Aera melihat suasana di dalam rumah mentuanya. Sunyi. Mana pergi habis orang dalam rumah ni. Kata ada family gathering tapi kosong je...
" Aera buat apa kat sini? Lamanya tak datang sini, Aera. "
Aera melihat ke belakang. Mak Kiah rupanya.
" Bukannya saja saja tak nak datang Mak Kiah, tapi Daniel selalu sibuk dengan kerja dia. "
Aera terpaksa menipu Mak Kiah walaupun dia tahu terdengarlah sangat bohong.
" Hmm Mak Kiah, mana pergi semua orang dalam rumah ni? " Aera masih tercongok congok mencari kelibat orang dalam rumah besar itu.
" Macam biasa lah dato pergi kerja. Datin pulak sibuk dengan persatuan dia. Kenapa Aera tanya? "
Aera melihat Mak Kiah macam tak percaya.
" Serious laaa, Ya Allah rupanya aku dah kena scam dengan mak mentua sendiri. Family gathering la sangat kan Datin Shamilah... "
" Tak ada apa lah Mak Kiah, saja tanya. Jom la Aera tolong Mak Kiah apa yang patut. "
Aera dengan segera mengakhiri perbualan. Tak nak nanti Mak Kiah asyik menyoal tentang soalan yang dia sendiri tiada jawapan.
Seharian Aera menolong Mak Kiah. Daripada duduk tak buat apa lebih baik dia tolong Mak Kiah buat kerja rumah.
Aera melihat jam. Dah nak dekat pukul 12 pagi. Tapi manusia manusia dalam rumah tu belum tau nak balik. Mesti dah lupa jalan nak balik rumah sendiri.
Papa tetiba bagitau kata kena pergi outstation. Tu Aera faham. Datin Shamilah pulak lebih baik tak payah balik, kalau balik mesti asyik nak menyakitkan hati. Satu hari sibuk dengan persatuan datin datin dia tu. Senangnya jadi orang kaya hmm.
Daniel? Tu lah manusia yang paling berguna. Dia yang call bagai suruh datang rumah parents dia, tapi dia sendiri tu entah ke mana. Sabar je la.
Aera membuat keputusan untuk mengambil angin malam. Dia duduk di kerusi yang terdapat di tepi kolam.
Aera cuba untuk memejamkan matanya beberapa kali. Tapi tidak berjaya. Matanya masih segar akibat penangan dua cawan nescafe petang tadi.
Aera membelek foto di gallerynya. Jarinya terhenti pada gambar dia dan Daniel. Aera teringat kembali rumah tangganya tiga bulan yang lepas. Ya dia pernah bahagia tapi bahagianya sekejap saja. Cepat betul hati manusia berubah.
Cepat cepat Aera swipe ke kiri. Tak nak nanti berdrama air mata pulak. Foto Aiman pula terpapar di skrin.
Nasihat Aiman kelmarin mula bermain di ingatan. Aiman masih tetap menyuruhnya untuk menjalani rawatan.
"Sampai bila awak nak makan ubat? Jangan sampai satu hari nanti ubat tu dah tak bagi kesan pada badan awak."
Aera tersenyum sendiri. Rasa lawak memikirkannya. Hanya lelaki itu yang setia bersamanya sampai sekarang dan sentiasa risau tentang kesihatannya.
Daniel? Lelaki tu sibuk nak kahwin dengan perempuan lain. Ex tunang pulak tu.
" Hai Aera... Senyum sorang sorang nampak? Apa yang buat you happy sangat ni? "
Terus mati senyuman Aera.
Aera melihat ke arah dua figura manusia di hadapannya sekarang. Ah kenapa diorang kena ada time time macam ni. Ingatkan dah tak nak balik.
" Eh kejap kenapa perempuan ni masih ada dekat sini? Dah tak reti nak balik rumah sendiri ke apa. Dah tengah malam datang lagi tercongok dekat rumah laki. "
" Si Daniel ni pun satu, tau la bakal isteri. Tapi tak perlu kot nak angkut anak orang sampai tengah malam. Saja la tu nak menyakitkan hati aku. Dia ingat aku kisah? "
Aera pura pura menguap untuk melarikan diri. Baru saja Aera ingin bangun, Syuhada dah tahan Aera awal awal lagi.
" Eh you nak pergi mana? Duduk la kejap, I nak suruh you pilihkan baju pengantin untuk I. "
Aera mencari wajah Daniel. Ingin melihat reaksi lelaki itu. Dia pura pura melihat ke arah lain.
" Hmm ye lahh... " Nak tak nak Aera terpaksa duduk kembali dengan tak rela.
" You tolong pilihkan kejap warna apa yang sesuai. "
" Saya suka warna putih. Nampak bersih sangat. "
" Eh cakap pasal putih ni, I perasan kenapa muka you nampak pucat ni Aera? You tak sihat ke? "
Aera senyum saja malas nak menjawab. Dia terus bangun nak ke bilik. Cukup lah dia disuruh untuk memilih tema perkahwinan mereka.
Sampai saja di hadapan Daniel, dia di tahan oleh lelaki itu.
" Kejap. Kenapa badan kau panas? "
Aera lega mendengar soalan Daniel. Syukur lelaki itu masih risau tentang kesihatannya.
Baru saja Aera ingin menjawab, Daniel terlebih dahulu bersuara.
" Aku tak nak kau buat hal nanti time aku nak nikah. Time tu la kau nak sakit apa semua. Pastu semua sibuk tanya mana laki dia pergi time bini tengah sakit. Jaga kesihatan tu elok elok, jangan nak ikutkan perasan sangat. "
Sakitnya. Ya itu yang dia rasakan sekarang. Daniel masih tidak berubah!
Aera terus melepaskan pegangan Daniel pada tangannya.
" Alhamdulillah setakat ni saya masih sihat, Syu. " Aera menjawab pertanyaan Syuhada.
" Kalau saya sakit sekalipun, saya tak akan ganggu bakal suami awak. Awak jangan risau. Dia terlalu cintakan awak. "
" Untuk awak Daniel, awak jangan risau. Saya tak akan ganggu rumah tangga baru awak nanti. Selamat pengantin baru Daniel. Semoga awak tak menyesal dengan apa yang awak buat. "
Aera berlalu dengan segera.
" Mungkin kah bila saya tak ada nanti, baru awak nak sedar Daniel? "
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...