almari.
Daniel menjeling menyampah. "Ambik pyjama aku terus yang warna kelabu tu."
"Emm lagi." Pipi Aera sudah kemerahan.
"Ahh aku lupa, yang tu kau ambik yang corak bintang bintang tu. Aku letak kat almari kecik yang paling bawah." Daniel tersenyum sinis.
Aku mengambil juga. Ishh dia punya kenapa kau yang over malu sangat nih, Aera. Tengok Daniel tu steady dok gelakkan kau.
Aera kembali semula ke dalam bilik air dan mengeringkan badan Daniel.
"Dah tak nak tolong pakaikan aku baju?" Sinis suaranya.
"Awak pakailah sendiri, saya tunggu kat luar." Aku cepat cepat berlalu meninggalkannya.
"Tangan aku kan sakit. Nanti kalau terpeleot macam mana? Kau nak tanggung ke?" Daniel menjerit dari dalam.
'Eleh itu baru aku acah sikit dah menggelabah.' Daniel menguntum senyuman.
Selepas mandi, Daniel terlelap sehingga malam akibat kesan ubat tidur.
Aku bagai lipas kudung mengemas rumah sebesar dua tingkat itu. Lelah aku dibuatnya. Lepas ni nak kena masak untuk orang sakit pulak.
Aku memasak sup campur, sup ayam dan macam macam lagilah yang setaraf untuk orang sakit.
"Baaaa!"
"Oh mak kau jatuh terpelanting dalam kawah." Aera melatah dengan kuat.
Daniel ketawa macam hantu kena rasuk sampai meleleh leleh air mata dia keluar.
Lawak sangat ke?
"Ishh tak lawaklah! Kalau saya ada heart attack macam mana. Tak ke saya dah jalan dulu? Auchhh." Aku mengaduh kesakitan. Baru aku perasan yang jari aku dah terkena pisau sikit tadi.
Daniel yang melihat jari Aera sudah mengeluarkan darah cepat cepat menghisap dan meludahkannya keluar. Dia membawa tangan Aera ke sinki dan membiarkan air membasahinya.
Aku terkedu. Rasa sakit sudah hilang entah ke mana. Yang aku tau sekarang ni, betul ke ni? Atau aku sedang mimpi. Aku menampar pipiku perlahan menggunakan tangan yang lagi satu.
"Kenapa yang kau tampar pipi kau tu? Aku minta maaf sebab buat kau terkejut. Aku tak tau pulak benda macam ni nak jadi. Sorry." Perasaan bersalah mula menghimpitnya.
Betul ke ini Tengku Daniel Izani yang selama ni aku kenal? Dia say sorry? Mana mana fius otak dia dah putus ke? Apa kau merepek ni Aera. Bukan ini ke yang kau selalu doa dalam akhir setiap solat kau. Kalau macam tu, Alhamdulillah lah kalau dia dah berubah. Aku gembira sangat.
Lamunanku terhenti apabila tubuhku berasa berada di awang awangan. Rupanya Daniel sudah terlebih dahulu mengangkat badanku dan diletakkan dia atas kaunter dapur.
Aku kehilangan kata kata. Entah kenapa aku terus jadi bisu.
"Kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi ambik first aid."
Aku hanya mengangguk tanda mengiakan.
Daniel kembali dengan kotak first aid di tangannya. Dia berdiri di hadapanku.
"Kenapa kau cuai sangat ni? Aku minta maaf kalau pasal aku kau jadi macam ni. I'm sorry again." Dalam membebel tangannya laju saja mencuci lukaku.
"Awak tak payahlah risau. Saya okey." Aku mengukirkan senyuman paling manis buatnya untuk menghilangkan sedikit rasa bersalahnya padaku.
Tapi lain pulak bagi Daniel. 'Aduhh kenapa kau senyum sampai macam tu sekali. Kacau.'
Selepas melekatkan plaster, Daniel cepat cepat mengubah topik.
"Kau masak apa? Aku laparlah."
"Awak lapar ehh? Saya masak macam macam untuk awak." Aku lantas turun dari kaunter dapur. Aku berasa gembira tiba tiba bila dia tanya aku macam tu.
Aku menarik tangannya dan suruh dia duduk saja di meja makan. Aku pun tak tau kenapa tangan aku ni berani sangat pegang tangan dia.
Aku menghidangkan lauk pauk yang aku masak tadi. Selepas mencedokkannya nasi, aku mengambil tempat di hadapannya.
"Kenapa kau tak makan sekali?"
Aku hanya tersenyum. Rasa teruja mengatasi segala galanya.
"Awak makanlah. Saya tak lapar lagi." Aku terus memandangnya lagi.
"Sedap?"
"Not bad."
'Tak nak lah puji dia banyak banyak.'
Aku hanya tersenyum hambar. Kalau tak sedap kenapa sampai dua tiga kali dia tambah. Selera orang sakit memang macam ni ehh? Setahu aku masa aku demam dulu nak habiskan satu pinggan tu pun tak lalu inikan pula sampai dua tiga kali. Emm, pelik.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...