Berkerut kerut dahinya menyiapkan kertas kerja itu untuk dihantar kepada papanya Isnin nanti.
Daniel tidak mahu ada cacat cela. Reputasi syarikat harus dijaga dan begitu juga nama baiknya.
Setelah selesai semuanya, dia mengambil kertas yang tidak digunakan lagi lalu membuat roket kertas.
Itulah hobi yang selalu dilakukannya apabila bosan. Macam kanak kanak kan? Haha.
Daniel membaling baling roket kertas yang dibuatnya ke udara.
"Fuhh bosan lah aku kalau terperap lama lama dalam ni. Nak buat apa kerja semua dah siap. Asal sunyi sepi je ofis ni." Daniel bangun bergerak ke arah pintu lalu membukanya.
"Asal kosong eh? Mana pergi semua orang bukannya lunch lagipun."
"Ahh asal bongok sangat kau ni Daniel. Hari ni weekend lah ngang!" Dia menepuk dahinya sendiri.
"Itulah kau orang tengah sedap sedap atas katil, kau nak sangat perah otak kau pagi pagi ni. Hah padan muka!" Daniel mempadankan dirinya sendiri.
Daniel kembali duduk di atas kerusi empuknya sambil bermain main dengan telefonnya.
"Emm nak call dia ke tak ehh? Tak payahlah nanti dia kata aku syok kat dia pulak." Dia berkira kira sama ada mahu call Aera ataupun tidak.
'Tapi memang betul apa kan aku syok kat dia?'
"Ishh mana adalah. Tak ada maknanya aku nak suka kat perempuan kampung macam tu. Dah lah kolot, not my taste okey." Dia masih menegakkan benang yang basah.
"Ishh tak payahlah. Hilang macho aku nanti kalau call dia." Daniel masih dengan keegoannya yang tinggi melangit itu.
Ting!
"Eh ada messagelah." Dia membuka.
"Aera." Dia menggumam perlahan dan lambat lambat mengukirkan senyuman.
Serious ke tak sukakan bini kau sendiri Daniel?
(Aera)
"Emm nak message dia ke tak ehh. Message je lah tapi dia pernah kata dia tak nak ambil tahu apa yang aku buat. Eh lantak lah dia nak marah ke apa, message je lah. Aku kisah apa. Hehe."
Sambil ligat menaip message, aku tidak perasan sebuah kereta yang laju menuju ke arahku.
Setelah siap send dan dengan penuh gembira aku mengangkat wajah. Aku amat terkejut melihat di depan mataku. Lidahku kelu. Aku tidak sempat melakukan apa apa.
"Allah." Hanya itu yang mampu aku ucap sebelum terbaring lemah di atas jalan. Telefon ditanganku tercampak jauh entah ke mana.
Tubuhku pula melayang ke udara seperti dalam filem,
dan Gedebuk!
terjatuh dan terdampar di atas jalan yang lengang itu.
darah merah mula mengalir keluar dari kepalaku. Sakit usah dikata. Perit sekali aku merasakan.
Aku sempat melihat ke arah kereta itu. Cerminnya bertinted gelap. Ya gelap tapi aku dapat melihat sedikit pemandu itu dengan bantuan sinaran cahaya matahari. Perempuan. Berambut panjang.
Ingin sekali aku menjerit meminta pertolongan. Tapi lidahku kelu, perit rasanya kerongkongku.
30 minit berlalu tapi tiada satupun manusia yang datang.
Ini salahku juga kerana berjalan di jalan yang lengang. Memang jarang lah orang melaluinya.
Aku sakit, mataku sudah berpinar pinar. Ditambahkan pula dengan terik matahari Yang kian panas.
Sejam menunggu kesakitan di atas jalan, aku melihat kelibat seorang pemuda dari jauh.
"To...long. To...long." Sayup sayup aku cuba memanggilnya dengan harapan dia melihatku. Pemuda itu melihatku dan segera berlari ke arahku.
"Alhamdulillah. Daniel" Dua perkataan terakhir itu aku ucap sebelum mataku benar benar terpejam tidak sedarkan diri.
Aku bersyukur kerana akhirnya ada juga insan yang datang membantuku. Aku kehilangan banyak darah. Tubuhku kini kian lemah.
(Daniel)
Aku membuka sms yang dihantar Aera.
'Assalam, awak. Boleh tak saya nak keluar kejap? Saya nak beli barang keperluan. Kejap je. Okay bye.'
"Minah, minah. Kan aku dah siap bagi warning jaga tepi kain sendiri. Kau nilah kan tak makan saman betul." Aku mengeleng geleng kepala melihatnya.
Tapi yang pelik kenapa mesti aku senyum?
"Nak jumpa Ikmal lah, dah lame tak hangout sekali." Selepas menghantar pesanan kepada Ikmal, aku lantas mengambil kunci kereta.
(Starbuck)
"Wassap bro!" Kami bersalaman cara lelaki.
"Apa cita? Lama tak dengar khabar?" Ikmal memulakan perbualan.
"Macam mana lagi, macam tu jelah."
'Hidup berumah tangga? Tak pernah terfikir aku.' Daniel tersenyum kecil.
"Hah senyum senyum tu apa hal? Ada ape ape ken ni? Macam mana dengan Aera? Dia layan kau baik?" Ikmal dengan perangai kepochinya bertanya.
"Ishh kau ni banyak tanyalah." Daniel menjeling geram.
"Ni aku nak minta maaf sebab tak dengar cakap kau. Betullah apa yang kau kata tentang Aera. We both been trapped." Daniel menunduk lemah.
Dia menceritakan semua yang terjadi dari mula sehingga akhir.
"Hah lepas ni kalau kau tak layan dia dengan elok, memang nahas kau aku kerjakan."
"Aku taulah."
"Kau jangan main main Daniel, kau taukan aku macam mana. Kau layan dia teruk, aku sendiri yang akan rampas dia dari kau."
"Hmm." Hanya itu yang mampu dibalasnya.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...