Bab 38

2.1K 70 7
                                    

" Sayang!! Tengok laa baju ni, cantik kan bila I pakai? " Tanya Syuhada dengan rengekannya.

" Hmm... cantik " Daniel terpaksa layankan saja. Hampir tiga jam mereka berada di butik pengantin itu dan hanya itulah jawapan Daniel.

" Youu serious lahh, pandang la I bila bercakap. Ni tak you asyik tengok jam je dari tadi. "

Nak tak nak Daniel terpaksa memberikan senyuman palsu kepada Syuhada.

Jujur dia katakan, Syuhada tak sama seperti Aera. Jauh sama sekali. Aera tidak pernah memaksanya melakukan perkara yang dia tak suka tapi Syu?

Semua kehendak Syuhada mesti dituruti. Kalau tak masam lah muka dia tu. Memang sejak dari dulu lagi perangai dia macam tu. Tak pernah nak ubah langsung.

Ingatkan dah lama tak jumpa, dah berubah. Nampaknya sama saja perangai dia.

Daniel seperti cacing kepanasan. Dah hampir tiga jam dia macam ni. Perasaan tak sedap hati sangatlah menghimpitnya.

Dia teringat pula kejadian pagi tadi...

" Mana Aera Mak Kiah? " Tanya Dato Iskandar.

" Puan Aera tak sihat badan tuan. Tu yang dia tak turun. "

" Tak pe lah, nanti awak tolong tengok tengokkan Aera yee.

Daniel hanya diam. Dia tahu papanya masih marah dengan apa yang dia buat sekarang. Sehingga sekarang papanya tidak mahu bercakap langsung dengan dia.

Hebat sungguh Aera sampaikan papanya pun tidak mahu menolong anaknya ini.

" Baik Tuan. " Mak Kiah mengangguk tanda faham.

Keluar saja dari bilik air, Daniel pelik melihat isterinya yang masih berlingkar di dalam selimut.

Aneh. Selalunya pagi pagi macam ni dia dah ada kat bawah tolong Mak Kiah. Kasihan melihat Aera yang kedinginan, terus Daniel merendahkan suhu.

Tapi sampai situ je la kesian dia, tak nak buat lebih lebih pulak.. Terus Daniel turun ke bawah untuk sarapan.

Daniel terkejut sekali lagi dengan sergahan dari Syu. Dia terus melihat jam di tangan. Dah hampir pukul lima petang.

Daniel merasa makin rimas. Terlalu lama mereka di sini. Semuanya tak kena. Itulah inilah,,, haish penat betul dengan perempuan yang bernama Syuhada ni.

Daniel terkejut sekali lagi dengan getaran di dalam seluarnya.

Dia melihat pada skrin telefon. Mak Kiah??
Pelik. Mak Kiah jarang sangat nak call dia.

Perasaanya mula tak sedap hati. Entah kenapa.

" He... " Belum sempat Daniel bercakap, suara Mak Kiah dah kedengaran. Suara wanita tua itu berbunyi sangat cemas..

" Assalamualaikum Daniel,,, Mak Kiah minta maaf pada Daniel. Mak Kiah tau yang Mak Kiah dah ganggu Daniel sekarang ni. Tapi Mak Kiah dah tak tau nak telefon siapa.. Mak Kiah cuba call Dato tapi Dato tak angkat. "

Mak Kiah bercakap kalut kalut.

" Eh tak pe lah Mak kiah. Mak Kiah bawa bertenang dulu. Cakap slow slow dulu apa yang dah terjadi sekarang ni? "

Daniel cuba tenangkan Mak Kiah sebaik mungkin.

" Puan Aera,, "

" Dah kenapa dengan dia?! "  Daniel dah tak senang duduk. Jantungya terasa seperti nak meletup saja.

"  Aera tak turun turun dari pagi tadi lagi, jadi Mak Kiah pergi la tengok dia dekat bilik. Mak Kiah risau takut jadi apa apa dekat dia. Badan dia panas sangat Daniel. Mak Kiah suruh la dia pergi klinik dengan Daniel. Tapi dia tak nak, dia cakap nanti ganggu Daniel sebab Daniel tengah fitting baju kahwin. Dia kata tak pe nanti dia ambik taxi dari rumah. Mak Kiah tak kata apa la, dah dia cakap macam tu. Sementara nak tunggu taxi tu, dia pergi tandas tapi Mak Kiah pelik dia tak turun turun lagi. Mak Kiah panggil dia banyak kali tapi dia tak jawab jawab jugak. Mak Kiah dah tak sedap hati Daniel,, tengok tengok Aera dah terbaring atas lantai. Nasib baik dia tak kunci pintu toilet masa tu jadi boleh la Mak Kiah bukak. Tapi Daniel dahi Aera berdarah sikit mungkin terkena sinki toilet masa jatuh. "

" Ya Allah betul ke ni Mak kiah?! " Daniel terus berdiri tegak bila mendengar berita yang tak berapa nak indah tu.

" Betul la Daniel, buat apa Mak Kiah nak tipu kamu? Mak Kiah tak dapat apa pun. Daniel balik sekarang ya? "

" Ya Daniel balik sekarang, Mak Kiah tunggu. "

Daniel terus buka pintu keluar...

" You nak pergi mana Dani? "

Ouh ya hampir lupa dia dengan Syuhada. Daniel terus mengeluarkan kad kreditnya lalu diberikan pada Syu.

" You ambik ni. Sorry I tak dapat teman you, I ada hal. "

Tak dapat teman apanya, dah nak dekat empat jam dia teman dari tadi.

" Hal apa yang penting sangat Dani? "

Sekali lagi langkah Daniel terhenti. Dia diam lama. Bagaikan tiada perasaan saja dia merenung Syuhada. Lama dia berfikir.

" Aera. Dia pengsan dalam toilet, kepala dia berdarah. Mak Kiah sorang sorang dekat rumah, I kena balik sekarang. "

Daniel terus berlalu pergi meninggalkan Syuhada yang dalam kemarahan.

******

Thank you to those yang selalu comment suruh saya update 🥺 tapi saya tak update update jugak, Im so sorry... 😭

Andai Ada BAHAGIA BuatkuWhere stories live. Discover now